Jumaat, 13 Mei 2011

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


400 tapak rumah orang muda

Posted:

400 tapak rumah orang muda

400 tapak rumah orang muda

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my

JERANTUT 13 Mei - Kerajaan negeri akan memperuntukkan 75 hektar tanah bagi 400 lot tapak rumah untuk generasi muda dekat Kuala Tahan, Tembeling di sini tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanah, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak (gambar) berkata, penyediaan itu bagi membolehkan golongan muda memiliki rumah sendiri dan secara tidak langsung mengelakkan mereka berhijrah ke bandar.

"Lot-lot rumah itu akan melalui pelan perancangan yang komprehensif dan akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas bagi menampung keperluan serta kebajikan penduduk," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kampung Angkatku di Kuala Tahan di sini semalam.

Menurutnya, penyediaan itu akan mengubah taraf hidup penduduk selain membangunkan modal insan dan meningkatkan peluang ekonomi khususnya dalam bidang pelancongan serta pertanian.

Tegasnya, masalah penempatan itu akan diselesaikan dengan kaedah dan perancangan tersusun tetapi memerlukan masa serta berharap penduduk bersabar sementara ia dibangunkan.

Wan Amizan yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut berkata, kawasan di Ulu Tembeling akan menerima pembangunan lebih pesat apabila jalan sepanjang 45 kilometer di Kampung Mat Daling membabitkan peruntukan RM90 juta siap mengikut jadual.

Jelasnya, kerja-kerja membina jalan tersebut yang terbahagi kepada tiga pakej sedang giat dilakukan oleh kontraktor terbabit yang mana kira-kira 15 kilometer sudah diratakan dengan tanah merah dan hanya boleh dilalui menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

Sementara itu, katanya, kira kira 10,000 hektar tanah di Ulu Tembeling akan dimajukan dengan projek pertanian bagi meningkatkan taraf hidup serta pendapatan penduduk di kawasan itu.

Tambahnya, kira-kira 5,000 penduduk dari 25 kampung antaranya, Kampung Mat Daling, Kampung Pagi, Kampung Tekek dan Kampung Bantal sudah menikmati pelbagai kemudahan prasarana termasuk bekalan elektrik serta air paip.

"Usaha mengadakan kemudahan sama kepada penduduk di kampung lain akan dilaksanakan apabila jalan raya yang sedang dalam pembinaan itu siap nanti," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Felda tunai janji bina dewan di Jengka 22, 25

Posted:

Felda tunai janji bina dewan di Jengka 22, 25

Felda tunai janji bina dewan di Jengka 22, 25

KUALA KRAU 13 Mei - Felda akan tetap menunaikan janji untuk membina dua dewan bernilai RM1.6 juta di Felda Jengka 22 dan Jengka 25 sebagaimana yang dijanjikan dalam kempen Pilihan Raya Kecil Kerdau baru-baru ini.

Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka, Saari Din (gambar) berkata, proses tender projek tersebut dikeluarkan baru-baru ini dan akan dilaksanakan sebaik sahaja prosedur pemilihan kontraktor yang layak diputuskan tidak lama lagi.

Menurutnya, pada masa sama beberapa projek lain seperti gelanggang futsal, mengecat masjid, membina astaka dan lain-lain projek kecil di Felda terbabit turut diselesaikan selari dengan permintaan penduduk yang memerlukan kemudahan tersebut.

"Setiap dewan itu bernilai RM800,000 yang dapat menampung kira-kira 1,000 orang dengan dilengkapi pelbagai kemudahan bagi memberi keselesaan kepada penduduk menjalankan aktiviti kemasyarakatan.

"Felda tidak akan mungkir janji menyediakan projek besar kepada masyarakat peneroka tetapi jika ada masalah kecil seperti longkang tersumbat, tanah gelongsor di belakang rumah patut diselesaikan individu atau komuniti setempat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Saari berkata, selaku agensi pelaksana, Felda sentiasa berusaha meningkatkan kemudahan infrastruktur asas dan awam di tanah rancangan tanpa sebarang pilih kasih.

Justeru itu, katanya, warga Felda perlu berfikir rasional akan kebaikan agensi itu tanpa cuba menimbulkan sebarang isu remeh yang boleh menghancurkan perpaduan dan kemakmuran dinikmati sekarang.

"Jangan jadikan diri dan keluarga dipergunakan pihak tertentu untuk memperlekehkan Felda sedangkan agensi itu yang membawa keluar mereka daripada kemiskinan," tegasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tapak Pekan Sari dialihkan ke Sri Ketumbit

Posted:

Tapak Pekan Sari dialihkan ke Sri Ketumbit

Tapak Pekan Sari dialihkan ke Sri Ketumbit


JALAN utama berdekatan Dataran Sri Ketumbit, Temerloh akan dijadikan Pekan Sari berikutan tapak lama di Pekan Kerdau menimbulkan bahaya kepada pengguna jalan raya.


TEMERLOH 13 Mei - Tapak Pekan Sari di simpang empat Kerdau akan dialihkan ke pekarangan Sri Ketumbit di sini bagi memastikan keselamatan orang ramai terjamin dan memudahkan mereka meletak kenderaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kuala Kerdau, Abdul Rahman Rashid berkata, sebelum itu pekan tersebut yang beroperasi pada setiap Sabtu diadakan di simpang empat tersebut menyebabkan berlaku kesesakan trafik dan mengancam keselamatan orang ramai.

Menurutnya, apabila dialihkan ke perkarangan Sri Ketumbit nanti diharap pihak terbabit membuat garisan kuning di kedua-dua belah jalan iaitu menghala ke Temerloh dan ke Jerantut.

"Dalam hal ini saya minta pihak berkenaan supaya membuat garisan kuning di kedua-dua belah berdekatan persimpangan dataran Sri Ketumbit untuk mengingatkan pemandu memperlahankan kenderaan terutama ketika pekan terbabit beroperasi," katanya di sini semalam.

Menurutnya, selain pekan itu, Dataran Sri Ketumbit menjadi tapak pasar malam dan kawasan itu sangat berbahaya ketika aktiviti perniagaan beroperasi di kedua-dua tempat tersebut.

Katanya, dengan adanya garisan kuning itu akan dapat membantu memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan itu.

Jelasnya, perkara itu penting ekoran apabila Pekan Sari itu beroperasi terdapat segelintir pemandu tidak mengendahkan keselamatan dengan memandu secara berbahaya.

"Kita kesal kerana ada pemandu memandu laju di kawasan itu dan berharap garisan kuning tersebut dapat memberitahu mereka supaya menghormati pejalan kaki," katanya.

Menurut beliau, langkah itu dibuat bagi menjamin keselamatan orang ramai terjamin ketika membeli barangan keperluan di pekan tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan