Jumaat, 13 Mei 2011

Malaysiakini :: Berita

Malaysiakini :: Berita


Anwar, Sheikh Wahbah di pentas Maqassid Syariah

Posted: 13 May 2011 04:21 PM PDT

Ulama Besar Dunia dari Damsyik, Syria, Sheikh Prof Dr Wahbah Mustafa Al-Zuhaily tampil pada majlis wacana Seminar Maqassid Syariah yang diadakan di Melaka dan turut dihadiri Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sheikh Prof Dr Wahbah Mustafa Al-Zuhaily with Anwar Ibrahim on seminar Maqassid SyariahSeminar bertajuk 'Maqassid Syariah Dalam Masyarakat Majmuk' adalah anjuran ABIM dan dihadiri lebih 250 orang yang terdiri daripada NGO, termasuk anggota ABIM sendiri.

Selain Anwar, turut tampil selaku penceramah adalah mereka yang pernah menerajui ABIM termasuk Prof Dr Mohd Nur Manuty dan Yang Dipertua PAS Melaka, Abdul Ghani Abdul Rahman.

Ketika menyampaikan ceramah selama kira-kira setengah jam itu, Prof Dr Wahbah menjelaskan tentang maksud maqassid syariah yang dapat difahami bahawa setiap peraturan ajaran Islam yang diturunkan bertujuan untuk memberikan kebaikan kepada manusia sejagat.

Menurutnya, ia adalah satu keperluan asas dan akibat jikalau tidak mengikutinya akan menyebabkan masyarakat terbahagi kepada dua iaitu yang cintakan keamanan serta yang gemar menyalakan api kebencian masyarakat.

Sheikh Prof Dr Wahbah Mustafa Al-Zuhaily with Anwar Ibrahim on seminar Maqassid SyariahKatanya, program yang dianjurkan itu amat baik dan bersesuaian di dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini terutama dalam konteks penyatuan masyarakat di negara ini.

Beliau turut menjelaskan, Islam adalah agama yang terbuka kepada semua bangsa dan penganut agama lain.

"Sejarah telah membuktikan sesiapa sahaja yang bernaung di bawah Islam tidak kira berlainan agama dan bangsa akan mendapat faedah serta kebaikan.

"Di dalam al-Quran jelas menyatakan Islam itu sendiri membawa keamanan dan menyelamatkan hak-hak setiap masyarakat," katanya ketika menyampaikan ceramahnya petang semalam.

Ulama Besar Dunia from Damsyik, Syria, Sheikh Prof Dr Wahbah Mustafa Al-Zuhaily with Anwar Ibrahim on seminar Maqassid SyariahMengupas lebih mendalam mengenai maqassid syariah, Dr Wahbah berkata, ia adalah asas kepada agama Islam dan dianggap sebagai akar umbi agama.

Malah, jelasnya, salah satu nama Allah juga iaitu as-Salam bermaksudkan pendamaian, justeru beliau menyeru supaya masyarakat tidak mudah terpengaruh dan jangan berpegang hanya kepada sesuatu kaum tertentu sahaja.

"Sekiranya terdapat pertikaian, eloklah dibawa berbincang atau menyertai forum bagi menyelesaikan segala kekusutan demi melahirkan kedamaian.

"Di samping itu, Islam juga mengharamkan pembunuhan biarpun sesama bukan Islam," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Umno sasar menang 30 kerusi DUN Selangor

Posted: 13 May 2011 05:04 AM PDT

Umno Selangor sudah bersedia menawan balik negeri Selangor dengan menyasarkan BN memenangi sekurang-kurangnya 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-13 ini.

NONETimbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar, berkata UMNO dan BN mempunyai strategi tersendiri bagi menghadapi pilihan raya umum itu dan yakin dapat mengembalikan semula keyakinan rakyat negeri itu untuk memilih semula BN.

"Kita sudah bersiap sedia seolah-olah esok pilihan raya dan kita beri tumpuan penuh pada kawasan 'putih' dan 'kelabu' di Selangor yang kita yakin beroleh kemenangan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, di Kota Bharu, hari ini.

Ketika ini, jumlah kerusi dalam DUN Selangor ialah 56 dengan Pakatan Rakyat mempunyai 35 kerusi manakala BN sebanyak 20 kerusi dan seorang ADUN bebas.

NONEBeliau berkata rakyat Selangor kini sudah mula melihat banyak kepincangan yang berlaku dalam kerajaan negeri di mana banyak janji-janji pilihan raya umum lalu masih belum dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat itu.

Mengulas program Gelombang Merah oleh UMNO Kelantan, Noh yakin program itu dapat mengembalikan semula Kelantan kepada BN pada pilihan raya umum nanti berdasarkan kepada sambutan rakyat terhadap program tersebut.

NONESementara itu, Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata semua kawasan Parlimen di seluruh negara kini mendapat peruntukan khas sebanyak RM100,000 bagi membantu golongan petani kecil.

"Saya serahkan peruntukan ini kepada semua Pengerusi Pembangunan Pertanian Parlimen untuk mereka melaksanakan projek-projek kecil pertanian bagi membantu petani," katanya.

- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan