Kosmo Online - Negara |
Posted: Bimbang nasib suamiOleh NUR AISHAH AMIN MAZLINA di samping suami Nazarrudin Saidin. KUALA LUMPUR - Sukar dibayangkan bagaimana hendak mendapatkan wang sebanyak 80 juta Peso (RM5.6 juta) dalam masa yang singkat. Bagi Mazlina Mohamad yang menyara hidup menjual kuih dan suaminya, Nazarrudin Saidin, bekas pemandu lori, adalah amat mustahil untuk mendapatkan wang tersebut sampai mati. Namun itulah jumlah wang tebusan yang dituntut oleh sepuluh lelaki bersenjata yang menculik Nazarrudin ketika berada di Pulau Sulu, selatan Filipina pada Ahad lalu. Beliau tidak menolak kemungkinan penculik terbabit mendapat maklumat salah mengenai suaminya semasa berada di Pulau Sulu baru-baru ini kononnya sebagai usahawan cicak tokek yang kaya raya. Kosmo! dalam laporan muka depan pada 8 Mei 2010 melaporkan harga sekilogram cicak tokek boleh mencecah RM1 juta disebabkan khasiatnya boleh mengubat penyakit HIV dan banyak lagi. Kata Mazlina, penculik terbabit melalui seorang ejen telah meminta supaya keluarganya supaya membayar pendahuluan wang tebusan itu selewat-lewatnya Isnin ini. Bagaimanapun, dia yang kini tertekan kerana terpaksa menjaga enam anak yang masih kecil berasa hairan apabila tidak menerima sebarang ugutan menakutkan daripada ejen terbabit jika tidak membayar wang tebusan itu. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Dulu bapa, kini anak mati ditembak Posted: Dulu bapa, kini anak mati ditembakOleh FIRDAUS HASSAN ANGGOTA polis mengangkat mayat suspek yang mati ditembak di sebuah hotel bajet SEPANG - Seorang penjenayah berusia 20-an yang dipercayai terlibat dengan geng samun kenderaan mewah mati ditembak dalam kejadian berbalas tembakan dengan sepasukan anggota polis berhampiran sebuah hotel bajet di Cyber Valley, Dengkil di sini malam kelmarin. Kejadian berlaku pada pukul 10.15 malam selepas sepasukan polis dari cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor melakukan intipan di hotel tersebut sejak pukul 5.30 petang. Hasil intipan tersebut, polis mendapati sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard berwarna putih yang dipercayai dicuri oleh suspek bersama rakan-rakannya diletakkan di belakang hotel tersebut. Kosmo! Ahad difahamkan, dua tahun lalu bapa suspek juga mati selepas ditembak polis kerana disyaki terlibat dalam kes culik dan jenayah kekerasan di beberapa kawasan di Selangor. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Kementerian kaji kelas tambahan BI Posted: Kementerian kaji kelas tambahan BIKUANTAN - Kementerian Pelajaran akan mewujudkan kelas tambahan Bahasa Inggeris (BI) di sekolah kebangsaan dan menengah sekiranya penguasaan pelajar sekolah terhadap bahasa itu dilihat masih tidak memuaskan. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pada ketika ini, Kementerian Pelajaran sedang memantau tahap pencapaian penguasaan bahasa Inggeris di sekolah-sekolah kebangsaan dan menengah. "Saya akan teliti perkembangan ini dari semasa ke semasa dan jika terdapat sebahagian besar pelajar masih lemah menguasai bahasa tersebut, kita akan wujudkan kelas tambahan atau tuisyen yang akan diadakan pada setiap hujung minggu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama warga pendidik Pahang di sini semalam. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pelbagai usaha dilakukan ketika ini termasuk mewujudkan program pembelajaran dengan menyediakan kurikulum, guru terlatih dan makmal bagi melihat penguasaan pelajar terhadap bahasa itu tercapai. Beliau berkata, kementerian juga telah menempatkan 10,000 guru Bahasa Inggeris di sekolah supaya sistem pembelajaran dapat disampaikan dengan berkesan. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan