Selasa, 3 Mei 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Laut kubur Osama

Posted: 02 May 2011 01:43 PM PDT

MukaDepan

GAMBAR disiarkan televisyen Pakistan menunjukkan  wajah Osama Bin Laden yang didakwa Amerika Syarikat berjaya dibunuh (kiri) berbanding gambar fail pemimpin Al-Qaeda itu. Bagaimanapun kesahihan gambar berkenaan masih dipertikaikan agensi berita antarabangsa berikutan gambar berkenaan berkedudukan sama. - Foto AFP

GAMBAR disiarkan televisyen Pakistan menunjukkan wajah Osama Bin Laden yang didakwa Amerika Syarikat berjaya dibunuh (kiri) berbanding gambar fail pemimpin Al-Qaeda itu. Bagaimanapun kesahihan gambar berkenaan masih dipertikaikan agensi berita antarabangsa berikutan gambar berkenaan berkedudukan sama. - Foto AFP

Pemimpin Al-Qaeda ditembak di kepala, anak lelaki turut maut dalam serangan komando AS

WASHINGTON: Osama bin Laden, pemimpin Al-Qaeda yang dikaitkan dengan serangan 11 September 2001 di Amerika Syarikat (AS), terbunuh dalam satu pertempuran dengan tentera AS di sebuah rumah di Abbottabad, kira-kira 45 kilometer di timur laut Islamabad, Pakistan, tengah malam kelmarin.

Turut terbunuh dalam serangan kira-kira 40 minit oleh pasukan gerak khas tentera laut AS itu ialah anak lelaki Osama, seorang wanita yang tidak dikenali dan dua lelaki lain.

Osama yang ditembak di kepala dikatakan memberi tentangan sebelum terbunuh dalam pertempuran yang turut membabitkan penggunaan dua helikopter. Salah sebuah helikopter AS yang menyertai operasi itu dikatakan terhempas akibat kegagalan mekanikal. Pekarangan rumah yang diserbu dalam operasi itu adalah lapan kali ganda lebih besar daripada rumah berhampiran dan dikelilingi tembok setinggi empat hingga enam meter dengan dawai berduri, tetapi tidak mempunyai kemudahan telefon, mahupun internet.

Pegawai AS memberitahu Agensi Perisikan Pusa (CIA) menjejaki Osama di tempat persembunyiannya, sebelum pasukan elit keenam tentera laut AS diterbangkan ke lokasi itu.

Katanya, Osama ditembak di kepala dalam pertempuran itu dan pegawai AS mengesahkan identiti pemimpin Al-Qaeda itu berdasarkan rupanya. Pegawai itu bagaimanapun enggan mengulas sama ada DNA sudah dilakukan.

Presiden AS, Barack Obama ketika membuat pengumuman kejayaan operasi itu yang disiarkan secara langsung di seluruh dunia menyifatkan kematian Osama sebagai 'keadilan akhirnya ditegakkan'.
Obama berkata tentera AS sudah mengambil mayat Osama dari tempat kejadian dan berjanji pengendalian mayat itu akan menghormati amalan Islam.

Rangkaian televisyen, Al-Jazeera melaporkan mayat Osama disemadikan di laut dan disahkan media AS yang memetik pegawai di Washington, untuk mengelak kuburnya dijadikan tempat pemujaan oleh golongan ekstrim.

Obama mengesahkan beliau mengarahkan operasi tengah malam itu, selepas AS kali pertama mendapat maklumat risikan mengenai tempat persembunyian Osama, Ogos tahun lalu.

"Satu kumpulan kecil anggota kita telah menjayakan operasi itu dengan keberanian dan keupayaan yang luar biasa. Selepas mendapat sedikit tentangan, pasukan itu membunuh Osama dan mengambil mayatnya," kata Presiden AS itu.

Beliau berkata, tiada seorang pun tentera AS atau orang awam terbunuh dalam operasi itu.

Obama turut memuji Pakistan di atas kerjasama yang diberi negara itu. Bagaimanapun seorang pegawai berkata hanya AS mengetahui mengenai operasi itu sebelum ia dilancarkan.

Pengumuman Obama itu mencetuskan perhimpunan spontan di hadapan Rumah Putih dan di Ground Zero, tapak menara World Trade Center (WTC) yang runtuh dalam serangan 11 September 2001, selepas dirempuh dua pesawat penumpang dirampas pengganas didakwa anggota kumpulan Al-Qaeda.

Berita dramatik kematian Osama itu menutup pergolakan dunia yang dicetuskan serangan 9/11 ke atas pengganas yang mengorbankan lebih 3,000 orang.

Serangan didakwa dilakukan Al-Qaeda itu mencetuskan perang di Afghanistan, dan turut digunakan sebagai alasan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya untuk menceroboh Iraq.

Seorang diplomat Barat di Afghanistan berkata, kematian Osama juga dijangka membawa perubahan besar kepada dasar luar AS.

"Perkembangan ini akan mengubah senario, tetapi masih kabur apakah perubahan ini," katanya.

Kejayaan membunuh Osama dijangka mencerahkan peluang Obama dalam pemilihan presiden tahun depan, selepas Presiden George W Bush yang memulakan peperangan terhadap keganasan kira-kira 10 tahun lalu, gagal menawan atau membunuh pemimpin Al-Qaeda itu.

Ketika mengumumkan kejayaan itu, Obama mengelak nada yang mendabik dada. "Malam ini saya boleh melaporkan kepada warga Amerika dan kepada dunia bahawa Amerika Syarikat sudah melancar operasi yang membunuh pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden, pengganas yang bertanggungjawab terhadap kematian beribu-ribu mangsa lelaki, wanita dan kanak-kanak yang tidak bersalah."

Beliau berkata kematian Osama tidak bermakna keganasan akan berakhir dan menjangka Al-Qaeda akan meneruskan perjuangannya. - Agensi

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

azman5227

Bharian online jangan pulak tak berani nak pamirkan segala komen orang. Baik tutup je ruangan komen anda kalau penakut atau anda adalah penyokong tegar amerika.

Ee'

takkan masa meninggal pun muka sebiji dlm gambar yang di ambil 15 tahun dulu...kot!

azman5227

Selepas ini ada lagi jadi buruan jahat Amerika apabila ada penjuang baru yang mempertahankan kedaulat Islam. Orang yang mengaku Islam pun memburu dan menghina para pejuang menegak keadilan Islam.

azman5227

Bukan Osama bin laden yang menhuru harakan dunia tetapi pemimpin Amerika dan sekutu kuatnya Israil Laknatullah.
Kalau benar itu Osama Al-Fatihah buatnya semoga Allah meletakkan bersama-sama orang yang SAHID. Setiap insan yang memperjuangkan dan menegakkan ISLAM akan di cop sebagai pengganas oleh Amerika dan sekutu-sekutunya serta negara penyokong Amerika termasuklah negara kita Malaysia kot.

tansri azizul

benarkah osama b laden mati?..xpercaya lansung..

wanjeff

Sekiranya Osama benar2 mati, mungkin itu adalah takdir bgi pemimpin Al Qaeda itu. Tapi gambar Osama yg d siarkan oleh Amerika itu adalah satu pbohongan. Takkan tak beza muka yg sihat dan muka yg dah jadi mayat. Apa..?? dia urg ingat kita ni budak kecik yg tak pandai mbezakan yg sahih dan yg palsu..dasar penipuuu

Aisyah

Photoshop edited?? Hanya Allah yang tahu...8-)

NUR ALIYA

haha nampak sangat tipu kot.....jelas teknik photoshop.

yob

terang lg bersuluh.. mmg gambar super impose. ntah ape tujuan dia nak war2kan tentang kematian ni... bersedialah....

halimin

foto osama mcm superimpose jer. aku rasa mcm org lain jer.

takkan la muka masa dia mati sama dengan muka masa b'ucap...nampak benor menipu nye...zaman dah canggih boleh edit gambar...dunia2...

are

propaganda barat jer semua nie...

sri siantan

gambar jenazah sama seperti wajah masa hidup, masih senyum. pelik betul, betul ke osama dah mati?

MOELYADI

Saya belumm percaya atas kematian Osama bin Laden,Sebab wajah Osama yang tayang media elektronik tidak mirip , Justru saya bertaya kenapa mayat Osama dikubur dilaut.

haruniderus

amerika musuh utama islam...bangkitlah wahai seluruh umat islam..

-sEpaSanG keRusI©-

says: 100% fake!! bh better start to get a better news....

Putra Eddy

ni gmbar paslsu ni..please click the link below.
http://www.admiralhafiz.com/2011/05/gambar-mayat-osama-bin-laden-mati.html

sheng korosing

knp suma urg bngga osama ni mati . .

rashidi adam

aku igt ni bkn osama la....ni org lain....

nano

gambar tu memang sama la.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan