Berita Harian: MukaDepan |
Posted: 03 May 2011 03:37 PM PDT MukaDepan WASHINGTON: Lokasi persembunyian Osama bin Laden mula dihidu Amerika Syarikat pada 2007 selepas mengenal pasti dua utusan dipercayai rapat dengan pemimpin al-Qaeda yang dituduh dalang serangan Pusat Dagangan Dunia pada 11 September 2001 (9/11) di New York. Dua tahun selepas itu, dua ejen warga Pakistan yang bekerja dengan Agensi Perisikan Pusat (CIA) memperoleh identiti seorang daripada utusan Osama itu di Peshawar, Pakistan. Berikutan itu, mereka berjaya mengesan kediaman yang dipercayai tempat Osama bersembunyi selepas menjejaki utusan itu ke Abbotabad dan mula memantau lokasi berkenaan mulai Ogos 2010. Sejak Osama melarikan diri dari wilayah pergunungan Tora Bora di Afghanistan pada 2001 selepas serangan 9/11, jejaknya hilang selepas bersembunyi dan mengelak membuat atau menerima panggilan telefon.Maklumat yang dikumpulkan mendapati dua utusan pemimpin al-Qaeda berkenaan tinggal bersama keluarga masing-masing, malah turut dihuni satu lagi keluarga besar. Pegawai kanan berkata, keyakinan mengenai tempat itu dihuni seorang pemimpin kanan al-Qaeda semakin kukuh berdasarkan beberapa tanda mencurigakan di kediaman itu. "Apabila kita lalu di bangunan itu, kita lihat siapa saja yang berada di dalamnya cuba menyembunyikan identiti mereka menerusi cara kawalan keselamatan ketat. "Penghuninya mempunyai kediaman berharga jutaan dolar, tetapi tidak mempunyai sumber pendapatan tertentu. Jika dilihat kes ini, jelas ia adalah bukti menunjukkan militan berprofil tinggi berada di sini dan Osama adalah individu yang sepadan dengan profil itu," kata seorang lagi pegawai. Sehingga April lalu, Obama diberi tiga pilihan iaitu menghantar satu pasukan bersenjata bagi menahan atau membunuh suspek, melancarkan pengeboman atau terus menunggu perkembangan lanjut. Hanya tiga perkataan digunakan oleh Obama pada Jumaat lalu untuk melancarkan operasi menahan atau membunuh musuh nombor satu Amerika itu – 'It's a go' (Teruskan rancangan). – AFP Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenel hafeez surah al Hujuraat, ayat 6: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. Pemerhati ironinya, ada saudara seagama yang mengucapkan tahniah kepada amerika kerana berjaya membunuh osama dan mengatakan dunia akan aman dengan kematian beliau. Nabil perlukah kita bersedih diatas kematian dia? Pada pandangan saya, dia benar-benar hanya mengaibkan dunia Islam sahaja selama ini. niat ingin menentang tentera kafir amerika, tapi caranya salah. tpi, orang islam tetap orang islam. klu btul apa yang diuar-uarkan ni, kita berdoalah ja la agar Allah mengampuninya. setuju kat AAR, semoga tuhan menggantikan dengan yang lebih baik. orang yang mampu memimpin orang2 islam ke arah yang lebih bermanfaat dan bermaruah. pejuang agama salam..sy setuju dengan kata sri siantan itu..kalau betul osama telah meninggal dunia,masih banyak lagi manusia seperti osama yang ada dan akan megkucar kacirkan amerika untuk masa akan datang.. Yangretibase Bodohlah kita andainya kita percaya penuh akan wayang celaka Amerika! zainal abidin kamaruddin mulanya saya percaya,setelah melihat muka depan berita harian 3 hb.mei,tidak percaya oula,sebabnya nampak sangat gambar itu yg lama telah diubahsuauai,ada udang disebalik batu mat dungun Boleh percaya ke AS sesabar itu... tunggu hingga 4 tahun. Canggih betul peralatan yang digunakan oleh CIA ya. Boleh buat filem auta ni. sri siantan Macam2 cerita boleh direka oleh amerika. Kalau betul mereka tahu kedudukan osama tentu tangkap hidup2 bagi memastikan seluruh rangkaian al qaedah dapat ditumpaskan. takat bunuh osama bukan musnahkan al qaedah, lebih ramai penganti osama akan muncul dan lebih perit bagi amerika. As Laporan berubah setiap hari...masih terlalu banyak perkara yang dirahsiakan AAR SEMOGA ALLAH MERAHMATI DAN MENGAMPUNI DOSA-DOSANYA. GANTILAH YANG TELAH HILANG DENGAN YANG LEBIH BAIK. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan