Ahad, 8 Mei 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


Ditahan kerana curi penebat petir sekolah

Posted:

Ditahan kerana curi penebat petir sekolah

Ditahan kerana curi penebat petir sekolah

08/05/2011 6:45pm

KUALA LUMPUR — Polis menahan seorang lelaki yang mempunyai 17 rekod jenayah lampau kerana disyaki mencuri kabel penebat petir bernilai hampir RM150 di Sekolah Menengah Wangsa Maju, di sini, hari ini.

Ketua Balai Polis Wangsa Maju, Cif Inspektor Mispani Hamdan berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, suspek cuba melarikan diri dengan memanjat bumbung sekolah itu selepas ternampak kelibat anggota polis peronda yang sedang meronda di kawasan sekolah berkenaan.

"Curiga dengan keadaan itu, anggota berkenaan kemudian datang semula sejam kemudian bagi memeriksa kawasan sekolah sebelum melihat seorang lelaki berlari di atas bumbung sekolah," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata anggota polis kemudian mengejar dan mengepung suspek sebelum mengarahkan suspek supaya turun.

"Suspek kemudian berlari turun ke tingkat satu dan bergelut dengan seorang anggota dan dalam cubaan meloloskan diri...suspek cedera ringan," katanya.

Mispani berkata, lelaki itu bagaimanapun berjaya ditahan dan setelah disoal siasat, polis menemui 5 kilogram kabel penebat petir yang dipercayai dicuri dari sekolah berkenaan. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Perhimpunan belia tanam sifat sukarelawan

Posted:

Perhimpunan belia tanam sifat sukarelawan

Perhimpunan belia tanam sifat sukarelawan

08/05/2011 6:41pm

MELAKA — Kerajaan berhasrat menanamkan sifat kesukarelawan di kalangan belia dengan mencontohi negara-negara maju sempena Perhimpunan 1 Juta Belia di Putrajaya pada 27 hingga 29 Mei ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shaberi Cheek, berkata, Australia mempunyai lima juta sukarelawan yang memberi sumbangan tenaga sebanyak 700 juta jam setahun.

"Sifat kesukarelawan seperti ini yang perlu kita pupuk di kalangan belia tempatan," katanya kepada pemberita selepas menyertai Konvoi Malaysia Super Cars Club sempena promosi perhimpunan itu di Mydin Mall, Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Sebanyak 17 buah kereta sport seperti "Ferrari" dan "Lamborghini" menyertai konvoi dari Putrajaya ke Melaka yang diketuai oleh Presiden Malaysia Supercar Owners Club, Datuk Seri Dr Mohd Azman Mahmud.

Ahmad Shabery pada majlis itu mengedar risalah sempena perhimpunan itu dan menjemput secara peribadi orang ramai di ruang legar di pasar raya itu untuk datang ke Putrajaya yang telah diisytiharkan sebagai 'Kota Belia'. —Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dadah: Broker kereta duhukum gantung

Posted:

Dadah: Broker kereta duhukum gantung

Dadah: Broker kereta duhukum gantung

08/05/2011 6:37pm

ALOR SETAR — Seorang broker kereta dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah kerana mengedar dadah dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd. Zaki Abd. Wahab menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Airiy Azmi Mohamad, 31, selepas didapati bersalah kerana mengedar dadah jenis ganja seberat hampir 60 kg.

Tertuduh yang berasal dari Kelantan didakwa melakukan kesalahan itu di Lorong 2, Unit Pemeriksaan dan Kemudahan Penumpang, Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam pada 17 April 2009 pukul 12.30 tengah hari.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan