Selasa, 3 Mei 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Animasi saintifik tunjuk Teoh mati kerana terjun: Saksi

Posted: 03 May 2011 03:02 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Seorang pensyarah hari ini memberitahu Suruhanjaya Siasatan kematian Teoh Beng Hock bahawa berdasarkan animasi saintifik yang dilakukannya, ada kemungkinan Teoh mati kerana terjun dari tempat tinggi.

Profesor Sallehuddin Muhamad dari Bahagian Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, beliau diminta oleh penyiasat pensendirian suruhanjaya itu, Michael Leslie Squires, untuk membuat analisis terhadap kematian Teoh dengan menggunakan animasi saintifik berkaitan pergerakan Teoh jatuh di Plaza Masalam di Shah Alam.

Katanya, berdasarkan analisis itu berkemungkinan bahawa Teoh jatuh dari tempat tinggi selepas keputusan menunjukkan tiada sebarang kesan halangan udara yang berlaku kerana tolakan secara melintang dan tolakan ke bawah dari ketinggian tiga meter. Beliau berkata, kejadian itu juga berkemungkinan Teoh yang duduk di birai tingkap dan berkemungkinan jatuh dengan jatuhan bebas dari sudut 4.75 darjah.

"Sekiranya Teoh dalam keadaan itu, mustahil Teoh boleh terjun dengan laju berdasarkan bukaan tingkap yang kecil dan menyebabkan kepalanya terhantuk dengan kuat pada panel tingkap" katanya ketika disoal oleh Pegawai Pengendali, Amarjeet Singh.

Beliau yang juga pakar penyiasat dalam kemalangan yang membabitkan pesawat udara, berkata keadaan tolakan secara melintang berlaku boleh dikategorikan sebagai membunuh manakala keadaan sekiranya Teoh jatuh secara jatuhan bebas, dikategorikan sebagai bunuh diri.

Pendapat Sallehuddin itu sama dengan empat pakar forensik patalogi yang sebelum ini memberi keterangan iaitu, Pegawai Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh Dr Shahidan Mohamed Noor, Pakar Perunding Perubatan Jabatan Forensik dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang Dr Khairul Azman Ibrahim, Pensyarah Kanan Unit Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Prashant Naresh Samberkar dan Pakar Forensik Britain, Profesor Dr Peter Vanezis.
Sebelum ini idea untuk menggunakan kaedah animasi ini tercetus selepas Dr Prashant mengemukakan teori bahawa Teoh berkemungkinan mencangkung di tepi tingkap sebelum jatuh.

Teoh, 30, setiausaha politik anggota EXCO Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada 26 Januari lalu, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat "keputusan terbuka".

Suruhanjaya Siasatan itu dianggotai oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong Cheng Yuen; bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman; bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk TS Nathan; Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Bhupinder Singh; dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik serta Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom. - BERNAMA

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Polis Kedah tingkat kawalan di lokasi strategik

Posted: 03 May 2011 02:41 AM PDT

Mutakhir

ALOR SETAR: Polis Kedah meningkatkan kawalan di beberapa lokasi strategik, terutama di kawasan yang menjadi tumpuan pelancong asing dari negara Barat bagi menghadapi sebarang kemungkinan berikutan pembunuhan pemimpin Al-Qaeda, Osama Laden oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Pakistan.

Ketua Polis negeri, Datuk Ahmad Ibrahim, berkata pemantauan yang ditingkatkan di kawasan tumpuan pelancong asing serta pintu masuk di sempadan di negeri ini bertujuan memastikan pelancong terbabit berasa selamat berada di negara ini berikutan perkembangan terbaru itu.

"Kita sudah meningkatkan pemantauan keselamatan pelancong asing, terutama warga Eropah dan AS yang datang ke negeri ini untuk melancong, termasuk yang datang melalui pintu sempadan di Bukit Kayu Hitam. "Walaupun belum menerima arahan daripada Bukit Aman mengenai perkara itu, polis Kedah sudah mengambil pendekatan proaktif dengan meningkatkan tahap keselamatan pelancong asing," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen derma darah sempena Hari Polis Ke-204 di sini, hari ini.

Seramai 150 pegawai dan anggota polis dari kontinjen Kedah menderma darah untuk mengisi Tabung Darah Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Akhbar hari ini melaporkan Osama terbunuh dalam pertempuran dengan tentera AS di sebuah rumah di Abbottabad, kira-kira 45 kilometer di Timur Laut Islamabad, Pakistan tengah malam kelmarin.

Osama yang dikatakan memberikan tentangan sebelum terbunuh, ditembak di kepala dalam serangan yang turut menggunakan dua helikopter oleh pasukan gerak khas tentera laut AS.
Pembunuhan Osama itu dikhuatiri akan meningkatkan serangan balas dendam terhadap kepentingan AS di seluruh dunia oleh puak pelampau Islam, khususnya pengikut Al-Qaeda.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan