Berita Harian: MukaDepan |
Posted: 13 May 2011 12:47 PM PDT MukaDepan Kastam rampas dadah RM37.8jPELABUHAN KLANG: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Selangor menumpaskan sindiket dadah antarabangsa apabila merampas heroin mentah seberat 214.5 kilogram dianggarkan bernilai RM37.8 juta yang dimuatkan di dalam kampit simen dalam sebuah kontena di Pelabuhan Klang, 28 April lalu. KDRM dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor turut menahan dua warga Pakistan berusia 21 dan 27 tahun di sebuah kondominium di Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur, Selasa lalu kerana dipercayai mendalangi kegiatan penyeludupan dadah itu. Sindiket berpangkalan di Islamabad, Pakistan itu dipercayai menghantar lima kontena simen ke Malaysia menerusi Pelabuhan Klang pada 18 April lalu dan memuatkan dadah mentah itu dalam sebuah kontena terbabit.Kegiatan mereka dicurigai apabila dokumen kargo itu mencatatkan alamat pembeli di Plaza Low Yat Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur sedangkan kawasan berkenaan hanya berurus niaga produk berkaitan teknologi maklumat (IT) seperti telefon dan komputer. Pengarah KDRM Selangor, Datuk Azis Yacub, berkata pada jam 3 petang, 28 April lalu unit penguat kuasa dengan bantuan JSJN Selangor menjalankan pemeriksaan rapi ke atas lima kontena simen yang ditahan 10 hari sebelum itu dan menemui 278 bungkusan serbuk dipercayai heroin mentah disorokkan dalam kampit simen dalam kontena pertama. "Jika dilihat pada mata kasar, beg simen itu tidak mencurigakan kerana jahitannya kemas dan tidak terdapat sebarang tanda dibuka atau diubah suai tetapi timbangannya berbeza. Azis berkata, dadah mentah seberat 780 gram setiap bungkusan itu dimuatkan dalam 560 beg simen dan diletakkan dalam kontena pertama, manakala empat kontena berikutnya memuatkan serbuk simen biasa. Katanya, dua lelaki Pakistan itu mengaku menerima lima kontena simen dipesan dari sebuah syarikat di Islamabad untuk dibawa ke sebuah syarikat beralamat di Plaza Low Yat. Mereka kini direman di Balai Polis Dang Wangi sehingga Selasa depan dan dijangka didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memper-untukkan hukuman mandatori gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Beliau juga tidak menolak kemungkinan sindiket antarabangsa itu bekerjasama dengan pengedar dadah tempatan untuk memproses dadah mentah sebelum dieksport semula ke negara jiran. "Harga dadah yang sudah diproses meningkat sekurang-kurangnya tiga kali ganda mengikut gred ketelitian memproses. Ini bererti dadah mentah yang dirampas itu boleh dijual pada harga pasaran melebihi RM100 juta," katanya. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenNaza Tahniah pihak kastam kerana bijak menghidu taktik penjenayah2 ini. melati tahniah kepada kastam. cam kalaulah KDRM tidak mengamalkan rasuah, besar kemungkinan banyak lagi kes kes jenayah berat seperti ini dapat dielakkan.
zar dahsyat banyak.. ini kalau lepas berapa ramai yang jadi bangkai bernyawa?? aj byk juga mat mata merah kat negara kita ni ...sampai stok berjuta .. tahniah kdrm .. siti roy Hebat... memang hebat. Ini yang dikatakan kehebatan. Makanya, yang tersilap tanpa disengajakan itu...harap maklum. berbalas dengan kehebatan ini. Tahniah! abdul tahniah...kpd kdua-dua agensi...beri pengajaran kpd org luar bahawa m"sia bkan tmpt utk mengaut kkayaa dgn mnjual dadah Abd Hadi bin Jamhari Tahniah kpd pasukan kastam dan polis kerana berjaya menumpaskan sindiket antarabangsa tersebut,kepada yang terlibat jatuhkan hukuman yang sepatutnya kerana dadah memusnahkan anak bangsa kita. rie tahniah di atas ketelitian KDRM dan PDRM dalam penugasan, ketelusan anda menjamin keharmonian negara tahniah. Ray "sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah"Tahniah KDRM dan PDRM. zamsari.masrin@gmail.com tahniah kepada pasukan KDRM & PDRM, bekerjalah dengan lebih tekun dan banteraslah geng dadah hingga ke akar umbi demi, anak2, bangsa, negara & agama.. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan