Khamis, 5 Mei 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Dituduh bunuh anak teman wanita

Posted: 05 May 2011 02:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur hari ini didakwa di Mahkamah Majistret Ampang di sini, atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun tujuh bulan dengan meninggalkannya dalam sebuah kereta.

Hooi War Char, 35, mengangguk tanda faham apabila pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Aida Mastura Mohamed Aman. Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan.


Dia didakwa membunuh Low Hong Jun, yang merupakan anak kepada teman wanitanya, dalam sebuah kereta di hadapan rumah bernombor 4, Jalan 11 Taman Sri Watan, Ampang, antara 2 pagi dan 12.30 tengah hari 21 April lepas.

Hooi, yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.


Mahkamah menetapkan 24 Mei ini untuk sebutan semula kes. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Larangan Interlok di atas rak perpustakaan

Posted: 05 May 2011 02:35 AM PDT

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri pimpinan DAP melarang perpustakaan awam negeri meletakkan novel Interlok di rak buku teks sebagai membantah novel itu dijadikan teks sastera di sekolah seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran.

Timbalan Ketua Menteri II Dr P. Ramasamy (DAP-Prai) berkata kerajaan negeri dalam mesyuarat Exconya semalam telah memutuskan bahawa walaupun buku itu tidak dihalang untuk berada di perpustakaan awam, namun ia tidak dibenarkan diletakkan di rak buku teks.


Menjawap soalan lisan seorang penyokong kerajaan R.S.N. Rayer (DAP-Seri Delima)pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini, Ramasamy berkata, kerajaan negeri berpendapat kandungan buku itu tetap mempunyai unsur penghinaan etnik walaupun Kementerian Pelajaran telah membuat beberapa pindaan.

Isu novel Interlok sebenarnya telah selesai apabila kerajaan pusat bersetuju dengan dapatan Panel Bebas Mengkaji Pindaan Novel Interlok yang mendapati hanya 19 perkara daripada 106 bentuk cadangan pindaan boleh dianggap menyentuh sensitiviti masyarakat India.


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini berkata, daripada 19 perkara itu, tiga daripadanya adalah berkaitan dengan penggunaan perkataan kasta yang telah dianggap selesai kerana penulis bersetuju untuk menggugurkan perkataan itu dalam novelnya dan digantikan dengan perkataan 'golongan yang sama'.


Menurutnya, tiga perkara lagi iaitu berkaitan dengan fakta lembu sebagai binatang suci orang Hindu, keselamatan isteri Maniam di India dan upacara perkahwinan yang digambarkan sebagai meletihkan juga telah selesai. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan