Ahad, 8 Mei 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Pelajar IPTA mati tergantung

Posted: 07 May 2011 10:25 AM PDT

JASIN: Tanda tanya mengenai seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang 'menyepikan diri' selama dua hari terjawab selepas mayatnya ditemui di rumah sewanya di Taman Muhibbah, Merlimau, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang, mayat S Pannir Selvan, 22, ditemui tergantung pada kipas siling oleh bapa saudaranya yang pergi ke rumah sewa mangsa.


Difahamkan, bapa saudara mangsa pergi ke rumah berkenaan untuk mencarinya selepas dua hari tidak melihatnya.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, sepasukan polis yang menerima maklumat mengenai kejadian itu bergegas ke lokasi untuk melakukan siasatan.


"Berdasarkan siasatan awal, kejadian tidak membabitkan unsur jenayah dan kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).


"Pemeriksaan polis pada badan dan rumah sewa lelaki itu juga tidak menemui kesan jenayah," katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, Pannir Selvan tinggal menyewa di situ bersama lima lagi rakannya dan ketika kejadian, hanya dia berada di rumah berkenaan kerana teman serumahnya pulang bercuti ke kampung masing-masing.


Menurutnya, hasil bedah siasat pihak hospital mendapati mangsa mati akibat menggantung diri dan motif kejadian masih dalam siasatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Terjun laut elak dibelasah

Posted: 07 May 2011 10:23 AM PDT

BUTTERWORH: Panik kerana bimbang dirinya akan dibelasah orang ramai, seorang lelaki warga asing sanggup terjun ke laut dan berendam hampir dua jam di Pantai Robina, dekat sini, semalam.

Lelaki warga Myanmar berkenaan yang dikenali Alam Shamsul Alam, 26, sebelum itu dipercayai terbabit dalam kemalangan selepas dia yang menunggang motosikal melanggar sebuah kereta di Permatang Pak Elong, Kepala Batas, dekat sini.


Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi, dia dikatakan tercampak ke dalam parit berhampiran dan dibantu orang awam yang mahu memberi pertolongan.

Ketika cuba dibantu orang awam, tiba-tiba dia melarikan diri dipercayai takut kerana menunggang motosikal tanpa lesen.


Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintendan Mohamad Sukri Awang berkata, lelaki berkenaan sempat meminta air dengan penduduk di Pantai Robina selepas melarikan diri kira-kira lima kilometer dari tempat kejadian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan