Ahad, 1 Mei 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


Wanita maut dalam kejadian samun

Posted:

Wanita maut dalam kejadian samun

Wanita maut dalam kejadian samun

01/05/2011 9:04pm

KUALA TERENGGANU – Seorang remaja perempuan berumur 13 tahun hanya mampu mendiamkan diri di dalam bilik ketika ibunya yang berada di bilik sebelah dipukul, diikat dan mulutnya ditampal pita pelekat sehingga maut, dalam satu kejadian samun di Taman Desa Darul Iman, Kemaman, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K.Manoharan berkata kejadian itu hanya disedari jiran wanita itu pada kira-kira pukul 4 pagi apabila ternampak pintu jeriji rumah berkenaan terbuka.

Beliau berkata, oleh kerana curiga, jirannya itu terus masuk ke dalam rumah berkenaan dan ternampak wanita berumur 54 tahun itu terikat di atas katil, dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Manoharan yang ditemui di pejabatnya di sini berkata, wanita itu kemudiannya dihantar ke Hospital Kemaman, namun dia meninggal dunia kira-kira 15 minit selepas tiba di hospital.

Menurutnya, anak wanita itu yang ketika kejadian sedang tidur di biliknya, dipercayai terjaga setelah mendengar jeritan ibunya, namun dia hanya berani keluar selepas menyedari kehadiran jiran serta anggota polis kira-kira sejam kemudian.

Suami wanita berkenaan yang merupakan seorang peniaga berusia 56 tahun tiada di rumah ketika kejadian kerana mempunyai urusan perniagaan di Kota Baharu, Kelantan.

Manoharan berkata, hasil bedah siasat mendapati wanita itu mati kerana lemas.

"Bedah siasat juga mendapati bahagian muka wanita itu lebam, dipercayai akibat dipukul," katanya kepada pemberita di pejabatnya, di sini, hari ini.

Katanya polis percaya kejadian itu bermotifkan samun kerana beberapa barang milik wanita itu termasuk barang kemas didapati hilang selain keadaan rumah yang berselerak.

Beliau berkata polis bagaimanapun mendapat beberapa petunjuk untuk menjejaki suspek yang dipercayai lebih dari seorang.

"Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 396 Kanun Keseksaan kerana samun yang menyebabkan kematian, dan Seksyen 302 kanun sama kerana bunuh," katanya. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dua termasuk kanak-kanak maut nahas

Posted:

Dua termasuk kanak-kanak maut nahas

Dua termasuk kanak-kanak maut nahas

01/05/2011 8:22pm

TELUK INTAN – Dua terbunuh manakala seorang cedera parah dan dua lagi tercedera apabila kereta jenis pacuan empat roda yang mereka naiki terbabas dan terhumban ke dalam parit di Jalan Selabak-Padang Tembak di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Goh Kok Liang berkata yang terbunuh dalam kejadian pada pukul 4.20 petang itu ialah pemandu kenderaan Menan Raj a/l Vasus, 21, dan anak saudaranya Thivaran a/l Ragu, 7 tahun.

"Menan Raj meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siadat, manakala Thivaran meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital berkenaan," katanya kepada pemberita hari ini.

Katanya seorang lagi kanak-kanak Rejeltchumi a/p Ragu, 9, yang juga cedera parah kini dirawat di hospital berkenaan, bersama dua lagi kanak-kanak yang cedera, Mugalan a/l Ragu, 13, dan Vimal a/l Ragu, 2.

Beliau berkata kejadian berlaku ketika kenderaan yang dipandu Menan Raj membawa empat anak saudaranya itu hendak pulang kerumah mereka dari sini ke Selabak.

"Ketika melalui jambatan, kenderaan itu dikatakan gagal dikawal lalu terbabas dan terhumban ke dalam parit sedalam tiga meter yang dipenuh air akibat hujan lebat," katanya.

Kok Liang berkata, pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian untuk membantu mengeluarkan semua di dalam kenderaan itu. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nelayan dilaporkan hilang dijumpai mati

Posted:

Nelayan dilaporkan hilang dijumpai mati

Nelayan dilaporkan hilang dijumpai mati

01/05/2011 8:22pm

KUALA LUMPUR - Nelayan yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lepas dijumpai mati berhampiran Pulau Talang, Segari, Perak di sini petang ini.

Pengarah Siasatan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 3 Lt Kdr Nurul Hizam Zakaria berkata, nelayan yang hanya dikenali sebagai Chala dijumpai terapung dekat pulau itu pada pukul 3.15 petang.

"Mayat nelayan itu dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat APMM yang diketuai oleh Bintara Kanan Maritim Mohd Nazam Lot bersama lima anggota," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata Chala dilaporkan terjatuh ke dalam laut ketika sedang memukat udang bersama rakannya, S.Maniam, berdekatan pulau itu kira-kira pukul 8 malam Jumaat lepas, Maniam hanya membuat laporan polis di Ibupejabat Daerah Manjung pagi semalam. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan