Malaysiakini :: Berita |
Pejabat PM arah Utusan hentam Buku Jingga Posted: 12 May 2011 06:55 PM PDT Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia didakwa diberikan arahan khas untuk menghentam rancangan 100 hari Pakatan Rakyat yang disenaraikan dalam Buku Jingga sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.
Nota itu menyebut, setelah hadir ke taklimat di pejabat berkenaan pada tarikh yang sama, pejabat tersebut memaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada keesoknya (22 Mac) akan bercakap mengenai "kesan negatif" jika janji pembangkang dalam Buku Jingga dilaksanakan. Sehubungan itu, semua akhbar, terutamanya Utusan Malaysia, diminta mendapatkan komen pelbagai pihak -- antaranya pemimpin parti komponen BN, penganalisis ekonomi dan tokoh akademik -- bagi menyokong kenyataan Najib itu.
Wartawan kanan itu juga meminta bantuan Meja Am dan Meja Ekonomi akhbar itu untuk melakukannya kerana biro yang diketuainya agak sibuk pada masa itu. Benar-benar hentam Semakan Malaysiakini di Utusan versi dalam talian mendapati terdapat sekurang-kurangnya tujuh laporan berkenaan Buku Jingga dimuatkan di akhbar milik Umno itu sepanjang tarikh yang diarahkan. Isu berkenaan juga didapati terus disentuh selepas tarikh berkenaan.
Beliau dilaporkan mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan tindakan Pakatan "menyogok dokumen-dokumen janji", terkini melalui Buku Jingga sehingga risikonya kelak mendatangkan kesengsaraan dan bala bencana kepada negara. Najib ketika berucap di Putrajaya juga dilaporkan berkata, parti yang bertanggungjawab lebih rela tidak popular untuk jangka pendek dari membankrapkan negara dalam jangka panjang.
Sementara itu, dakwaan campurtangan kerajaan dalam media bukanlah perkara baru dan sering disebut oleh pemimpin pembangkang, terutama dalam ceramahnya. Lagi dakwaan campurtangan k'jaan Sebelum ini, perkara yang hampir sama didedahkan Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari.
Wartawan kanan Utusan yang dipecat itu berkata, agenda mingguan yang diputuskan dalam mesyuarat itu akan disampaikan kepada ketua pengarang melalui pejabat Perdana Menteri. |
DAP sasar kerusi Melayu di T'ganu, Kelantan Posted: 12 May 2011 06:37 PM PDT Selepas kemenangan memberangsangkan pada pilihan raya negeri Sarawak April lalu, DAP kini memperhebatkan usaha melebarkan pengaruhnya ke kawasan-kawasan pengundi bukan Cina. Selain Sarawak, DAP kini mensasarkan sekurang-kurangnya satu kerusi di kawasan majoriti Melayu di Kelantan dan Terengganu.
"DAP akan timbulkan tuntutan in pada mesyuarat Pakatan Rakyat akan datang." Wu, yang juga pengarah hal ehwal pembangunan bagi DAP Kelantan dan Terengganu berkata tuntutan berkenaan adalah hasrat penyokong akar umbi di kedua-dua negeri itu.
Kali terakhir DAP bertanding di Kelantan dan Terengganu adalah ketika pilihan raya 1990 apabila parti itu meletakkan seorang calon di kerusi negeri kawasan Padang Garong yang terletak di kawasan parlimen Kota Bharu. Kata Wu, sejak akhir-akhir ini media arus perdana milik Umno dan BN telah melabelkan DAP sebagai parti Cina bagi menakut-nakutkan pengundi berbangsa lain.
Bagimanapun cadangan pengembangan DAP itu dijangka menimbulkan rasa tidak puas hati PKR yang telah bertanding di kerusi-kerusi yang mempunyai peratus bukan Melayu yang ketara. |
You are subscribed to email updates from Malaysiakini :: Berita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan