Harian Metro: Mutakhir |
13 lelaki ditahan bantu siasatan kebakaran pondok polis Posted: 10 May 2011 06:10 AM PDT NIBONG TEBAL: Polis menahan 13 lelaki bagi membantu siasatan terhadap kejadian kebakaran pondok polis dan pusat operasi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Taman Merak di sini semalam. Timbalan Ketua Polis Negeri, SAC Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata mereka yang ditahan di sekitar Taman Merak itu berusia lingkungan 18 hingga 32 tahun dalam satu operasi besar-besaran mengesan suspek. Katanya, pada kejadian kebakaran pukul 11.10 malam tadi itu, pondok polis yang terletak dalam pusat operasi JKKK itu turut terbakar. Beliau berkata, perbuatan khianat membakar pusat operasi JKKK itu dipercayai berpunca dari kes membalas dendam terhadap seorang lelaki yang parah kerana diserang oleh anak salah seorang anggota JKKK di kawasan itu minggu lepas. "Akibat tidak puas hati ekoran insiden serangan tempoh hari, sekumpulan lelaki dipercayai anggota keluarga dan rakan mangsa itu bertindak membakar pusat operasi termasuk pondok polis yang berada dalam pusat itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Rumah panjang musnah dalam kebakaran Posted: 10 May 2011 06:08 AM PDT KANOWIT: Sebuah rumah panjang 40-pintu, Rh.Umpang, di kawasan pedalaman Sungai Menyan dekat sini musnah dalam kebakaran hari ini menyebabkan enam keluarga tinggal sehelai sepinggang. Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, seorang lelaki berusia 50an mengalami kecederaan ringan apabila cuba menyelamatkan seorang anggota keluarga.
Katanya pihak berjaya mengawal kebakaran pada pukul 5 petang dan punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan