Kosmo Online |
- 77 ditahan dalam 281 operasi mesin judi
- Penganggur didakwa bunuh anak kekasih
- Mayat lelaki berulat ditemui dalam longkang
77 ditahan dalam 281 operasi mesin judi Posted: 77 ditahan dalam 281 operasi mesin judi05/05/2011 7:14pm JOHOR BAHRU – Polis menahan 77 individu yang terlibat dengan kegiatan judi dan merampas 1,071 unit komputer dalam 281 operasi mesin judi di sekitar bandar raya sejak Januari lepas. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Zainuddin Yaacob berkata, polis membuka 115 kertas siasatan berhubung kes-kes tersebut, dengan 17 kes sudah dijatuhi hukuman dan selebihnya masih di peringkat perbicaraan mahkamah. Beliau berkata, sepanjang tahun lepas polis menahan 56 individu yang terlibat dalam kegiatan yang sama dan merampas 2,790 unit komputer dalam 752 serbuan yang dijalankan. Bercakap kepada pemberita di sini hari ini beliau berkata, dalam tempoh itu juga, polis membuka 103 kertas siasatan dengan 39 kes daripadanya sudah dijatuhi hukuman, manakala bakinya masih di peringkat perbicaraan mahkamah. – Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Penganggur didakwa bunuh anak kekasih Posted: Penganggur didakwa bunuh anak kekasih05/05/2011 7:11pm KUALA LUMPUR – Seorang penganggur hari ini didakwa di Mahkamah Majistret Ampang di sini terhadap pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun tujuh bulan dengan meninggalkannya dalam sebuah kereta. Hooi War Char, 35, mengangguk tanda faham apabila pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Aida Mastura Mohamed Aman. Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan. Dia didakwa membunuh Low Hong Jun, yang merupakan anak kepada teman wanitanya, dalam sebuah kereta di hadapan rumah bernombor 4, Jalan 11 Taman Sri Watan, Ampang, antara 2 pagi dan 12.30 tengah hari 21 April lepas. War Char, yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan. – Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Mayat lelaki berulat ditemui dalam longkang Posted: Mayat lelaki berulat ditemui dalam longkang05/05/2011 7:09pm MARANG - Mayat seorang lelaki sudah berulat ditemui dalam longkang belakang bangunan baru Sekolah Kebangsaan Wakaf Tapai, di sini, 11.50 pagi ini. Mayat mangsa berusia 39 tahun dan berasal dari Kampung Sungai Serai, di sini dijumpai oleh anak saudara lelakinya. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah ACP K. Manoharan berkata, mangsa difahamkan telah keluar dari rumah pada 1 Mei lalu dan memaklumkan untuk pergi menjerat burung. "Mangsa dikatakan keluar rumah untuk menjerat burung dan ayam hutan, bagaimanapun sehingga hari ini mangsa tidak pulang ke rumah dan keluarga mangsa juga tidak membuat sebarang laporan polis. "Bimbang dengan keadaan itu anak saudara mangsa pergi ke tempat yang dimaklumkan mangsa sebelumnya dan terkejut melihat keadaan mayatnya di dalam longkang," kata Manoharan kepada pemberita di sini, hari ini. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk bedah siasat dan polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan