Selasa, 3 Mei 2011

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


37 kontraktor pembersihan protes khidmat ditamat

Posted: 02 May 2011 11:53 AM PDT

AMPANG: Seramai 37 kontraktor syarikat pembersihan awam yang menerima tender daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memprotes tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menamatkan perkhidmatan mereka.

Berikutan itu, satu sidang akhbar diadakan kumpulan kontraktor terbabit di Bangi Kopitiam, Taman Putra Sulaiman, dekat sini, semalam.


Sidang media terbabit diadakan selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengarahkan PBT mengambil alih kerja pembersihan awam di kawasan Ampang Jaya yang disampaikan melalui media pada 20 April lalu.

Wakil kontraktor pembersihan awam Ampang Jaya, Norazmi Baharuddin, berkata pihaknya tidak berpuas hati dengan kenyataan dikeluarkan dan menuntut penjelasan munasabah daripada kerajaan negeri mengenai pengambilalihan berkenaan kerana ia menjejaskan hampir 1,000 pekerja yang berada di bawah 37 kontraktor terbabit yang akan hilang sumber pendapatan.


Menurutnya, alasan pihak terbabit yang mengatakan pengambilalihan itu menjimatkan kos alasan semata-mata tanpa mengemukakan perancangan terperinci sedangkan proses penswastaan yang dibuat sebelum ini terbukti berkesan memberi khidmat terbaik kepada penduduk di sini.


"Kegagalan MPAJ menguruskan kerja pembersihan ini sudah terbukti apabila mereka mengambil alih pada 2005 dan menyerahkannya semula kepada kami pada Julai 2007 kerana gagal menguruskannya dengan baik.

"Selama ini kami sentiasa memberi perkhidmatan terbaik dalam kerja pembersihan di Ampang Jaya, malah membuat kerja segera tanpa bayaran tambahan sedangkan ia memerlukan kos tambahan," katanya.


Norazmi berkata, beliau mempersoalkan tindakan pihak terbabit yang menamatkan kontrak kontraktor lama dan melantik syarikat kontraktor baru sedangkan mereka lebih berpengalaman.

"Selama ini, kami bersabar apabila mengalami masalah pembayaran tertunggak melebihi tempoh tiga bulan berturut-turut sejak dua tahun lalu. Malah, pembayaran juga tidak mengikut perjanjian yang ditandatangani apabila kami tidak menerima bayaran secara penuh," katanya.


Beliau berkata, pihaknya mahu perkara terbabit dipertimbangkan semula dan jika tidak berpuas hati dengan khidmat mereka diharap dapat berbincang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

‘Datuk’ naik kereta mewah penipu

Posted: 02 May 2011 11:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: Memperkenalkan diri sebagai 'Datuk' dan mengaku memiliki rangkaian perniagaan terbesar di negara ini, seorang lelaki dikesan giat menipu agensi peminjam wang berlesen di Lembah Klang sejak empat bulan lalu.

Lelaki berusia lewat 40-an yang digelar Datuk Tan itu memperdayakan mangsa untuk memberikan pinjaman kepadanya konon sebagai modal tambahan perniagaan yang dijalankan.


Dua institusi peminjam wang berlesen yang menjadi mangsa Datuk terbabit masing-masing kerugian RM10,000 dan RM15,000. Perkara itu didedahkan Ketua Biro Aduan MCA, Datuk Micheal Chong dan Presiden Persatuan Peminjam Wang Berlesen Malaysia, R C Veeraseelan dalam sidang media di Wisma MCA, semalam.

Menurut Michael, Datuk terbabit bijak bermain kata selain gayanya yang bagaikan tokoh korporat dengan menunjukkan gambar dan dokumen peribadi bagi meyakinkan setiap mangsa.


Katanya, ketika menjalankan urusan pinjaman, dia ditemani pembantu peribadi dan menaiki kereta mewah yang menggambarkan kehebatannya.


"Dia berjanji akan melunaskan bayaran itu selewat-lewatnya tiga minggu dari tarikh pinjaman. Bagaimanapun, lelaki terbabit menghilangkan diri dan gagal dikesan," katanya.

Sementara itu, Veeraseelan berkata, pihaknya percaya lelaki itu masih menjalankan kegiatan penipuan terbabit.


"Kami berharap semua peminjam wang berlesen meneliti terlebih dulu latar belakang peminjam tanpa mengira status dan pangkat mereka.

"Pastikan proses pinjaman mengikut prosedur supaya jika berlaku sebarang masalah, peminjam boleh dikesan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan