Khamis, 19 Mei 2011

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Anjing liar punca gangguan

Posted:

Anjing liar punca gangguan

Anjing liar punca gangguan

PULAU PINANG 18 Mei - Perbadanan Bukit Bendera hari ini mengesahkan bahawa kerosakan pada salah sebuah gerabak kereta api bukit itu dua minggu lepas adalah disebabkan perlanggaran dengan sekumpulan anjing liar.

Pengurus Besar Perbadanan Bukit Bendera, Datuk Lee Kah Choon berkata, hasil siasatan mendapati, perlanggaran berlaku apabila terdapat tiga ekor anjing yang melintas landasan kereta api pada kelajuan 4 meter sesaat di kilometer 1.970.

"Hasil siasatan mendapati pemandu kereta api terlihat dua ekor anjing melintas dari arah kiri ke kanan, manakala seekor lagi tidak berjaya melintas dan terlanggar alat komponen gerabak," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan oleh Pengurus Syif, Mohamad Shukri Abdullah telah menjumpai kulit dan kesan tompokan darah anjing yang melekat pada alat komponen dan landasan kereta api itu.

Katanya, perlanggaran itu telah mengakibatkan kerosakan alat penghubung komponen keretapi, alat pendingin hawa dan pintu automatik.

Kah Choon berkata, operasi perkhidmatan kereta api itu terpaksa dihentikan selama dua hari bagi kerja-kerja membaiki alat penjana elektrik koc itu.

Akibat kerosakan itu, Perbadanan Bukit Bendera menanggung kerugian sebanyak RM30,000 untuk kos pembaikian.

Projek naik taraf kereta api itu dilaksanakan oleh kerajaan Persekutuan dengan kos sebanyak RM73 juta. - BERNAMA

bagi menggantikan kereta api jenis furnikular yang digunakan sejak 1923 dan ia telah dirasmikan pada Ahad lepas setelah perkhidmatannya dihentikan lebih setahun.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

400 petak letak kereta tak diguna

Posted:

400 petak letak kereta tak diguna

400 petak letak kereta tak diguna

Oleh Hamden Ramli
utusanperak@utusan.com.my


Roshidi Hashim (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada warga emas ketika Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku di pekarangan rumah pangsa Kinta Heights, Ipoh, kelmarin.


IPOH 18 Mei - Sikap pemandu yang suka meletakkan kenderaan di laluan pejalan kaki dan di bahu jalan termasuk secara bertindan menyebabkan masalah meletak kenderaan di Pusat Perniagaan Greentown terus berlarutan.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim berkata, sikap tidak bertimbang rasa itu adakalanya menjadi punca pertelingkahan sesama pemandu.

"Terdapat 400 tempat letak kereta di bawah bangunan di Pusat Perniagaan Greentown itu tetapi tidak digunakan.

"Sebaliknya mereka lebih gemar untuk meletakkan kenderaan mengikut kesenangan mereka dan akhirnya menyusahkan pihak lain," katanya kepada pemberita selepas Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku di pekarangan rumah pangsa Kinta Heights di sini semalam.

Turut hadir, Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Ipoh Barat, Datuk Tan Chee Ming, wakil Pegawai Kesihatan Daerah Kinta, Dr. Mohamad Nawi Sulaiman dan Pengerusi Biro Kesihatan MCA Ipoh Barat, Dr. Cheng Wai Yee.

Roshid berkata, MBI telah membuat penelitian terhadap masalah itu dan dijangka tampil dengan jalan penyelesaian tidak lama lagi.

Pada masa ini, katanya, MBI akan mengambil tindakan tegas termasuk mengeluarkan saman kepada pemandu yang masih berdegil.

Sementara itu, Roshidi berkata, kerjasama positif masyarakat dalam menjayakan setiap program kebersihan MBI mampu membantu mencapai misi Ipoh Bersih, Hijau, Membangun.

"Melalui program melawat kawasan atau turun padang yang dilakukan oleh MBI di sekitar bandar raya Ipoh misalnya kita dapati warga Ipoh kini semakin berdisiplin dan lebih bertanggungjawab.

"Sekali gus, membolehkan mereka menjalani hidup yang sihat," katanya.

Beliau menambah, kawasan rumah pangsa Kinta Heights merupakan satu contoh terbaik perubahan yang telah berlaku di kalangan penduduk bagi memastikan persekitaran setempat bersih dan selamat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada air bersih, penduduk guna air parit

Posted:

Tiada air bersih, penduduk guna air parit

Tiada air bersih, penduduk guna air parit

GURUN 18 Mei - Lebih 20 penghuni lima buah rumah di Kampung Sungai Rotan Dalam di sini terpaksa menggunakan air parit berikutan ketiadaan bekalan air bersih di kampung mereka.

Abdul Amor Bakar, 54, yang menetap di kampung itu hampir 46 tahun lalu berkata, perkara itu berlaku kerana tidak terdapat paip besar di kampung berkenaan untuk menyalurkan bekalan air bersih kepada mereka.

"Pakcik sekeluarga dari dulu lagi guna air parit untuk mandi, memasak mahupun membasuh kerana kampung ini memang tidak ada bekalan air bersih," katanya.

Abdul Amor berkata air parit itu tidak bersih dan keruh kerana disyaki bercampur dengan racun.

"Air parit ini keruh dan bercampur dengan racun sebab air baja dari kilang yang berdekatan mengalir terus ke parit ini termasuk juga dengan racun rumput.

"Kami tahu air ini tidak bersih tetapi kami terpaksa guna dan setakat sekarang tiada sebarang benda buruk berlaku kepada kami sekeluarga namun sampai bila kami mampu bertahan dengan keadaan ini," katanya.

Sabudin Mustafa, 50, berkata, mereka sebelum ini telah mengemukakan aduan dan permohonan kepada pihak yang berkaitan bagi mendapatkan bekalan air bersih namun sehingga kini tidak mendapat sebarang maklum balas.

Katanya, ketika hujan air parit tersebut akan melimpah menjadi air banjir.

"Air parit ini akan bertukar menjadi banjir sewaktu hujan dan bayangkan kami terpaksa menggunakan air seperti ini untuk mandi mahupun membasuh.

"Selain itu ada juga kes yang mana kami gatal-gatal setelah mandi air parit," katanya.

Sabudin berkata, kampung berkenaan juga tidak mempunyai prasarana lain seperti jalan tar dan lampu jalan.

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Gurun, Dr. Leong Yong Kong berkata, beliau dimaklumkan bahawa penduduk akan memohon bekalan air bersih daripada Jabatan Kesihatan Daerah Bukit Selambau.

Katanya, beliau akan turut memberi sumbangan kepada penduduk untuk memasang paip air sebagai saluran bagi menyalurkan bekalan air bersih sekiranya peruntukan dari Jabatan Kesihatan Bukit Selambau tidak mencukupi. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan