Rabu, 4 Mei 2011

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Solat hajat beri pelbagai petunjuk

Posted:

Solat hajat beri pelbagai petunjuk

Solat hajat beri pelbagai petunjuk

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 4 Mei – Solat hajat penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim selama ini dilihat memberi pelbagai petunjuk bagi menggambarkan wajah sebenar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, walaupun perilaku buruk Anwar semakin jelas kelihatan namun masih ada yang tidak mahu menerima hakikat sebenar terutama mengenai moral Anwar yang ketagihan seks.

"Kita lihat, Raja Petra Kamaruddin telah membongkarkan mengenai penglibatan Anwar dalam kes fitnah pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan sumpah laknat Mohd. Saiful Bukhari Azlan dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah terhadap Anwar.

"Dan kita juga dapat lihat mengenai kebiadaban 'gundik-gundik' Angkatan Muda Keadilan (AMK) Anwar yang membuat pencemaran dan kekecohan di ruang solat Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, lokasi Shazryl Eskay melafazkan sumpah laknat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai pelbagai isu yang timbul melibatkan Anwar seperti kes liwat, pendedahan Raja Petra dan isu video seks.

Anuar berkata, selaku isteri kepada Anwar, Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail perlu dipersalahkan kerana gagal memenuhi tanggungjawabnya.

"Wan Azizah, Azmin Ali dan isterinya, Shamsidar Taharin seharusnya membawa Anwar pergi berubat pada awal 1990-an lagi.

"Namun, mereka bukan saja gagal membantu Anwar menangani masalah seksnya, sebaliknya berusaha membendung orang ramai daripada mengetahui kerakusan nafsu seks Anwar," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mahfuz gagal kawal emosi - Puad

Posted:

Mahfuz gagal kawal emosi - Puad

Mahfuz gagal kawal emosi - Puad

Oleh MOHAMMED SOFIAN BAHAROM
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 4 Mei - Sikap biadab Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang mengunakan bahasa kesat di Twitternya menunjukkan beliau bukan seorang pemimpin Islam yang berkaliber.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, keperibadian sesetengah pemimpin Pas sebenarnya tidak langsung mencerminkan imej sebenar Islam dan adakalanya lebih teruk daripada pemimpin bukan Islam.

"Saya yakin Mahfuz tertekan dengan idea murni penyatuan UMNO dan Pas ini. Beliau sudah mula berfikiran tidak rasional dan gagal mengawal emosinya kerana khuatir dengan kedudukannya selepas penyatuan tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas sikap biadab Mahfuz yang secara terbuka menggunakan bahasa kesat berhubung reaksinya tentang isu penyatuan UMNO dan Pas di laman Twitter Naib Presiden Pas itu Sabtu lalu.

Mahfuz berkata: "Kalau dah Melayu kuasai BN, apa yang kecoh DAP menang kerusi Cina. Apa yang sibuk nak ajak Pas sertai BN kalau dah kuat. Bahalol betoi (betul) hang (kamu) ini."

Jelas Mohd. Puad, golongan tersebut hanya menggunakan imej Islam untuk kelihatan warak dan berpura-pura alim sedangkan mereka turut melakukan perkara yang tidak bermoral dan tersasar daripada landasan asal ajaran Islam.

Katanya, sikap yang ditunjukkan Mahfuz itu memperlihatkan sifat riak beliau yang menolak sesuatu yang murni dan menguntungkan semua pihak di peringkat nasional.

"Saya harap mereka (pemimpin Pas) membuang segala prasangka buruk terhadap usaha murni ini dan menghulurkan tangan permuafakatan supaya perjuangan bangsa Melayu lebih mantap dan maju," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menyifatkan tindakan Mahfuz itu sebagai sebuah kenyataan peribadi yang tidak membawa suara sekalian ahli Pas yang secara realitinya mahukan penyatuan UMNO dan Pas.

Katanya, suara majoriti Pas sebenarnya mahukan penyatuan dan bukannya perpecahan yang tidak menguntungkan mana-mana pihak kecuali musuh Islam itu sendiri.

"Kenyataan Mahfuz itu hanya untuk kepentingan politiknya semata-mata dan tidak selaras dengan suara sebenar ahli Pas. Cuba mereka (Pas) fikirkan manfaat yang boleh dirasai mereka jika bersatu di bawah bumbung Barisan Nasional (BN)," katanya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan