Utusan Online - Kota |
- Pangsapuri terbengkalai
- Kempen 'Bandar Selamat' bermula
- 22 pemegang kad warga emas KTMB ke Tg. Pagar
Posted: Pangsapuri terbengkalaiOleh ABDUL YAZID ALIAS SEBAHAGIAN pembeli rumah mengadakan perhimpunan aman bagi meminta pihak bertanggungjawab membantu mereka menyelesaikan masalah Pangsapuri Bahtera yang mereka beli terbengkalai sejak 12 tahun lalu. PELABUHAN KLANG 14 Mei - Kira-kira 1,400 pembeli unit kediaman di lima projek pangsapuri di Pulau Indah di sini mendesak kerajaan menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pemaju dan pihak bank yang didakwa bersekongkol melakukan penipuan dalam penjualan unit-unit berkenaan. Desakan itu dibuat setelah kesemua pembeli kini berhadapan dengan risiko muflis akibat menanggung hutang pinjaman bank sedangkan projek kediaman yang dibeli sejak 12 tahun lalu melibatkan harga di antara RM45,000 hingga lebih RM120,000 seunit terbengkalai sehingga hari ini. Ia melibatkan pembeli bagi projek Pangsapuri Bahtera, Yamin Tower, Indah Heights, Yamin Heights dan Mutiara Heights yang dimajukan oleh syarikat Simpulan Cemerlang Sdn. Bhd. yang sepatutnya siap pada 2003. Pengerusi Jawatankuasa Pembeli Pangsapuri Indah Heights, Yamin Heights dan Mutiara Heights, Wan Zamzahidi Wan Zahid kesal kerana pembeli terpaksa menanggung keperitan akibat menjadi mangsa keadaan. "Terdapat sebahagian pembeli diisytiharkan muflis sedangkan rumah mereka tidak siap dan nasib yang sama mungkin menimpa pembeli lain. "Apa yang kami persoalkan ialah mengapa pemaju boleh melaksanakan pembinaan lima projek tersebut sedangkan tapak tanah itu tidak pernah mendapat kelulusan pembinaan daripada Majlis Perbandaran Klang (MPK)," katanya di sini hari ini. Wan Zamzahidi yang mengesyaki ada unsur penipuan dalam projek itu berkata, maklumat daripada MPK mendapati status tapak projek lima pangsapuri itu adalah tanah pertanian dan tidak pernah ditukar kepada status kediaman sehingga ke hari ini. Katanya, pihak bank didapati tidak meneliti status lima projek pangsapuri itu termasuk syarikat pemaju yang difahamkan telah muflis. "Malah, pihak bank dikatakan telah meluluskan pinjaman dan mengeluarkan perjanjian jual beli hanya dengan menggunakan kad pengenalan," katanya. Selain itu, dakwanya pihak bank telah membuat bayaran penuh kepada pemaju sedangkan pembinaannya hanya mencapai tahap 40 peratus. Pengerusi Jawatankuasa Pembeli Pangsapuri Bahtera, Anuar Ibrahim pula meminta kerajaan khususnya agensi-agensi berkaitan tidak 'menutup mata' mengenai masalah yang dihadapi oleh para pembeli. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Kempen 'Bandar Selamat' bermula Posted: Kempen 'Bandar Selamat' bermulaKamaruddin Ahmad (tengah) bersama Abbas Jalil (kiri) menjamu selera dengan makan durian bersama penduduk sempena Kempen Kota Anggerik Bandar Selamat di Shah Alam, semalam. SHAH ALAM 14 Mei - Kempen Kota Anggerik Bandar Selamat hari ini memulakan program pertamanya dengan menggerakkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) di Seksyen 16 malam ini. Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik, Kamaruddin Ahmad berkata, kempen itu akan diperluaskan ke seksyen-seksyen lain dalam kawasan DUN tersebut. "SRS yang kita gerakkan hari ini mendapat kerjasama pasukan polis sekali gus melicinkan segala tugasan dan rondaan di kawasan kejiranan. "Inilah kebaikannya apabila anggota polis dan masyarakat setempat dapat bekerjasama erat sudah pasti penjenayah akan berfikir dua kali sebelum melakukan jenayah," katanya. Beliau berkata demikian kepada Mingguan Malaysia pada majlis pelancaran kempen tersebut di padang bersebelahan Dewan Orang Ramai Seksyen 16 di sini hari ini. Hadir sama Ketua Balai Polis Seksyen 15, Sarjan Mejar Abbas Jalil, anggota-anggota polis dan penduduk pangsapuri Seksyen 16. Pelancaran kempen yang berkonsepkan mesra masyarakat itu dimeriahkan lagi dengan jamuan makan durian yang taja oleh Pejabat Penyelaras DUN tersebut di sini. Kamaruddin berkata, acara makan durian itu diadakan supaya masyarakat dapat beramah mesra dengan anggota polis dan mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat. "Melalui jalinan kemesraan itu, ia akan memudahkan orang ramai dan pasukan keselamatan bekerjasama menjaga keamanan dan keselamatan di kejiranan mereka," katanya. Sempena kempen tersebut, Pejabat Penyelaras DUN Kota Anggerik turut menaja 1,000 naskhah akhbar Utusan Malaysia untuk diedarkan kepada orang ramai di sekitar bandar raya ini sebagai penghargaan terhadap sokongan akhbar ini kepada program mereka. |
22 pemegang kad warga emas KTMB ke Tg. Pagar Posted: 22 pemegang kad warga emas KTMB ke Tg. PagarKUALA LUMPUR 14 Mei - Seramai 22 pemegang kad warga emas Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berpeluang menaiki kereta api ke Stesen Kereta Api Tanjung Pagar, Singapura sebelum stesen itu ditutup sela ma-lamanya 30 Jun depan. Kesemua mereka yang menyertai program Selamat Tinggal Tanjung Pagar anjuran KTMB itu berlepas dari stesen KL Sentral hari ini dan akan tiba di Stesen Tanjung Pagar esok. Seorang daripada mereka, Arben Samah, 72, berkata, beliau tidak sabar untuk menaiki kereta api ke stesen yang dikatakan sebuah titik pertemuan masyarakat kedua-dua negara ini dan Singapura buat kali kedua dan yang terakhir. "Keputusan kerajaan dan Singapura mewartakan stesen tersebut sebagai monumen kebangsaan membuatkan keinginan saya untuk melihatnya sekali lagi membuak-buak," katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di stesen KL Sentral di sini hari ini. Semasa bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatnya dari republik itu, Lee Hsien Loong bulan lalu, Najib mengumumkan KTMB akan dipindahkan dari Tanjung Pagar ke Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai nanti. Mazlan Ibrahim, 73, berkata, peluang melihat tinggalan stesen yang pernah menjadi pusat kemasyarakatan pelbagai kaum itu untuk bergaul dengan penuh muhibah harus diambil oleh rakyat kedua-dua negara. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Kota To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan