Utusan Online - Jenayah |
Pasangan suami isteri dibunuh kejam Posted: Pasangan suami isteri dibunuh kejamOleh ALI MAHMOOD
BENTONG 4 Mei - Seorang kontraktor warga emas bersama isterinya ditemui mati dibunuh kejam, dipercayai dengan menggunakan cangkul dan objek tajam di bilik tidur rumah mereka di Kampung Gemeti di sini awal pagi ini. Mayat Mohammad Yusof @ Abdul Rashid Samang, 71, ditemui dengan dua kesan tikaman di bahagian dada dan perut manakala isterinya, Timah @ Fatimah Pachu, 68, maut dengan kesan kecederaan di tengkuk. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Asisten Komisioner T. Narenasegaran berkata, polis menerima panggilan penduduk mengenai kejadian itu pada pukul 1.30 pagi setelah terdengar bunyi bising dan jeritan kuat dipercayai oleh kedua-dua mangsa. "Ketika kejadian, keadaan di sekitar kawasan itu gelap. Ada jiran mendakwa mereka terdengar bunyi seseorang melarikan diri dari bahagian belakang rumah mangsa," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini. Menurut Narenasegaran, sebaik sahaja tiba di rumah itu, polis menemui mayat pasangan terbabit dalam bilik tidur utama di tingkat atas rumah dua tingkat milik mereka yang terletak berhampiran jalan utama. Katanya, mayat Mohammad Yusof ditemui terlentang di tepi pintu tandas bilik tidur itu dengan kesan tikaman di bahagian dada dan perut sementara isterinya ditemui di tepi katil dalam keadaan terbaring dengan kesan kecederaan di tengkuk. Kata beliau, polis turut menemui cangkul yang dipercayai diguna untuk membunuh pasangan itu hasil pemeriksaan di sekitar bilik mangsa. Narenasegaran memberitahu, selain cangkul, polis juga masih mengesan satu lagi objek tajam yang dipercayai diguna dalam pembunuhan tersebut. "Tiada kesan pecah rumah dan hasil pemeriksaan dijalankan, senapang milik mangsa juga tidak diambil suspek. "Berdasarkan siasatan, kami percaya kejadian ini melibatkan seorang suspek yang dikenali oleh mangsa namun setakat ini identiti suspek terbabit belum dikenal pasti," ujarnya. Beliau turut menolak motif pembunuhan pasangan itu melibatkan kes samun atau dendam kerana tiada barangan berharga hilang. Pihak polis, katanya, akan meneruskan siasatan lebih menyeluruh termasuk mendapatkan keterangan jiran, ahli keluarga dan pekerja mangsa bagi mendapatkan lebih banyak maklumat berhubung kes ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Janda muda mati ditikam tunang Posted: Janda muda mati ditikam tunangOleh ABDUL MUIN SAPIDIN
BUKIT MERTAJAM 4 Mei – Angkara cemburu, seorang janda muda beranak dua mati ditikam bertubi-tubi di dada, perut dan leher oleh tunangnya di sebuah stesen minyak di Jalan Perusahaan Perai, di sini hari ini. Mayat Karimah Jusoh, 25, yang juga pekerja stesen minyak berkenaan ditemui dalam keadaan menyayat hati, terbaring serta berlumuran darah di sebuah bilik salin pakaian di premis tersebut sekitar pukul 7.30 pagi ini. Kira-kira tiga jam kemudian, tunang mangsa yang berusia 35 tahun pula dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dekat sini dipercayai akibat meminum racun. Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, kejadian dipercayai berlaku tidak lama selepas mangsa memasuki bilik berkenaan untuk menyalin pakaian kerana dijadual memulakan tugas pukul 7.30 pagi. "Terdapat saksi di premis berkenaan ternampak suspek masuk dan keluar dari bilik berkenaan ketika mangsa hendak menyalin pakaian sejurus tiba untuk memulakan tugas. "Curiga kerana mangsa tidak muncul memulakan tugas walaupun sudah pukul 8 pagi, saksi pergi ke bilik berkenaan dan menemui mangsa terbaring berlumuran darah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Difahamkan, Karimah yang berasal dari Perlis, mempunyai sepasang anak lelaki dan perempuan berusia lima dan tujuh tahun yang kini dijaga oleh kakaknya. Mangsa yang bercerai pada 2009, bertunang sejak tujuh bulan lalu dan berhasrat melangsungkan perkahwinan pada Hari Raya Aidilfitri ini. Abdul Rahim memberitahu, hasil pemeriksaan lanjut, polis menjumpai sebilah pisau sepanjang kira-kira 30 sentimeter yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu. Polis kemudian menerima laporan bahawa tunang mangsa dikejarkan ke HSJ kira-kira pukul 11.30 pagi selepas dipercayai meminum racun. Petang ini, lelaki itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut berikutan keadaannya semakin tenat. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan