Utusan Online - Selatan |
Posted: Kobemas tingkat pendapatanOleh NORIZAN ABDUL MUHID MELAKA 2 Mei - Penglibatan dalam perniagaan koperasi diyakini membantu mengurangkan kemiskinan dan meningkatkan pendapatan masyarakat terutama penduduk luar bandar. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Amirudin Yusof berkata, antara usaha yang digerakkan bagi menghapus kemiskinan tegar serta mengurangkan kemiskinan di negeri ini adalah melalui penubuhan Koperasi Bela Masyarakat Melaka Berhad (Kobemas). Menurutnya, penubuhan Kobemas setakat ini berjaya membantu lebih 21,000 penduduk miskin di Melaka keluar daripada belenggu kemiskinan. ''Melaka kini sudah diiktiraf sebagai negeri maju pada tahun lalu dan kita harap dengan pencapaian ini, lebih ramai masyarakat berminat menyertai perniagaan koperasi seperti yang diamalkan di kebanyakan negara maju di Eropah," katanya. Beliau berucap pada penutupan Coop Fest Zon Selatan 2011 oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sini, hari ini. Program anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bermula kelmarin itu diadakan di Dataran Sejarah, Ayer Keroh dengan disertai 74 pengusaha koperasi dari Johor, Negeri Sembilan dan Melaka. Amirudin berkata, setakat ini, sebanyak 289 koperasi telah berdaftar di negeri ini dengan bilangan anggota seramai 155,561 orang. Pada masa yang sama, ujarnya, SKM Melaka telah mendaftarkan sebanyak 35 buah koperasi komuniti yang terdiri daripada koperasi keluarga, institusi pengajian tinggi, usahawan, Koperasi Bela Rakyat (Kobera), belia dan ahli sukan. Mengenai penganjuran Coop Fest Zon Selatan, Amiruddin berkata, ia telah bermula dua tahun lalu bertujuan memberi peluang kepada kontraktor mempromosi dan memasarkan produk, membudayakan keusahawanan koperasi dan menjalin rangkaian antara koperasi. Usaha ini, kata beliau, menyediakan ruang kepada operator koperasi melaksanakan hubungan kerjasama lebih luas antara koperasi lain. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Posted: Tiga ibu tunggal dapat rumahOleh NORIZAN ABDUL MUHID
ALOR GAJAH 2 Mei – Hidup sendirian tanpa suami bagi meneruskan kehidupan yang serba kekurangan amat sukar dilakukan apatah lagi terpaksa bertindak sebagai ketua keluarga menyara hidup anak-anak yang ramai dan masih kecil. Namun, demi masa depan anak-anak, Patimah Abdul, 52; Roslina Abd. Rahman, 36, dan Noraini Guarani Abdullah, 31, terpaksa menguatkan semangat untuk meneruskan hidup yang serba mencabar. Ia termasuklah melakukan pelbagai kerja seperti mengambil upah mencuci pakaian, membersihkan masjid, menjual kuih dan mengambil upah membuat kerja-kerja kampung. Jumlah upah yang diterima pula hanya sekitar RM300 hingga RM500 sebulan, tidak cukup menampung keperluan keluarga dan perbelanjaan sekolah anak-anak terutama Roslina yang mempunyai tujuh anak berusia antara empat hingga 18 tahun. Roslina yang memperoleh pendapatan RM500 dengan menjual kuih di Kampung Solok Jeram, Rembia di sini tidak mencukupi baginya untuk menampung keperluan sekolah enam anaknya, namun mujurlah ada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menyumbang RM450 setiap bulan untuk keluarga itu. Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, hasil pendapatan jualan kuih yang diusahakan Roslina semakin berkurangan disebabkan wanita itu hilang tumpuan ekoran tiga anaknya yang masih kecil berusia empat hingga tujuh tahun dibawa ke Sabah untuk tinggal bersama keluarga suami. "Saya seperti tiada semangat lagi untuk hidup, dahulu masa semua anak ada dengan saya terasa hidup penuh bermakna tetapi sejak suami bawa tiga anak saya ke Sabah dan tidak balik-balik, kehidupan saya semakin tawar," katanya. Wanita itu hanya mampu berdoa agar anaknya dapat dikembalikan segera ke pangkuannya bagi memulihkan semangatnya untuk meneruskan kehidupan walaupun dalam serba kekurangan. Sementara itu, ibu tunggal, Noraini dari Jalan Hospital di sini, telah kematian suaminya akibat penyakit jantung lebih tiga tahun lalu. Kini, dia sendirian meneruskan kehidupan bersama anaknya yang berusia 7 tahun, Nur Azuwan Jamaludin sambil bekerja mengambil upah melakukan kerja-kerja kampung dengan pendapatan kurang RM180 sebulan. "Saya tidak sanggup lagi hidup dalam kemiskinan, sejak dulu lagi, kehidupan saya sentiasa dirundung malang, tempat tinggal pun tiada sehingga terpaksa menumpang rumah ahli keluarga lain," kata Noraini. Menurut wanita itu, dia kini bertekad untuk mengubah kehidupannya untuk menjadi lebih baik dan bersedia melakukan apa juga pekerjaan demi memastikan masa depan yang cerah boleh dinikmati oleh anak tunggalnya itu. Di samping itu, menurut Patimah pula, kehidupannya tanpa suami telah menjadikan dia seorang wanita yang kuat dan tabah walaupun dihimpit kemiskinan. "Saya tidak mempunyai pekerjaan tetap dan sentiasa bertukar tempat kerja disebabkan pelbagai masalah, sebab itu kehidupan saya amat sukar," katanya. Namun, kata Patimah, sumbangan rumah Projek Perumahan Rumah Termiskin (PPRT) oleh Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Rembia, Datuk Norpipah Abdol hari ini membantu mengurangkan beban kesusahan hidup yang dialami. Sebelum ini, wanita itu menyewa di sebuah rumah usang di Kampung Solok Rembia bersama anak lelakinya yang berusia enam tahun. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Posted: 16 kampung Orang Asli diwartaMELAKA 2 Mei - Sebanyak 16 buah kampung Orang Asli di negeri ini telah diwartakan sebagai kawasan yang dilindungi bagi menghalang kegiatan pencerobohan tanah di kawasan itu. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, ia melibatkan kawasan seluas 520.39 hektar yang menampung 1,345 penduduk dari 363 keluarga bertujuan memastikan hak golongan minoriti itu terus dipulihara. "Antara 16 kampung terlibat ialah Kampung Bukit Seraya, Kampung Air Sialang, Kampung Tebong Stesen, Kampung Hutang Percha, Kampung Kubang Badak, Kampung Bukit Besar dan Kampung Bukit Payung," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan Exco kerajaan negeri di sini, baru-baru ini. Tambah Mohd. Ali, sebelum ini kerajaan negeri telah mewartakan dua kawasan penempatan Orang Asli iaitu Kampung Lubok Bandung, Chabau seluas 66.7 hektar dan Kampung Gapam Baru, Durian Tunggal seluas 55.42 hektar. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Selatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan