Khamis, 5 Mei 2011

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


66 kes tipu selesai

Posted: 04 May 2011 11:42 AM PDT

SHAH ALAM: Polis Selangor menyelesaikan 66 kes penipuan yang didalangi sindiket 'fly-by-night' dengan tertangkapnya tiga anggota sindiket membabitkan rampasan bernilai RM55,000 di sekitar Lembah Klang, baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan, berkata hasil maklumat orang ramai, polis menahan tiga lelaki tempatan di sebuah tempat di Taman Perindustrian Subang, Subang Jaya, di sini, pada 29 April lalu.


Menurutnya, selepas disoal siasat semua suspek yang berusia antara 30 dan 58 tahun itu membawa polis ke sebuah tempat di Winner Heights, Desa Petaling, Kuala Lumpur, sebelum polis merampas beberapa barangan kes.

"Antara barang yang dirampas termasuk 200 gulung paip, tujuh telefon bimbit pelbagai jenis, dua komputer riba dan tiga cop syarikat yang keseluruhannya bernilai RM55,000. "Polis juga menemui beberapa dokumen seperti buku cek, sebut harga, invois serta slip bank," katanya dalam sidang akhbar di sini, semalam.


Hadir sama, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah Syed Ismail berkata, kerugian yang dialami mangsa sindiket terbabit sejak Jun 2009 hingga April lalu ialah RM1.66 juta di seluruh negara.


Taktik sindiket itu, katanya, membuka premis perniagaan menggunakan pendaftaran palsu dan membuat pesanan pembelian barangan elektrik, arak, barangan perabot dan telefon bimbit daripada mangsa.

"Apabila barangan yang dipesan sampai, mereka akan membayar menggunakan cek tarikh tertunda dan menghilangkan diri meninggalkan pembekal yang tertipu dengan cek tendang," katanya.


Syed Ismail berkata pada tahun lalu 124 kes seumpama itu dilapor di seluruh negara membabitkan kerugian RM7.824 juta dan syarikat yang menggunakan modus operandi 'fly-by-night' ini dikesan menjalankan aktiviti mereka di ibu negara, Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka. Menurutnya, polis masih menyiasat kes itu bagi mengenal pasti dalang sindiket terbabit.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 keluarga hilang rumah

Posted: 04 May 2011 11:40 AM PDT

SHAH ALAM: "Habis semua hangus...mesin jahit yang baru dibeli dengan berhutang untuk memudahkan isteri ambil tempahan jahitan pun lebur," kata Ahmad Zakri Abdul Halim, 30.

Dia seorang daripada 45 mangsa yang tinggal sehelai sepinggang membabitkan 12 rumah berkembar separuh papan dan batu di Lorong Haji Husin, Batu 7, Jalan Kebun, Seksyen 30, dekat sini, yang hangus dalam kebakaran, malam kelmarin.


Ahmad Zakri bagaimanapun berkata dia bersyukur sebab isterinya, Hasliza Berahim, 29, yang masih dalam pantang bersalin anak kedua, Mia Kaisara dan anak sulung Mohd Haziq berusia dua tahun terselamat tiada di rumah kerana berpantang di kampung di Jengka, Pahang. Sementara itu, Penolong Penguasa Bomba, dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja, A Romzi Abu, berkata pasukannya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada jam 9.42 malam dan jentera pertama tiba di tempat kejadian pada jam 10.01 malam. Katanya, kebakaran berjaya dikawal pada jam 10.13 malam dan padam sepenuhnya pada jam 11.05 malam. "Kebakaran membabitkan 12 rumah berkembar separuh papan, separuh batu dan sebuah kereta di hadapan satu daripada rumah berkenaan turut terbakar," katanya. Sementara itu, Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan yang ditemui ketika melawat lokasi kejadian semalam berkata, pihaknya mencari rumah sementara mungkin di Pojek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Seksyen 26 atau di Dewan MBSA.

Ketika ini, semua mangsa ditempatkan di Masjid Al-Falah berdekatan kawasan kejadian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan