Khamis, 19 Mei 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Ketua IMF perlu dipilih dari Asia: Filipina

Posted: 19 May 2011 03:22 AM PDT

Mutakhir

MANILA: Setiausaha Kewangan Filipina, Cesar Purisima mencadangkan ketua Tabung Monetari Antarabangsa (IMF) yang baru dipilih dari negara Asia.

Ia susulan peletakan jawatan Dominique Strauss-Kahn yang didakwa terbabit dalam serangan seks ke atas seorang pekerja hotel Manhattan.

Peletakan jawatan Strauss-Kahn mencetuskan perdebatan, apabila negara yang sedang membangun mendesak ketua IMF di pilih dari negara mereka dan seterusnya mengubah tradisi 65 tahun kepimpinan IMF di kalangan individu dari Eropah. "Berdasarkan keperluan mewujudkan kepimpinan yang lebih stabil di IMF, disokong perubahan landskap ekonomi global di mana Asia semakin jelas menunjukkan peningkatan dan memainkan peranan sebagai pemacu ekonomi global...kini adalah tempoh sesuai pemimpin Asia dipilih menerajui institusi itu," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini, hari ini.

Beliau berkata, kepimpinan baru akan memberikan isyarat positif bahawa IMF bertanggungjawab untuk mengubah dunia. - REUTERS


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MALGA bangga Jean Chua layak ke Terbuka Wanita AS

Posted: 19 May 2011 03:22 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Persatuan Golf Wanita Malaysia (MALGA) bangga pemain negara, Jean Chua layak ke kejohanan golf Terbuka Wanita Amerika Syarikat dari 7 hingga 10 Julai ini.

Chua, 24, adalah pemain wanita kedua dari Malaysia yang layak ke kejohanan berprestij itu selepas Lim Siew-Ai menyertainya pada 2006 dengan menduduki tangga ke-49.

"Kita bangga dengan pencapaian Jean dan berharap semoga dia berjaya," kata Presiden MALGA, Tunku Puteri Tunku Jawahir, dalam satu kenyataan hari ini. Chua yang berpangkalan di Raleigh, North Carolina, sejak pertengahan tahun lalu, pernah menjadi pemain amatur di bawah MALGA sebelum menjadi profesional.

Dia memenangi kejohanan kelayakan Terbuka Wanita Amerika Syarikat yang berlangsung di Carolina Trace Country Club kelmarin.

Sambil menyifatkan penyertaannya dalam kejohanan itu sebagai cabaran paling besar baginya, Chua berkata beliau akan menggunakan tempoh beberapa minggu ini untuk berlatih. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan