Berita Harian: MukaDepan |
Posted: 14 May 2011 03:01 PM PDT MukaDepan ROZLIN Za'ba Mohd Redza menunjukkan rangka katil peninggalan datuknya yang masih lagi disimpan di rumahnya di Jalan Gasing , Petaling Jaya. Katil ini sepatutnya diambil Lembaga Muzium Negeri Sembilan 10 tahun lalu untuk dipamerkan di Teratak Za'ba di Batu Kikir. KUALA LUMPUR: "Tok Tai akan menangis dalam kubur jika tahu khazanah warisannya tidak dihargai," kata cucu Pendeta Za'ba, Rozlin Za'ba Mohd Redza, merujuk panggilan mesra Allahyarham datuknya, Tan Sri Dr Zainal Abidin Ahmad yang meninggal dunia 38 tahun lalu. Beliau kesal kerana Teratak Za'ba yang dibina dengan kos hampir RM2 juta, di kampung asalnya, di Bukit Kerdas, Batu Kikir, Negeri Sembilan 10 tahun lalu, seperti tidak menghargai sumbangan tokoh berkenaan kerana hampir keseluruhan bahan pameran dalam memorial itu bukan milik Allahyarham, sedangkan keluarga mereka sanggup menyerahkan khazanah tinggalan Za'ba secara percuma. Berita lanjut, dapatkah naskhah akhbar Berita Harian hari iniKomen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenamamiza Apa di tangis apa di rayu, keadaan ini memang genting dalam metafora orang kita. Perkara=perkara yang sepatutnya dipelihara dan dijadikan warisan sejarah tidak mengatasi daripada apa yang dapat mempercepatkan pencapaian diri untuk jadi loncatan nama. Lihatlah sahaja apa yang terjadi pada pengurusan awam secara keseluruhan segalanya bermusim macam durian. Suria Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh tokoh bangsa ini. Jasamu sangat besar dan terus menyuluhi anak bangsa hingga kini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 14 May 2011 02:56 PM PDT MukaDepan Lee Kuan Yew Kuan Yew, 87, yang juga Menteri Mentor dan Chok Tong, 69, Menteri Kanan, membuat pengumuman bersama mengenai persaraan itu dengan menambah bahawa generasi muda semakin mendesak untuk turut memberi pandangan mengenai keputusan masa depan mereka. "Kami sudah mengkaji suasana politik baru dan bagaimana ia mempengaruhi masa depan. Kami sudah memberi sumbangan kepada pembangunan Singapura."Masanya sudah tiba bagi generasi baru untuk membawa Singapura ke depan dalam keadaan lebih rumit dan kompleks. Perdana Menteri dan pemimpin muda dalam pasukannya perlukan permulaan baru," kata Kuan Yew dan Chok Tong. Kuan Yew adalah Perdana Menteri mulai 1959 hingga 1990 dan Chok Tong mengambil alih selepas 2004. Dua pemimpin itu menang kerusi Parlimen dalam pengundian terbaru, 7 Mei lalu. PAP meraih 60 peratus undi, menurun daripada 67 peratus berbanding pengundian 2006 dan 75 peratus pada 2001. Mengambil kira perkhidmatan mereka, Kuan Yew dan Chok Tong mempunyai 91 tahun pengalaman dalam politik. Kuan Yew adalah Perdana Menteri paling lama di kalangan anggota Komanwel dan di rantau Asia. Chok Tong pula menyertai kerajaan pada 1977 selepas menamatkan perkhidmatan dengan firma perkapalan Neptune Orient Lines. Beliau pantas mendaki tangga kuasa apabila menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1985 dan Perdana Menteri pada 1990 sebelum menyerah kuasa kepada Lee Hsien Loong pada 2004. Kuan Yew dan Chok Tong, bagaimanapun, terus menjadi Ahli Parlimen, mewakili Tanjong Pagar dan Marine Parade. – Agensi Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenFull Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan