Isnin, 9 Mei 2011

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Anak Kartika ditemui mati lemas

Posted:

Anak Kartika ditemui mati lemas

Anak Kartika ditemui mati lemas

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI dan MOHD. AZLI ADLAN
berita@kosmo.com.my


MOHAMAD HATTA menunjukkan tempat dia menjumpai mayat Mohd. Azfar di Sungai Perak, Kampung Jawang, Karai, Sungai Siput semalam.


SUNGAI SIPUT - Harapan bekas model, Kartika Sari Dewi Shukarnor untuk menemui semula anaknya, Mohd. Azfar Mohamad Afandi yang hilang pada tengah hari Sabtu lalu berakhir dengan berita duka apabila mayatnya ditemui terapung di Sungai Perak awal pagi semalam.

Mayat Mohd. Azfar, 9, ditemui dalam keadaan terapung di tebing Sungai Perak kira-kira-kira satu kilometer dari tempat ia dipercayai terjatuh di Resort Lang Buana milik datuknya, Shukarnor Abdul Mutalib, 62, di Kampung Jawang, Karai dekat sini.

Menurut Kartika, 34, mayat Mohd. Azfar yang merupakan golongan kelainan upaya (OKU) kerana menghidap sindrom cerebral palsy, ditemui abang sulungnya, Mohamad Hatta, 37.

"Menggigil badan saya terdengar panggilan telefon abang menerusi telefon bimbit ayah yang memberitahu mayat anak sulung saya sudah ditemui.

"Menurut abang saya, mayat Mohd. Azfar ditemui dengan bahagian atas tubuhnya hingga ke paras dada terapung di permukaan sungai sementara bahagian bawahnya terbenam akibat tersangkut pada tunggul kayu," katanya sambil menahan sebak ketika ditemui di pekarangan Rumah Mayat Hospital Sungai Siput di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

'Kami dilayan macam mafia'

Posted:

'Kami dilayan macam mafia'

'Kami dilayan macam mafia'

Oleh SUHANA MD. YUSOP
suhana.yusop@kosmo.com.my


AKTIVITI jualan kereta mewah oleh Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) terjejas akibat serbuan pihak berkuasa. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Operasi perniagaan Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) yang mencecah ratusan juta ringgit setahun kini terjejas berikutan serbuan oleh pihak berkuasa ke atas lebih 20 ahli persatuan itu baru-baru ini.

Ia berikutan tindakan pihak berkuasa membekukan akaun syarikat-syarikat itu bagi membolehkan siasatan dilakukan atas dakwaan mengikrar kenderaan di bawah harga sebenar dan membabitkan cukai tertunggak yang belum dibayar.

Empat agensi iaitu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Kastam Diraja dan Bank Negara Malaysia terlibat dalam serbuan pada 5 Mei itu.

Yang Dipertua Pekema, Datuk Zainuddin Abdul Rahman mempertikaikan operasi tersebut yang disifatkannya keterlaluan apabila akaun syarikat-syarikat tersebut turut dibekukan.

"Ada ahli-ahli kami dimaklumkan oleh pegawai terbabit bahawa mereka disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001.

"Jika benar, Pekema amat kesal kerana peniaga Bumiputera seperti kami dilayan bagaikan pengganas dan mafia.

"Operasi tersebut memberi kesan negatif kepada ahli-ahli kami yang ada di antara mereka sudah pun menjalankan perniagaan sejak 30 tahun lalu.

"Mereka akan berhadapan dengan masalah operasi termasuk sukar membayar gaji para pekerja," katanya kepada Kosmo! semalam.

Beliau menjelaskan, pihaknya sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa sekiranya dimaklumkan mengenai perkara tersebut terlebih dahulu.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harga gula naik 20 sen

Posted:

Harga gula naik 20 sen

Harga gula naik 20 sen

PUTRAJAYA - Kerajaan semalam mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen daripada RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram mulai hari ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Mohd. Zain Mohd. Dom berkata, langkah untuk merasionalisasikan harga runcit gula itu dibuat selaras dengan keputusan mesyuarat Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) semalam.

"Kerajaan telah membuat keputusan untuk merasionalisasikan subsidi dan dalam hal ini, MPEN menetapkan subsidi tanggungan kerajaan untuk gula perlu diturunkan lagi," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata, walaupun berlaku kenaikan, harga runcit gula di Malaysia masih rendah berbanding negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Sebagai contoh, katanya, harga runcit gula di Indonesia ialah RM3.80 sekilogram, Singapura (RM3.61), Thailand (RM2.31) dan Filipina (RM4.50).

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan