Khamis, 5 Mei 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Bahasa kebangsaan terus dipinggirkan

Posted:

Bahasa kebangsaan terus dipinggirkan

Bahasa kebangsaan terus dipinggirkan

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 4 Mei - Tidak sensitif dan membelakangkan kedudukan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan negara ini.

Itulah kesimpulan yang dapat dibuat berikutan tindakan beberapa pemilik premis di sekitar ibu kota menggunakan sepenuhnya bahasa Inggeris pada papan tanda perniagaan dan papan iklan mereka.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Jalan Sultan Ismail, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Dang Wangi, Jalan Alor dan Jalan Bukit Bintang mendapati perkara itu berleluasa dan seolah-olah dihalalkan.

Tindakan pemilik premis menggunakan seratus peratus bahasa Inggeris pada papan tanda perniagaan dan papan iklan mereka sangat dikesali dan seolah-olah menggambarkan lokasi tersebut bukannya berada di Malaysia.

Pada masa sama, pihak berkuasa tempatan harus bertegas dalam perkara ini kerana jika dibiarkan, ia memberi gambaran bahawa rakyat Malaysia sebagai bangsa yang tidak berbangga dengan bahasa sendiri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Umat Islam diminta bersatu - Jamil Khir

Posted:

Umat Islam diminta bersatu - Jamil Khir

Umat Islam diminta bersatu - Jamil Khir

KUALA LUMPUR 4 Mei - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini mengajak semua umat Islam di negara ini kembali bersatu setelah sekian lama mereka berpecah.

Beliau berkata, saranan itu perlu disahut kerana tambahan ia merupakan satu tuntutan yang amat ditekan di dalam Islam.

''Percayalah sekiranya kita kembali bersatu padu, Malaysia mampu muncul negara yang lebih hebat lagi disebabkan adanya perpaduan yang mantap di kalangan rakyat.

''Oleh itu saya amat berharap laungan perpaduan yang sering diucapkan para pemimpin kita dihayati dan disahut oleh semua pihak,'' katanya ketika dihubungi di Mekah.

Beliau berada di sana kerana menghadiri mesyuarat menteri- menteri haji.

Semalam, Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya menyifatkan pihak- pihak yang menentang penyatuan antara UMNO dan Pas sebagai pengkhianat Islam.

Selain itu Dr. Juanda berkata, mereka juga boleh dianggap pendukung fikrah puak Khawarij iaitu sebuah kumpulan yang amat bencikan kesatuan di dalam Islam.

Mengulas lanjut Jamil Khir berkata, sememangnya perpecahan di kalangan umat Islam telah lama berlaku iaitu sejak kewafatan Rasulullah SAW.

''Ekoran daripada itu umat Islam hilang kekuatan dan kehebatan,'' ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kajian Freedom House bukan realiti di Malaysia

Posted:

Kajian Freedom House bukan realiti di Malaysia

Kajian Freedom House bukan realiti di Malaysia

KUALA LUMPUR 4 Mei - Kajian Freedom House yang meletakkan Malaysia di tangga ke-143 daripada 196 negara dari sudut kebebasan akhbar tidak menggambarkan realiti sebenar amalan media di negara ini.

Sebaliknya beberapa pemerhati dalam bidang media berpendapat, kajian itu hanya dibuat dengan melihat kepada akhbar arus perdana semata-mata tanpa membandingkan dengan akhbar propembangkang.

Pensyarah Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka, Muhammad Anwar Fahmi Hari Das Abdullah berkata, kajian itu juga tidak melihat kepada peranan sebenar akhbar di negara ini yang perlu lebih bertanggungjawab dan mengelak menyentuh isu-isu sensitif.

"Seperti juga amalan demokrasi, akhbar di negara ini memiliki kebebasan tetapi terpimpin sesuai dengan konteks masyarakatnya yang majmuk," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kedudukan terbaru yang dikeluarkan oleh Freedom House hari ini yang meletakkan Malaysia di tangga ke-143 daripada 196 negara dari sudut kebebasan akhbar.

Malaysia jatuh dua anak tangga berbanding tahun lalu apabila mengumpul 64 mata iaitu dikategorikan sebagai 'tidak bebas' dan berkongsi kedudukan dengan dua lagi negara iaitu Madagascar dan Angola.

Kajian Kebebasan Akhbar 2011 itu dibuat sempena Hari Kebebasan Akhbar Dunia yang disambut semalam.

Dalam perkembangan sama, Ketua Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (UM), Dr. Mohd. Yahya Ariffin berkata, indikator yang digunakan oleh Freedom House juga boleh dipersoalkan dari sudut ketelusannya.

Malah ujar beliau, kebebasan bersuara di negara ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini juga semakin terbuka dengan munculnya media baru yang tidak dikenakan sekatan seperti blog dan portal berita.

"Adakah apabila kerajaan tidak berjaya diporakperandakan oleh akhbar maka akhbar di negara ini dikatakan tidak bebas?" katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan