Sabtu, 7 Mei 2011

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


‘Kamu mati hidup semula’

Posted: 06 May 2011 02:30 PM PDT

SHAH ALAM: "Saya anggap (kamu) seperti mati hidup semula," kata Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Mohtarudin Baki selepas menjatuhkan hukuman enam tahun penjara dan 10 sebatan terhadap penternak ikan yang mengaku salah atas pertuduhan pilihan memiliki 857 gram (g) ganja di Petaling Jaya, dekat sini, tiga tahun lalu.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman terhadap tertuduh, Chong Kok Wai, 26, yang pernah mengikuti diploma dalam bidang kejuruteraan di sebuah kolej di ibu kota itu berjalan mulai tarikh tangkap iaitu pada 20 Julai 2008. Mohtarudin dalam penghakimannya berkata, tertuduh bernasib baik ditawarkan pertuduhan pilihan itu.


Selain itu, katanya, mahkamah turut mengambil kira beberapa faktor dalam menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh termasuk sokongan keluarganya yang tidak pernah gagal hadir sepanjang perbicaraan kes itu.

"Saya harap kamu dapat memperbaiki diri kamu supaya menjadi orang berguna," katanya.


Mengikut pertuduhan pilihan itu, Chong didakwa memiliki dadah berbahaya itu di kawasan berhampiran Restoran McDonald's, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, kira-kira 11.30 malam, 19 Julai 2008.


Dia didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Lelaki itu bernasib baik kerana sebelum ini didakwa di mahkamah atas tuduhan mengedar mengikut Seksyen 39B(1)(a) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.


Bagaimanapun, dia menukar pengakuannya selepas ditawarkan pertuduhan pilihan di akhir kes pembelaan.

Sepanjang perbicaraan, seramai 10 saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan tampil memberi keterangan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rela mencuri

Posted: 06 May 2011 02:25 PM PDT

PUCHONG: Perbuatan licik seorang lelaki dipercayai anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) mendalangi sekurang-kurangnya 10 kes jenayah pecah rumah di sekitar Bandar Baru Puchong, di sini, terbongkar apabila ditahan polis awal pagi semalam.

Tangkapan dilakukan kira-kira jam 4 pagi di rumahnya di Bukit Puchong selepas mendapat maklumat orang awam dan risikan dilakukan polis sejak beberapa minggu lalu. Suspek yang berusia 20-an itu dikesan mendalangi kegiatan pecah rumah terutama rumah sejak enam bulan lalu.


Turut dirampas di rumah suspek adalah pelbagai mata wang asing dan beberapa resit kedai pajak gadai yang menggunakan nama wanita dipercayai isterinya berusia 18 tahun.

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abdul Razak Elias, berkata modus operandi suspek adalah dengan mengumpil bumbung sebelum memasuki rumah mangsa melalui bilik air.


"Dalam kejadian terbaru, Rabu lalu, suspek dikesan memecah masuk sebuah rumah di Taman Wawasan dan melarikan pelbagai barangan berharga termasuk wang tunai berjumlah RM6,000," katanya pada sidang media, di sini, semalam.


Abdul Razak berkata, dengan tertangkapnya suspek, polis menyelesaikan sekurang-kurangnya 10 kes jenayah pecah rumah di kawasan berkenaan sepanjang enam bulan lalu.

Menurutnya, suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan polis.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. Selain itu, polis juga akan menahan isteri suspek bagi membantu siasatan selain menyiasat kad perakuan anggota Rela yang ditemui di rumah suspek," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan