Rabu, 11 Mei 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa

The Malaysian Insider :: Bahasa


Loji Lynas: Jangan buat bukan-bukan, polis bagi amaran

Posted: 11 May 2011 12:52 AM PDT

Pusat pemprosesan nadir bumi di Gebeng.

KUANTAN, 11 Mei — Polis akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba menimbulkan kekecohan berhubung bantahan terhadap pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi di Gebeng.

Ketua Polis Pahang, Datuk Saifuddin Ab Ghani berkata, ketika ini polis memantau setiap program bantahan, demonstrasi atau ceramah berhubung bantahan projek kilang berkenaan.

"Saya minta mana-mana pihak supaya akur pada undang-undang dan jangan buat yang bukan-bukan," katanya dipetik Bernama Online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai beberapa siri bantahan, ceramah dan demonstrasi pihak-pihak tertentu di sekitar Kuantan sejak kebelakangan ini berhubung projek pembinaan kilang berkenaan.

Kilang bernilai RM700 juta yang sedang diusahakan Lynas Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat Lynas Corporation dari Australia itu, di kawasan perindustrian Gebeng di sini menimbulkan kontroversi kerana didakwa bakal menghasilkan radiasi yang boleh memudaratkan kesihatan orang ramai.

Beberapa siri penerangan yang dianjurkan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom  dan kerajaan negeri Pahang di sekitar Kuantan baru-baru ini dilihat tidak memberi kesan positif.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Anak Taib Mahmud cerai isteri talak satu

Posted: 11 May 2011 12:16 AM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Mei — Anak Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir menceraikan isterinya Datin Seri Shahnaz Abdul Majid dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini.

Mahmud Abu Bekir membuat lafaz itu di hadapan Hakim Mohamad Abdullah, yang membenarkannya selepas berpuas hati bahawa tidak boleh menyelamatkan perkahwinan mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan