Khamis, 12 Mei 2011

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Mesir beri laluan ke Al-Aqsa

Posted: 12 May 2011 03:22 PM PDT

Nasional

Masjid Al Aqsa

Masjid Al Aqsa

Agensi pelancongan jamin Kaherah selamat dikunjungi untuk ke Baitulmaqdis

KAHERAH: Rakyat negara ini terutama umat Islam yang mahu mengunjungi Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis boleh berbuat demikian melalui Mesir mulai bulan depan, berikutan keputusan kerajaan Mesir membenarkan pelancong memasuki tanah suci ketiga itu dari Gaza.

Malah, penganut agama Kristian juga boleh mengambil peluang itu melawat Baitulmaqdis yang mempunyai banyak tinggalan sejarah agama dan kesan peradaban. Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Datuk Mohd Khalid Harun, berkata umat Islam yang mahu mengerjakan umrah dan ziarah kini boleh menyenaraikan kunjungan ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis sebagai antara program dalam pakej lawatan mereka.

"Ini peluang terbaik kerana kerajaan Mesir sudah membuka jalan penting untuk kita berkunjung ke Baitulmaqdis. Ini maklumat terbaru yang disampaikan kepada MATTA oleh agensi pelancongan terkemuka, Star Gold Travel yang berpangkalan di bandar raya ini," katanya kepada pemberita Malaysia pada akhir program lawatan MATTA ke bandar raya ini dan Iskandariah, kelmarin.

Sejak Khamis minggu lalu, Mohd Khalid mengetuai delegasi 24 ahli MATTA melawat tempat bersejarah seperti Piramid dan Sphinx di Giza serta Iskandariah atas undangan Star Gold Travel.

Lawatan itu antara lain bertujuan mengumpul fakta keadaan keselamatan di Mesir serta tarikan pelancong ke negara itu selepas revolusi yang menyaksikan Presiden Hosni Mubarak diguling, Januari lalu.
Mohd Khalid berkata, MATTA berpuas hati dengan aspek keselamatan terutama di Kaherah dan Iskandariah selain melihat kesungguhan sektor pelancongan menghidupkan kembali industri itu yang hampir lumpuh akibat revolusi.

"Kita yakin Mesir cukup selamat dikunjungi pelancong. Ketika melawat beberapa tempat menarik seperti Piramid dan Sphinx dan Iskandariah, suasananya cukup meyakinkan kita dan pelancong tidak perlu bimbang," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau mencadangkan kerajaan memperkenalkan kaedah kad keluar atau 'exit card' di pintu keluar utama negara bagi memudahkan bancian kecenderungan rakyat tempatan bercuti di seberang laut.

Sementara itu, Pengerusi Star Gold Travel, Mohamed El Banna, memberi jaminan Mesir selamat untuk dikunjungi pelancong.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kematian anak, cucu terbela

Posted: 12 May 2011 03:18 PM PDT

Nasional

ISHAK menatapi gambar arwah  Norliza,  yang mati dibunuh kejam bersama anaknya Amirul Ayman   di Kampung Pulau Kerbau, Palekbang, Tumpat.

ISHAK menatapi gambar arwah Norliza, yang mati dibunuh kejam bersama anaknya Amirul Ayman di Kampung Pulau Kerbau, Palekbang, Tumpat.

Bapa mangsa bunuh bersyukur penjenayah dihukum gantung

TUMPAT: "Kematian arwah kini terbela dan saya bersyukur kerana pembunuh anak dan cucu saya akhirnya menerima hukuman setimpal.

"Sejak pemergian mereka, saya tidak dapat tidur lena memikirkan kesudahan kes ini selain terkenangkan arwah," luah bapa mangsa pembunuhan, Ishak Mohd Isa, 63. Katanya, meskipun hukuman gantung itu tidak boleh mengembalikan nyawa anaknya, Norliza, 35, dan cucu, Amirul Ayman Mohd Yusoff, 10, namun beliau dan isterinya, Zainab Mahmud, 54, bersyukur dengan keputusan mahkamah dalam menegakkan keadilan.

Beliau mengulas keputusan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Seremban, Datuk Ahmad Nasfy Yasin, menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Ali Tan Abdullah, 35, selepas didapati bersalah membunuh Norliza dan Amirul Ayman, semalam.

Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Kerbau, Palekbang di sini, semalam, Ishak berkata, dia berdoa setiap hari selepas solat supaya pembunuh anak dan cucunya menerima hukuman atas perbuatan tidak berperikemanusiaan itu.

Meskipun bapa kepada 14 anak itu cuba menyembunyikan perasaan sedih dan pilu, namun naluri seorang ayah yang rindu terhadap arwah anak serta cucunya itu turut kelihatan pada riak wajahnya.
Ketika menatap gambar wajah arwah anak dan cucunya, hatinya cukup hiba meskipun cuba disembunyikan.

"Kalau pakcik rindu anak dan cucu, pak cik akan menatap gambar mereka yang tersimpan dalam album, malah kami kerap menjenguk tempat kedua-duanya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pinang," katanya.

Sementara itu, Ahmad Nasfy dalam penghakimannya berkata, mahkamah berpuas hati dengan pihak pendakwaan yang berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah terhadap tertuduh.

Mengikut pertuduhan, Ali Tan didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian Norliza dan Amirul Ayman di rumah bernombor B5-1-09B, Flet Win Min, Pasar Baru, Port Dickson, antara jam 3.15 petang, 2 September tahun lalu hingga jam 10.15 pagi keesokan hari.

"Tertuduh mengaku masuk ke rumah mangsa kira-kira jam 3 petang dan melarikan laptop, telefon bimbit, PSP Sony (permainan video), pengecas, rantai leher, loket, gelang tangan dan anting-anting dengan ada saksi mendengar bunyi pelik serta melihat pintu jeriji rumah mangsa terbuka ketika kejadian berlaku," katanya.

"Selain itu, tertuduh membawa barang kemas mangsa ke kedai pajak gadai serta menghantar laptop ke kedai komputer untuk diformat semula dan membawa polis menemui semula kad sim telefon bimbit mangsa," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan