Kosmo Online |
- Pemandu lori curi netbook 1Malaysia ditahan
- 66 penipuan sindiket
- Mayat peniaga hilang ditemui di Sg. Perak
Pemandu lori curi netbook 1Malaysia ditahan Posted: Pemandu lori curi netbook 1Malaysia ditahan04/05/2011 5:25pm BUKIT MERTAJAM - Polis menahan seorang pemandu lori yang membuat laporan polis mendakwa lori dengan muatan 355 unit komputer netbook 1Malaysia bernilai RM324,825 yang dibawanya dicuri ketika berhenti di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Juru, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) pada 7.30 pagi, 28 April lepas. Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, pemandu lori berusia 45 tahun itu ditahan selepas membuat laporan mengenai kejadian itu pada hari yang sama setelah mendapati laporan itu mencurigakan. Siasatan yang dijalankan mendapati pemandu lori itu bersama rakannya berusia 47 tahun merancang untuk mencuri muatan lori berkenaan katanya, pada sidang akhbar di sini hari ini. Abdul Rahim berkata, susulan penahanan pemandu lori itu, polis membuat serbuan di dua lokasi iaitu Taman Sutera Prima dan Taman Tun Hussein Onn dan menemui semula semua komputer netbook berkenaan. "Polis berjaya menemui semula kesemua netbook 1Malaysia yang dibawa dari Taman Tanjung Aman dan sepatutnya dihantar ke beberapa buah sekolah di Sungai Bakap dan Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan (SPS) itu," katanya. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 66 penipuan sindiket fly-by-night diselesaikan04/05/2011 5:02pm SHAH ALAM - Polis Selangor berjaya menyelesaikan 66 kes penipuan yang didalangi sindiket fly-by-night dengan tertangkapnya tiga anggota sindiket melibatkan rampasan bernilai RM55,000 di sekitar Lembah Klang 29 April lepas. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, hasil maklumat orang ramai, polis menahan tiga lelaki tempatan di sebuah tempat di Taman Perindustrian Subang, Subang Jaya, Selangor. Setelah disoal siasat, kesemua suspek yang berusia antara 30 dan 58 tahun itu membawa polis ke sebuah tempat di Winner Heights, Desa Petaling, Kuala Lumpur dan polis merampas beberapa barangan kes yang antara lain 200 gulung paip, tujuh telefon bimbit pelbagai jenis, dua komputer riba dan tiga cop syarikat yang keseluruhannya bernilai RM55,000. Beliau berkata, polis juga menemui beberapa dokumen seperti buku cek, sebut harga, invois serta slip bank dari tempat itu. "Kerugian yang dialami mangsa-mangsa sindiket ini sejak Jun 2009 hingga April 2011 ialah sebanyak RM1.66 juta di seluruh negara," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Mayat peniaga hilang ditemui di Sg. Perak Posted: Mayat peniaga hilang ditemui di Sg. Perak04/05/2011 4:24pm TELUK INTAN - Seorang peniaga kayu dan papan yang dilapor hilang oleh keluarganya 26 April lepas ditemui mati lemas di Sungai Perak, di sini hari ini. Mayat Tan Jock Seng, 53, dari Taman Sri Manggis di sini ditemui terapung pada pukul 2 petang oleh seorang lelaki yang sedang memancing di sungai itu. Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Goh Kok Liang berkata, mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat. Beliau berkata, kehilangan Jock Seng dilaporkan oleh keluarganya pada petang 26 April lepas apabila dia tidak pulang ke rumah. Hasil bedah siasat mendapati Jock Seng mati akibat lemas dan tidak mempunyai unsur jenayah, katanya. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan