Rabu, 11 Mei 2011

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Paksa telan heroin

Posted: 10 May 2011 11:41 AM PDT

SHAH ALAM: Taktik dua Awang Hitam menawarkan percutian percuma ke Macau, China kepada dua gadis berusia 21 tahun dengan hasrat menjadikan mangsa sebagai 'keldai dadah' tidak kesampaian apabila polis bertindak lebih awal menyerbu rumah suspek di Puchong, baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir, berkata serbuan dilakukan pada 6 Mei lalu selepas pasukan penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menjalankan intipan kira-kira seminggu.


Katanya, pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan enam ketulan kapsul dan dua peket plastik dipercayai mengandungi heroin gred tinggi seberat 372 gram bernilai RM28,000. Polis turut menemui satu ketulan daun mampat dipercayai ganja seberat 70 gram bernilai RM700.

Menurutnya, serbuan kira-kira jam 2 pagi itu mendapati suspek iaitu dua lelaki warga Nigeria berusia 27 dan 28 tahun yang juga penuntut di kolej swasta mengurung mangsa selama beberapa jam sebelum merancang bertolak ke Macau, China, pada keesokan harinya.


"Berdasarkan siasatan suspek memperdayakan mangsa dengan menawarkan percutian secara percuma ke Macau.


"Dua wanita tempatan itu bertemu lelaki Nigeria terbabit melalui perkenalan di sebuah kedai makan sebelum bersetuju dengan pelawaan itu dan pergi ke pangsapuri suspek sebagai persiapan sebelum kononya akan berlepas pada 7 Mei lalu. "Sebaik tiba di pangsapuri berkenaan kedua-dua wanita terbabit dipaksa menelan kapsul berisi dadah untuk diseludup ke China, namun disebabkan enggan melakukannya, mereka dikurung," katanya.

Nordin memberitahu mangsa dipaksa menelan enam kapsul yang dibalut dengan pita pelekat supaya tidak pecah, tetapi mangsa yang juga pelajar kolej swasta enggan menelan kapsul terbabit.


Beliau berkata, polis turut menahan seorang lagi wanita tempatan yang bekerja sebagai pereka grafik dipercayai mempunyai hubungan dengan dua suspek warga Nigeria terbabit di pangsapuri berkenaan pada hari sama.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kaki menggigil teringat penyamun acu parang di leher

Posted: 10 May 2011 10:27 AM PDT

GOMBAK: "Sehingga kini kaki saya masih menggigil ketakutan dan terbayang kejadian diacu parang panjang di leher oleh empat penyamun yang memecah masuk rumah saya," kata mangsa, Mashuri Marwan, 52, selepas rumahnya disamun di Fasa 4 Taman Sri Gombak, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, Mashuri yang berbaring di ruang tamu bersama cucu lelaki berusia setahun tergamam apabila tiga lelaki tiba-tiba masuk ke dalam rumahnya sebelum mengacukan parang panjang di lehernya.


Beliau berkata, dia yang terlelap seketika bersama cucu pada mulanya menyangka lelaki terbabit rakan anaknya kerana ketika itu, anak lelakinya baru pulang dari kerja dan berehat di luar rumah.

Menurutnya, bagaimanapun sangkaannya meleset apabila tiba-tiba mereka mengeluarkan parang panjang dan menyuruhnya diam jika tidak mahu diapa-apakan.


"Saya ketika itu tidak mampu berbuat apa-apa dan berdoa supaya mereka tidak melakukan sesuatu kepada cucu saya yang tidur.


"Seorang daripada suspek yang berada di luar rumah menyuruh anak lelaki saya masuk ke dalam rumah," katanya ketika ditemui di rumahnya.

Katanya, lebih menakutkan, mereka mengugut akan membunuh dia dan cucunya jika tidak bekerjasama, malah ketika kejadian seorang lagi cucu perempuannya yang berusia 5 tahun berada di dapur bersama isterinya.


"Kejadian itu berlaku terlalu pantas dan saya hanya berdiam diri melihat rakan suspek yang lain pergi ke dapur dan menggeledah seluruh rumah.

"Mujur ketika kejadian cucu perempuan saya tidak menjerit sebaliknya seperti kebingungan melihat orang tidak dikenali masuk ke dalam rumah. Mereka juga tidak mempedulikannya sebaliknya menggeledah seluruh rumah," katanya. Selain itu katanya, mereka sekeluarga juga gagal mengecam wajah suspek kerana semua mereka memakai topi keledar dan menutup muka dengan kain.


Mangsa membuat laporan di Balai Polis Gombak selepas penyamun terbabit melarikan diri.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan (KK).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan