Ahad, 1 Mei 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Gempa landa Filipina

Posted: 01 May 2011 06:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Gempa bumi dengan kekuatan 5.3 pada skala Richter melanda kepulauan Filipina awal malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di sini, berkata gempa yang berlaku pukul 7.06 malam itu berpusat 163km dari Davoa dan 984km dari Timur Laut Lahad Datu, Sabah.


Gegaran itu tidak membawa ancaman tsunami.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kanak-kanak antara maut kemalangan

Posted: 01 May 2011 05:59 AM PDT

TELUK INTAN: Dua terbunuh, manakala seorang cedera parah, dan dua lagi tercedera apabila kereta jenis pacuan empat roda yang mereka naiki terbabas dan terhumban ke dalam parit di Jalan Selabak-Padang Tembak di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Goh Kok Liang berkata yang terbunuh dalam kejadian pada pukul 4.20 petang itu ialah pemandu kenderaan Menan Raj a/l Vasus, 21, dan anak saudaranya Thivaran a/l Ragu, 7 tahun.


"Menan Raj meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siadat, manakala Thivaran meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital berkenaan," katanya kepada pemberita.

Katanya seorang lagi kanak-kanak Rejeltchumi a/p Ragu, 9, yang juga cedera parah kini dirawat di hospital berkenaan, bersama dua lagi kanak-kanak yang cedera, Mugalan a/l Ragu, 13, dan Vimal a/l Ragu, 2.


Beliau berkata kejadian berlaku ketika kenderaan yang dipandu Menan Raj membawa empat anak saudaranya itu hendak pulang kerumah mereka dari sini ke Selabak.


"Ketika melalui jambatan, kenderaan itu dikatakan gagal dikawal lalu terbabas dan terhumban ke dalam parit sedalam tiga meter yang dipenuh air akibat hujan lebat," katanya.

Goh berkata pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian untuk membantu mengeluarkan semua di dalam kenderaan itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan