Ahad, 1 Mei 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Projek rumah awam

Posted:

Projek rumah awam

Projek rumah awam

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 30 April - Kerajaan negeri bercadang menggunakan sebahagian rizab negeri ini untuk membangunkan projek perumahan awam kos rendah di sekitar Bandar Enstek, Nilai, dekat sini dalam tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, inisiatif itu bertujuan memenuhi keperluan penempatan dan pertambahan penduduk melalui pertumbuhan pesat kawasan perindustrian, institusi pengajian tinggi termasuk organisasi kerajaan di kawasan berkenaan.

''Sepanjang tempoh dua tahun pada 2009 dan 2010, Negeri Sembilan mencatatkan lebihan belanjawan melebihi RM130 juta.

''Maka, antara program yang akan dijalankan menggunakan rizab ini adalah untuk membina rumah flat lima tingkat tiga bilik di Bandar Enstek, Nilai seperti di Flat Seri Perdana di Paroi dan Flat Taman Yasmin di Senawang," katanya.

Mohamad berkata demikian pada majlis Penyerahan Inden Kerja Kontraktor Rumah Mesra Rakyat (RMR) Negeri Sembilan di Dewan Besar, Pejabat Badan Perhubungan UMNO negeri, di sini hari ini.

Jelas Mohamad, projek berkenaan adalah kerjasama antara kerajaan negeri dengan Jabatan Perumahan Negara.

''Kita menyediakan tanah dan telah mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk bangunkan projek ini di kawasan berkenaan.

''Saya yakin ia dapat memenuhi keperluan dan permintaan penduduk yang semakin bertambah di kawasan Bandar Enstek, terutamanya di kalangan pekerja kilang, penuntut dan juga kakitangan kerajaan," ujarnya.

Menurut beliau, rumah kos rendah itu akan dibuka untuk jualan dan juga disewa kepada kumpulan sasar tersebut apabila projek itu siap kelak.

''Namun, berapa rumah yang bakal dibina di bawah projek berkenaan masih belum ditentukan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jadikan LTAM lokasi latih kadet juruterbang - KM

Posted:

Jadikan LTAM lokasi latih kadet juruterbang - KM

Jadikan LTAM lokasi latih kadet juruterbang - KM

MELAKA 30 April - Kerajaan negeri berharap lebih banyak akademi penerbangan di seluruh negara menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di sini untuk memberi latihan kepada pelajar mereka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, usaha itu juga sekali gus dapat memaksimumkan penggunaan lapangan terbang itu yang kini bergantung kepada dua penerbangan komersial, iaitu Riau Airlines dan Wings Air.

Menurut beliau, setakat ini terdapat dua institusi latihan penerbangan yang menggunakan kemudahan tersebut iaitu Akademi Penerbangan Malaysia (MFA) dan Majlis Gabungan Belia 4B (MGB4B).

"Saya berharap, segala kemudahan di LTAM dapat digunakan untuk mengadakan lebih banyak latihan penerbangan dan tidak hanya bergantung kepada penerbangan komersial," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Sijil dan Sayap Penerbangan Kadet Juruterbang kepada 120 graduan di MFA Batu Berendam, di sini semalam.

Hadir sama, Pengetua MFA, Leftenen Kolenel (B) Frank Chong Keng Lay.

Terdahulu, dalam ucapannya, Mohd. Ali berkata, projek pembesaran LTAM juga secara tidak langsung memberi manfaat kepada pelatih di akademi tersebut kerana dapat melakukan latihan penerbangan dan pendaratan dengan lebih cekap dan lancar.

Ditubuhkan pada tahun 1982 bermula dengan 10 pelajar dan dua pesawat, MFA merupakan akademi penerbangan tertua di negara ini dan kini mempunyai 200 pelajar termasuk 28 pesawat latihan.

Setiap tahun, MFA mengambil seramai 140 pelajar dari dalam dan luar negara dan pelajar akan dilatih selama 18 bulan sebelum menjadi kadet juruterbang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan