Kosmo Online |
- Curi: Pelajar IPTA, penjawat awam ditahan
- APMM bantu krew kapal dagang
- PAC Perak: Semak semula senarai e-Kasih
Curi: Pelajar IPTA, penjawat awam ditahan Posted: Curi: Pelajar IPTA, penjawat awam ditahan03/05/2011 6:49pm KANGAR — Tiga pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) termasuk dua pelajar perempuan serta seorang penjawat awam ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam kes kecurian di kolej kediaman IPTA yang terletak di Arau itu. Kedua-dua pelajar perempuan berumur 21 tahun itu ditahan 12.10 tengah hari pada Ahad lalu ketika mereka selesai menduduki peperiksaan akhir semester di IPTA itu manakala pelajar lelaki berusia 21 tahun dan seorang penjawat awam berusia 27 tahun ditahan 2.30 petang semalam di kediaman masing-masing di Alor Setar, Kedah. Ketua Polis Daerah Arau, Supt. Mohd. Nadzri Hussain berkata, mereka disyaki melakukan perbuatan itu sejak Oktober tahun lalu dan ketiga-tiga pelajar berkenaan adalah penuntut tahun kedua dan kesemua mereka berasal dari Alor Setar, Kedah. Mohd. Nadzri berkata, polis menjalankan risikan sebaik menerima laporan daripada seorang pelajar IPTA itu pada 16 Oktober tahun lalu yang mendakwa barangnya hilang. Hasil soal siasat, pihak polis menemui semula barang curi iaitu sebuah kamera digital manakala komputer riba yang turut dilaporkan hilang dipercayai telah dilupuskan kepada pihak kedua. "Polis masih giat mengesan pihak kedua yang terbabit dalam kes itu bagi membantu siasatan dan pihak polis percaya dengan penangkapan kesemua suspek itu berjaya menyelesaikan tiga kes yang dilaporkan," katanya ketika dihubungi. Kesemua suspek ditahan reman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. — Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: APMM bantu krew kapal dagang03/05/2011 6:16pm GEORGE TOWN — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang membantu memindahkan seorang krew kapal dagangan warga India yang dilaporkan sakit dalam kapal di perairan Teluk Bahang di sini semalam. Ketua Penguatkuasa Maritim Pulau Pinang, Komander Maritim Robert Teh Geok Chuan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari kapal dagang MT Eagle Vermouth pada 1.45 tengah hari semalam dan bertindak menjalankan operasi untuk memindahkan krew terlibat dari kapal dagang itu tujuh batu nautika dari Muka Head. Beliau berkata, krew yang dikenali sebagai Bhagat Singh, 25, dilaporkan mengalami sakit perut yang serius sebelum dimasukkan ke sebuah hospital swasta pada 6 petang semalam. Kapal dagangan dari China itu sedang dalam perjalanan ke Fujairah, Arab Saudi. — Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
PAC Perak: Semak semula senarai e-Kasih Posted: PAC Perak: Semak semula senarai e-Kasih03/05/2011 6:17pm IPOH — Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) Perak meminta senarai golongan miskin dalam sistem e-Kasih disemak semula dan dibuat pengesahan bagi memastikan bantuan yang dihulurkan sampai kepada mereka yang benar-benar layak. Pengerusinya Datuk Seri, Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata, PAC banyak menerima aduan mengenai kesilapan dalam sistem itu sehingga ada mereka yang tidak sepatutnya, menerima bantuan. "Senarai yang ada perlu diperhalusi dan melalui proses pemutihan...dalam keadaan ini kita tidak perlu menuding jari kepada mana-mana pihak sehingga menyebabkan ada mereka yang layak tercicir. Jangan sampai perkara ini menjadi masalah besar kepada kerajaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata, proses pemutihan itu perlu dilakukan segera berikutan aduan dan rungutan daripada orang ramai yang mengatakan sistem e-Kasih tidak merangkumi kesemua mereka yang benar-benar layak. — Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan