Ahad, 1 Mei 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


'Penuduh adalah rasis sebenar'

Posted:

'Penuduh adalah rasis sebenar'

'Penuduh adalah rasis sebenar'

Oleh SAHBULAH DARWI
pengarang@utusan.com.my

ALOR SETAR 30 April - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pihak yang menuduhnya dan akhbar Utusan Malaysia sebagai perkauman merupakan rasis yang sebenar.

Katanya, adalah suatu kenyataan ketika ini orang Melayu tidak boleh mengeluarkan sesuatu pernyataan untuk mempertahankan hak mereka kerana takut dituduh sebagai rasis.

"Itu kenyataan, kalau saya tulis sedikit dalam blog mempertahankan kedudukan orang Melayu, saya dituduh rasis, jadi tak boleh pertahan. Tetapi kalau dia tuntut supaya dihapuskan hak orang Melayu, itu tak rasis," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Perhimpunan Melayu Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti di sini hari ini.

Dr. Mahathir berkata, jika beliau dituduh sebagai rasis maka orang yang menuduh itu juga adalah rasis kerana membuat pelbagai tuntutan rasis.

"Dia tuntut itu dan tuntut ini walaupun orang Melayu tak ramai yang pergi ke universiti. Kalau kita tengok universiti swasta, boleh kata tidak ada Melayu, tetapi mereka nak ambil juga tempat orang Melayu yang kita sediakan dalam universiti kerajaan.

"Itu semua tuntutan secara rasis," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pertahan hak Melayu bukan rasis - Ibrahim Ali

Posted:

Pertahan hak Melayu bukan rasis - Ibrahim Ali

Pertahan hak Melayu bukan rasis - Ibrahim Ali

ALOR SETAR 30 April - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali hari ini sekali lagi menegaskan, pertubuhan itu tidak bersifat rasis hanya kerana mempertahankan hak orang Melayu.

Oleh itu beliau menyeru orang Melayu bersatu kerana perpaduan golongan berkenaan adalah teras kepada kestabilan negara.

"Ini sama seperti agenda yang diperjuangkan oleh akhbar Utusan Malaysia yang bertindak sebagai suara orang Melayu sejak dari dahulu selain turut memperjuangkan misi nasional," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Melayu Perkasa di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti di sini hari ini.

Ucaptama perhimpunan itu disampaikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dalam ucapan itu juga, Ibrahim meminta kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap laman web yang menghina Islam.

Beliau berkata, penghinaan seperti itu tidak pernah berlaku sebelum ini dan adalah menjadi satu jihad untuk umat Islam mempertahankan maruah agama Islam daripada dihina.

Justeru, beliau meminta pemimpin dalam kerajaan yang tidak tahu hendak menjaga maruah Islam supaya melepaskan jawatan mereka.

"Mana-mana calon pilihan raya atau pemimpin Melayu daripada parti mana pun, jika mereka mengeluarkan kenyataan tidak mempertahankan Melayu, maka Perkasa meminta orang Melayu tidak memberi undi kepada mereka," katanya.

Beliau turut membidas Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang menyifatkan tindakan Perkasa dan Utusan Malaysia mempertahankan dasar-dasar kerajaan dan perjuangan nasional sebagai punca masyarakat Cina tidak mengundi Barisan Nasional (BN).

"Saya tak percaya pengundi Cina tidak mengundi BN sebab tidak bersetuju dengan dasar-dasar kerajaan kerana kerajaan membantu semua kaum," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Laporan Bank Dunia berunsur politik

Posted:

Laporan Bank Dunia berunsur politik

Laporan Bank Dunia berunsur politik

ALOR SETAR 30 April - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan Laporan Bank Dunia sebagai berunsur politik kerana bank tersebut tidak menyukai Malaysia sejak dari dahulu.

Menurutnya, sikap lantang kerajaan yang sering mengkritik bank itu menyebabkan Malaysia menjadi sasaran menerusi laporan negatif yang dikeluarkannya.

''Ia bersifat politik, mereka tidak suka dan sudah tentu mereka mahu kawan baik mereka menjadi Perdana Menteri," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Perhimpunan Melayu Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menolak tanggapan dalam Laporan Bank Dunia kononnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan pasca DEB yang tidak meritokrasi menjadi punca penyusutan pertumbuhan ekonomi negara.

Perdana Menteri berkata, laporan itu tidak betul tetapi pada masa yang sama beliau menegaskan, 'brain drain' iaitu penghijrahan rakyat berkemahiran tinggi ke luar negara memang menjadi satu masalah yang perlu penyelesaian dan sebab itu kerajaan mewujudkan Talent Corporation (Talent Corp).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan