Utusan Online - Muka Hadapan |
Posted: Cukai mungkin dikurangkan?Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN
PUTRAJAYA 10 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, cukai pendapatan persendirian dan korporat mungkin boleh dikurangkan apabila cukai barangan dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan. Bagaimanapun, kata Perdana Menteri, kerajaan perlu meneruskan Program Pendidikan Kesedaran Awam untuk mendidik masyarakat tentang manfaat yang bakal diperoleh menerusi GST. ''Kita perlu melihat penerimaan orang ramai terhadap GST dan kerajaan akan lakukan tinjauan yang tepat. ''Pengumuman mengenai pelaksanaannya akan dibuat apabila sampai masanya agar kadar ditetapkan boleh diterima rakyat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Majlis Konsultasi Bajet 2012 di Kementerian Kewangan, di sini hari ini. Ditanya sama ada GST akan dilaksanakan tahun depan, Perdana Menteri berkata, perkara itu akan diberitahu kemudian. GST yang juga dikenali sebagai VAT atau cukai nilai tambah di kebanyakan negara ialah cukai penggunaan ke atas barangan dan perkhidmatan. Perdana Menteri turut menyarankan agar Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menerangkan kepada rakyat tentang kebaikan cukai itu. "Apabila rakyat sudah faham dan ada penerimaan, maka itulah masa yang paling sesuai untuk kita laksanakan GST. Saya akan umumkan apabila tiba masanya," kata Najib. Beliau turut membayangkan bahawa orang ramai boleh menjangkakan berita baik pada belanjawan seterusnya kerana kerajaan sentiasa mengutamakan rakyat. ''Sebagai contoh apabila kerajaan merasionalisasikan subsidi, ia tidak bermakna kami tidak mengutamakan rakyat sebaliknya bertujuan mengurangkan perbelanjaan kerajaan supaya lebih banyak projek dapat dilaksanakan pada masa akan datang," jelas beliau. | ||
Amaran PM jika gugat keharmonian negara Posted: Amaran PM jika gugat keharmonian negaraPUTRAJAYA 10 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, kerajaan tidak akan berdiam diri sekiranya ada mana-mana pihak cuba menggugat keamanan, keselamatan dan keharmonian negara. Serentak itu, Perdana Menteri menggesa semua pihak agar tidak melakukan perkara-perkara yang boleh mengeruhkan suasana hingga menjejaskan kestabilan di negara ini. Menurutnya, ini kerana keamanan dan ketenteraman sudah sekian lama dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia dan ia tidak seharusnya diganggu-gugat. ''Apa-apa pun kita jangan keruhkan suasana, saya tidak kata ia baik atau tak baik yang penting sekarang ini kita mesti jaga keharmonian dan keamanan dalam negara kita. ''Kerajaan tidak akan berdiam diri jika ada pihak yang cuba menggugat keamanan, keselamatan dan keharmonian negara," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Terdahulu beliau yang juga Menteri Kewangan mempengerusikan Majlis Konsultasi Bajet 2012 di Kementerian Kewangan di sini. Najib mengulas dakwaan pihak tertentu kononnya penubuhan Briged Setia Negara oleh Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) sebagai cubaan melatih kumpulan para militan di negara ini. Dakwaan tersebut dibuat ekoran briged tersebut diberikan latihan oleh Ikatan Relawan Rakyat (Rela). | ||
Posted: Bajet 2012 inklusif – PMPUTRAJAYA 10 Mei – Bajet 2012 yang akan dibentangkan pada 7 Oktober ini adalah inklusif dengan bertumpukan kepada rakyat serta meningkatkan langkah-langkah transformasi. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tumpuan akan diberikan kepada usaha merealisasikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 untuk kesejahteraan rakyat. ''Usaha merangka Bajet 2012 sangat mencabar, atas faktor itu negara perlu berani berdepan dengan cabaran dan mengemukakan pelbagai kaedah ke arah pembaharuan dan penyelesaian. ''Marilah kita bekerja bersama-sama dalam memastikan usaha itu menjadi satu kenyataan, kita perlu bangkit dan menyediakan pendekatan dan penyelesaian yang inovatif," katanya semasa berucap pada Majlis Konsultasi Bajet 2012 di Kementerian Kewangan di sini hari ini. Hadir sama Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; dua Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussein dan Senator Datuk Ir. Donald Lim Siang Chai; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan amat komited dalam usaha memastikan rakyat dapat menikmati kualiti kehidupan yang lebih baik sekali gus menghapuskan kemiskinan tegar. Majlis Konsultasi itu akan diguna untuk merangka Bajet 2012. Ia merupakan usaha penting kerajaan berinteraksi secara terus dengan sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), industri, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan rakyat. Kerajaan memperuntukkan RM212 bilion untuk Bajet 2011, iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding Bajet 2010. Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan operasi dan RM49.2 bilion perbelanjaan pembangunan. Najib berkata, kerajaan sudah menyediakan kerangka kerja dasar yang kukuh menerusi Model Baru Ekonomi (MEB) untuk menjadi negara berpendapatan tinggi yang mampan menjelang 2020. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Muka Hadapan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan