Harian Metro: Mutakhir |
Posted: 03 May 2011 03:33 AM PDT KUALA LUMPUR: Laman blog Tun Dr Mahathir Mohamad chedet.co.cc mengalami beberapa masalah akibat serangan malware. Pegawai khas beliau, Sufi Yusof, berkata serangan pertama terhadap laman blog itu berlaku pada 7 April tetapi diisytihar "bersih" oleh enjin carian global Google pada 12 April.
Akibat serangan malware, kelajuan komputer semakin berkurangan terutamanya ketika melayari internet kerana dibebani parasit komputer. Sufi berkata, setelah laporan dibuat kepada Google, pihaknya memerlukan masa tiga atau empat hari untuk mendapatkan pengesahan bahawa tapak itu bebas daripada malware.
|
Seorang lagi askar Thai terkorban Posted: 03 May 2011 03:13 AM PDT BANGKOK: Seorang lagi tentera Thai terbunuh dalam pertempuran di sempadan Thai-Kemboja di Surin malam semalam, menjadikan jumlah kematian di pihak Thai meningkat kepada 12 orang sejak pertempuran bermula 11 hari lepas. Suthep Thaugsuban, Timbalan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap keselamatan, berkata sebelum itu, tiga anggota tentera mengalami kecederaan, meningkatkan jumlah mangsa yang cedera kepada lebih 120 orang sejak 22 April.
Suthep mengakui kesukaran untuk mengadakan perbincangan gencatan senjata dengan pihak Kemboja pada masa ini.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan