Selasa, 3 Mei 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Eskay janji pendedahan baru

Posted:

Eskay janji pendedahan baru

Eskay janji pendedahan baru

oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 2 Mei – Masa depan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka bertambah kelam, kerana satu lagi pendedahan menggemparkan negara akan dilakukan bekas rakan baiknya, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, minggu depan.

Menurut Shazryl Eskay, pendedahan itu kelak, mempunyai implikasi yang jauh lebih besar berbanding rakaman video seks yang wajah pelakunya mirip Anwar kerana ia dikatakan melibatkan soal negara.

"Apa yang saya boleh beritahu ia pendedahan yang cukup besar. Implikasinya jauh lebih besar berbanding rakaman video seks Anwar. Perkara ini melibatkan kepentingan negara," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Shazryl Eskay berkata demikian ketika diminta mengesahkan tentang desas-desus bahawa satu lagi pendedahan besar bakal berlaku minggu depan membabitkan Anwar, selepas beliau bertanggungjawab mendedahkan rakaman video seks baru-baru ini.

Dalam pada itu, ditanya mengenai cabaran Anggota Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa supaya beliau bersama dua lagi trio 'Datuk T' menjalani ujian poligraf, Shazryl Eskay mengalu-alukan cabaran tersebut.

Katanya, mereka sedia menjalani ujian poligraf bagi mengesan sama ada terdapat pembohongan atau tidak dalam isu video seks tetapi dengan syarat, Anwar juga perlu sama-sama menjalani ujian tersebut secara terbuka.

Sambil menyindir Husam yang seolah-olah tidak percaya kepada janji Allah terhadap sesiapa yang melakukan sumpah laknat, Shazryl Eskay berkata, beliau berani kerana yakin dirinya berada di pihak yang benar berbanding Anwar.

"Alhamdulillah... Saya terima cabaran tersebut dan sedia untuk menjalani ujian itu secara terbuka. Biar acara tersebut disiarkan secara langsung agar rakyat boleh menilai. Kali ini saya ingin beri penghormatan kepada Anwar terlebih dahulu.

"Saya mahu dia menjalani ujian terlebih dahulu kerana dalam soal sumpah laknat saya sudah mendahului dia. Sebagai pemimpin 'terhebat' pembangkang, saya bagi penghormatan kepada Anwar," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Failkan kes Anwar ke Mahkamah Syariah

Posted:

Failkan kes Anwar ke Mahkamah Syariah

Failkan kes Anwar ke Mahkamah Syariah

PUTRAJAYA 2 Mei - Lafaz sumpah laknat yang dilakukan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah akan lebih bermakna jika pertuduhan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung rakaman video seks melibatkan seorang pelacur dipercayai dari China difailkan di Mahkamah Syariah.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sumpah laknat yang dilakukan oleh Shazryl Eskay hanya bertujuan untuk mendapatkan keyakinan rakyat terhadap pertuduhannya ke atas Anwar.

"Sumpah itu tidak akan membawa sebarang makna jika pertuduhan tidak dibawa ke Mahkamah Syariah.

"Sepatutnya isu ini difailkan ke Mahkamah Syariah terlebih dahulu sebelum sebarang sumpah dilakukan. Selepas difailkan di Mahkamah Syariah, ia akan memudahkan perbicaraan dengan kedua-dua belah pihak akan bersumpah untuk membuktikan siapa yang benar dalam hal tersebut dengan disaksikan hakim," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Beliau mengulas saranan beberapa ahli ulama yang mahu Anwar bersumpah bagi membersihkan dirinya setelah dituduh oleh trio 'Datuk T' sebagai pelaku di dalam rakaman video seks melibatkan seorang pelacur dipercayai China.

Tuduhan itu diperkuatkan lagi dengan sumpah laknat bekas rakan karib Anwar, Shazryl Eskay di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, dekat sini Jumaat lalu bagi membuktikan pembabitan Anwar sebagai pelaku di dalam rakaman video seks berkenaan.

Mengulas lanjut, Harussani berkata, sumpah laknat yang dilakukan oleh bekas rakan baik Anwar itu juga tidak ada dalam syariat Islam.

"Bagaimanapun, jika mana-mana pihak ingin mengetahui kebenarannya, maka sebaiknya perkara tersebut difailkan ke Mahkamah Syariah dan biar mahkamah yang tentukan adakah Anwar patut bersumpah atau tidak.

"Jika kita desak Anwar bersumpah sekarang pun tidak ada gunanya kerana tiada sebarang desakan undang-undang yang boleh mendesak beliau berbuat demikian," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lesen peniaga Melayu kurang

Posted:

Lesen peniaga Melayu kurang

Lesen peniaga Melayu kurang

oleh ZABRY MOHAMAD
utusanpenang@utusan.com.my

PULAU PINANG 2 Mei - Hanya 14.9 peratus lesen perniagaan yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini pada tahun lalu diagihkan kepada peniaga Melayu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, angka tersebut adalah rendah jika dibandingkan dengan orang Melayu yang merangkumi 45.1 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk di negeri ini.

Menurutnya, kaum Cina merupakan yang paling ramai diberikan lesen perniagaan, manakala kaum India juga sedikit.

"Justeru, UMNO ingin bertanya kepada kerajaan DAP Pulau Pinang, apa langkah drastik yang positif boleh dilakukan mereka bagi menambah jumlah lesen berniaga untuk orang Melayu."

"Ramai lagi orang Melayu yang tidak dapat lesen niaga. Adakah mereka (kerajaan negeri) mengamalkan konsep Hitlerisme iaitu hanya kaum tertentu diutamakan sedangkan kaum-kaum lain ditindas atau dipinggirkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan UMNO negeri, di sini malam tadi.

Hadir sama timbalannya, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Bendahari UMNO Pulau Pinang, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Zainal Abidin berkata, beliau mempunyai maklumat mengenai pengagihan lesen tersebut, namun enggan mengulas lanjut.

"Biarlah Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang jelaskan sendiri," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan