Isnin, 9 Mei 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


KVRM diperuntuk RM50,000

Posted:

KVRM diperuntuk RM50,000

KVRM diperuntuk RM50,000

KUALA LUMPUR 8 Mei - Kementerian Pertahanan memperuntukkan RM50,000 kepada Kelab Veteran Kor Risik Malaysia (KVRM) bagi membantu penjagaan kebajikan ahli kelab tersebut.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu bertepatan dengan dasar kerajaan yang amat menghargai jasa kira-kira 320,000 bekas tentera di seluruh negara kepada keamanan negara sewaktu mereka berkhidmat.

''Kita juga memberi kebenaran kepada KVRM untuk memiliki pejabat sendiri di setiap negeri bagi memudahkan segala urusan. Diharap penyatuan semua ahli di dalam KVRM akan berterusan,'' katanya ketika berucap pada Mesyuarat Agung KVRM ketujuh di sini hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tidak libat soal pelajar

Posted:

Tidak libat soal pelajar

Tidak libat soal pelajar

Oleh Rosni Hassan


TIMBALAN Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang tiba untuk menghadiri Persidangan Menteri-Menteri Pelajaran Asia-Eropah disambut oleh Mohamed Khaled Nordin di Copenhagen, Denmark, semalam. – BERNAMA


COPENHAGEN 8 Mei – Keputusan kerajaan untuk melaksanakan moratorium atau pembekuan ke atas penawaran kursus baharu bidang perubatan di institusi pengajian tinggi (IPT) selama lima tahun iaitu sehingga 30 April 2016 tidak melibatkan soal pengambilan pelajar baru.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebaliknya menjelaskan, keputusan Kabinet itu hanya melibatkan penubuhan fakulti baru dalam bidang perubatan di mana-mana IPT awam dan swasta.

Keputusan itu, jelas beliau, tidak akan menjejaskan pengambilan pelajar baharu perubatan di universiti sedia ada dan IPT yang sudah mendapat kelulusan untuk mewujudkan fakulti perubatan tetapi belum memulakan program pengajian mereka.

''Kekeliruan yang mengatakan kita tak akan ambil lagi pelajar perubatan adalah tak betul, sekolah atau fakulti yang kita tak benarkan wujud. Ia juga tak jejaskan soal penghantaran pelajar ke luar negara, itu tak timbul," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan 12 pelajar Malaysia di sini hari ini.

Khamis lalu, Mohamed Khaled mengumumkan keputusan Kabinet untuk melaksanakan moratorium bagi penawaran kursus baru dalam bidang perubatan selama lima tahun oleh mana-mana IPT sebagai satu bentuk kawalan bagi memastikan bilangan graduan perubatan dihasilkan dapat menjalani latihan perubatan berkualiti.

Mengulas lanjut, menurut beliau, kini, terdapat 33 institusi yang menawarkan program perubatan iaitu melibatkan 10 universiti awam dan 23 universiti swasta dan jumlah itu adalah mencukupi untuk mendapat nisbah seorang doktor bagi 400 penduduk menjelang 2020.

''Berdasarkan apa yang kita ada sekarang, pelajar yang akan dikeluarkan daripada 33 institusi ini, tanpa dilakukan pertambahan (fakulti perubatan) kita boleh capai sasaran tersebut," katanya.

Beliau berkata, keputusan itu diambil ekoran terlalu ramai pegawai perubatan siswazah di hospital-hospital menyebabkan ia sesak dan menimbulkan masalah selain boleh menjejaskan kualiti pegawai perubatan di hospital.

''Dalam masa moratorium itu, usaha akan dilakukan untuk meningkatkan kualiti, kurikulum dan menyediakan peralatan serta tenaga pengajar berkualiti kerana tidak ada IPT yang dibenarkan menubuhkan sekolah perubatan yang baharu," katanya.

Menurut Mohamed Khalid, unjuran dalam tahun ini adalah seramai 3,600 pegawai perubatan siswazah akan dikeluarkan dan menjelang 2020, seramai 5,000 orang lagi.

– Utusan

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

CUEPACS harap pelarasan gaji disegerakan

Posted:

CUEPACS harap pelarasan gaji disegerakan

CUEPACS harap pelarasan gaji disegerakan

KOTA BHARU 8 Mei – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan dapat mempercepatkan pelarasan gaji 1.4 juta kakitangan awam di negara ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, permohonan untuk pelarasan gaji itu telah dibuat dua tahun lalu bagi mengurangkan beban ahlinya ekoran kenaikan harga barang.

Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya tidak bermaksud mendesak kerajaan untuk berbuat demikian kerana memahami kedudukan kewangan negara dan sedar ia akan turut memberikan kesan kepada pekerja swasta.

"Kita sedar kenaikan harga barang adalah di luar kawalan dan kalau gaji kakitangan awam naik, kita bimbang ada golongan akan turut menaikkan harga barang dan bagaimana pula dengan bukan kakitangan awam," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Seminar Peranan Penjawat Awam Dalam Transformasi Nasional dan Bengkel Sistem Alternatif PTK oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin di sini hari ini.

Omar diminta mengulas mengenai khabar angin bahawa kakitangan awam akan menerima pelarasan gaji dalam masa terdekat.

Beliau berkata, langkah itu juga untuk mengurangkan jumlah kakitangan awam yang bekerja sambilan kerana rekod menunjukkan kira-kira 20 peratus daripada 730,000 kakitangan awam kelas sederhana melakukan kerja sambilan.

Katanya, CUEPACS tidak mahu kakitangan awam mengutamakan kerja sambilan sehingga menjejaskan produktiviti tugas hakiki mereka.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam proses terakhir untuk menyiapkan sistem penilaian baru bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).

"Kira-kira 90 peratus sistem penilaian baru itu telah siap dan kita akan berbincang buat kali terakhir dengan JPA Selasa ini bagi melengkapkan sistem penilaian baru itu," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan