Selasa, 10 Mei 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


Bakar pondok polis: 13 ditahan bantu siasatan

Posted:

Bakar pondok polis: 13 ditahan bantu siasatan

Bakar pondok polis: 13 ditahan bantu siasatan

10/05/2011 9:25pm

NIBONG TEBAL — Polis menahan 13 lelaki bagi membantu siasatan terhadap kejadian kebakaran pondok polis dan pusat operasi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Taman Merak di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Negeri, SAC Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, mereka yang ditahan di sekitar Taman Merak itu berusia lingkungan 18 hingga 32 tahun dalam satu operasi besar-besaran mengesan suspek.

Katanya, pada kejadian kebakaran pukul 11.10 malam tadi itu, pondok polis yang terletak dalam pusat operasi JKKK itu turut terbakar.

Beliau berkata, perbuatan khianat membakar pusat operasi JKKK itu dipercayai berpunca dari kes membalas dendam terhadap seorang lelaki yang parah kerana diserang oleh anak salah seorang anggota JKKK di kawasan itu minggu lepas.

"Akibat tidak puas hati ekoran insiden serangan tempoh hari, sekumpulan lelaki dipercayai anggota keluarga dan rakan mangsa itu bertindak membakar pusat operasi termasuk pondok polis yang berada dalam pusat itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mereka yang terbabit kini ditahan reman di Ibupejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan dan polis sedang mengesan dua lagi suspek yang dikenali sebagai Tan Choon Wei atau dikenali Ah Wei, 26, dan M.Jeganathan, 30, bagi membantu siasatan.

Tan mempunyai alamat terakhir di No 2, Lorong 44, Taman Merak, Simpang Ampat dekat sini manakala Jeganathan di No 36, Lorong 33 di taman perumahan yang sama. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelakon veteran, Aimi Jarr meninggal dunia

Posted:

Pelakon veteran, Aimi Jarr meninggal dunia

Pelakon veteran, Aimi Jarr meninggal dunia

10/05/2011 8:05pm

KUALA LUMPUR — Pelakon veteran dan aktivis seni, Aimi Jarr atau nama sebenarnya Datuk Omar Puteh, 72, meninggal dunia di rumahnya di Taman Melawati, pagi ini.

Allahyarham yang juga merupakan bekas Penyunting Berita di Utusan Malaysia disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 7.30 pagi.

Anak bongsu Allahyarham, Romy Jarr, 34, ketika dihubungi berkata bapanya tidak menunjukkan tanda-tanda sakit sebelum meninggal dunia.

"Cuma pagi tadi semasa nak kejutkan arwah, badannya terasa sejuk dan mulutnya berbuih. Melihat keadaan bapa, saya terus menghubungi doktor untuk membuat pemeriksaan ke atasnya," katanya.

Romy Jarr berkata, bapanya mempunyai penyakit kencing manis tetapi tidak berada pada tahap yang serius sehingga memerlukan bapanya dimasukkan ke hospital.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Noriah Ishak, 74, dan tiga cahaya mata iaitu Norimy Jarr, 44, Norlisda Jarr, 40 dan Romy Jarr.

Aimi Jarr pernah memenangi anugerah Penulis Lakon Layar Terbaik dalam Festival Film Malaysia kedua pada 1981 menerusi filem Dia Ibuku.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan selepas solat Zuhur di Tanah Perkuburan Klang Gate Baru, Hulu Klang. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tebus tanah Kerajaan Johor seabad lalu sah

Posted:

Tebus tanah Kerajaan Johor seabad lalu sah

Tebus tanah Kerajaan Johor seabad lalu sah

10/05/2011 7:55pm

PUTRAJAYA — Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa sebidang tanah milik seorang kerabat diraja Johor ditebus secara sah oleh kerajaan negeri itu 115 tahun lepas.

Tanah seluas enam ekar yang kini menempatkan sebuah jabatan telekomunikasi di pusat bandar Johor Baharu, dikatakan bernilai beberapa ratus juta ringgit serta menjadi pertikaian antara waris Almarhum Ungku Abdullah Temenggong Daeng Ibrahim dan kerajaan negeri.

Panel tiga hakim terdiri daripada Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, Datuk Seri Md Raus Shariff dan Datuk Abdull Hamid Embong berkata, Mahkamah Tinggi terkhilaf apabila memutuskan bahawa pemerolehan hartanah tersebut oleh kerajaan negeri Johor adalah terbatal.

Mereka membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Ungku Sulaiman Abd Majid dan Ungku Ahmad Othamn, yang merupakan cicit serta pentadbir bersama harta pusaka milik Almarhum Ungku Abdullah, adik Sultan Johor, Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim.

Mahkamah turut memerintahkan mereka membayar RM100,000 sebagai kos perundangan. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan