Ahad, 1 Mei 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Hishammuddin teruskan niat fail saman terhadap Anwar

Posted: 01 May 2011 02:59 AM PDT

Mutakhir

KLUANG: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, beliau akan meneruskan hasrat memfailkan saman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengaitkannya dengan video seks yang pelakunya mirip Ketua Pembangkang itu.

Beliau berkata, dakwaan Anwar itu perlu dijawab di mahkamah supaya masyarakat tahu kedudukan sebenar isu terbabit.

"Kita bawa ke mahkamah kerana kalau tidak, apa yang disebar melalui luar dan internet orang akan percaya kerana kita tidak jawab," katanya kepada pemberita selepas penutupan mesyuarat perwakilan Puteri Umno Sembrong, dekat sini hari ini. Hishammuddin berkata, tindakan ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengaitkannya dengan video seks terbabit semata-mata untuk mengalihkan perhatian masyarakat.

"Itu strategi...dia (Anwar) tidak boleh jawab soalan wartawan, dia alih pandangan kepada orang lain. Kita tidak berdosa, kenapa hendak takut," katanya.

Mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa PAS perlu keluar daripada pakatan pembangkang, Hishammuddin berkata, perkara itu adalah realiti kerana pakatan itu hanya menguntungkan DAP.

"Lihat sahaja sewaktu pilihan raya negeri Sarawak di Beting Maro yang mana disebut akan menjadi tempat yang akan dimenangi PAS, mereka bertanding di lima kerusi semata-mata untuk membuktikan mereka berjaya bertapak di Sarawak tetapi akhirnya lihat apa yang berlaku...mereka kalah semua kerusi yang ditandingi.
"Kita hendak ingatkan kepada PAS bahawa apa yang dibuat ini tidak membawa manfaat dan saya harap mereka akan kaji dan buat pertimbangan yang terbaik," katanya.

Mengenai tindakan kerajaan Selangor mahu membelanjakan RM600,000 bagi memasang papan iklan dalam kempen memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Hishammuddin berkata, ia perbuatan terdesak untuk mengalih perhatian orang ramai terhadap masalah yang dialami PKR.

Sambil meminta rakyat Selangor menilai tindakan kerajaan negeri itu membazirkan duit mereka, beliau berkata perbuatan tersebut bukan cara sebenar untuk berpolitik.

"Kerajaan mempertahankan ISA kerana ia ada kaitan rapat dengan jenayah rentas sempadan dan rakyat sendiri boleh terima, kerana kita telah menerangkan suasana hari ini yang menjadikan negara kita sebagai sasaran dan transit dalam soal jenayah antarabangsa memerlukan kita mempertahankan akta ini," katanya. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tujuh NGO buat laporan polis berhubung kekecohan di Masjid Amru Al-As

Posted: 01 May 2011 02:33 AM PDT

Mutakhir

KUALA TERENGGANU: Tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Terengganu hari ini membuat laporan polis berhubung kekecohan yang berlaku di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Tujuh NGO itu ialah Kelab Belia Generasi Prihatin, Sahabat Laut Malaysia (Selam), Gerakan Belia 4B Terengganu, Kelab Permotoran Parlimen Kuala Terengganu, Persatuan Pendekar Marang, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Alumni 4B Terengganu.

Laporan itu dibuat oleh Setiausaha Selam, Ismail Awang yang mewakili kesemua NGO di ibu pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu kira-kira jam 2 petang tadi. Ketika ditemui pemberita, Ismail berkata, dalam laporan itu, semua NGO berkenaan menentang sekeras-kerasnya tindakan biadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta PAS yang didakwa membawa masuk orang bukan Islam dan mencemarkan kesucian masjid.

Beliau berkata, tindakan itu dilihat sebagai langkah terdesak pihak tidak bertanggungjawab dengan menjadikan masjid sebagai tempat baru berdemontrasi selain menunjukkan sikap tidak profesional kerana menggunakan rumah Allah untuk berpolitik.

"Tujuan kami membuat laporan ini bukan untuk menyebelahi mana-mana pihak tetapi bertindak demi menjaga kesucian agama Islam serta maruah umat Islam yang telah diaibkan dengan kejadian itu," katanya.

Ismail berkata, polis diminta menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan yang terlibat demi menjaga kehormatan Islam sebagai agama rasmi negara.
Jumaat lalu, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As bagi membuktikan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam rakaman video seks membabitkan seorang pelacur dipercayai dari China.

Sambil memegang kitab suci al-Quran, Shazryl Eskay menyempurnakan lafaz laknat kira-kira jam 4.25 petang walaupun sebelum itu ada usaha menghalang acara itu diadakan.

Turut sama dua lagi trio Datuk T, iaitu Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan