Rabu, 11 Mei 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Untuk disewa

Posted: 10 May 2011 12:03 PM PDT

MukaDepan

Kementerian tawar kuarters guru kosong

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran mengakui banyak Kuarters Institusi Pendidikan (KIP) terbiar kerana tidak diduduki di seluruh negara, khususnya di luar bandar sehingga kediaman itu usang dan mengalami kerosakan yang teruk.

Berikutan itu, kementerian akan menyewakan unit yang kosong kepada agensi kerajaan lain. Setakat ini lima unit di Pekan, Pahang disewakan kepada MARA dan Jabatan Latihan Khidmat Negara. Sebanyak 40 unit di Kuantan pula disewakan kepada sebuah kolej swasta, 100 unit disewa oleh Universiti Malaysia Perlis dan 120 unit di Temerloh kepada Institut Pendidikan Guru Ampuan Afzan, manakala 958 unit lagi dirancang disewakan kepada agensi lain.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, juga berkata kajian mendapati sejumlah RM477,000 setahun diperlukan bagi menyediakan perkhidmatan keselamatan dan penyelenggaraan bagi dua blok KIP yang setiap satu mengandungi 20 unit, tetapi kementerian dikekang isu kos sama ada memperbaikinya atau mendahulukan pembinaan serta menaik taraf sekolah.

Akhbar ini, semalam melaporkan kira-kira 3,000 unit KIP, khususnya di luar bandar terbiar begitu saja kerana tidak didiami oleh guru kerana pelbagai faktor, termasuk lokasinya yang tidak sesuai dan tidak diselenggara dengan sempurna.

Ada sesetengahnya semakin usang dan kelihatan umpama 'rumah berhantu'. Ramai guru dikatakan enggan mendiami kuarters berkenaan kerana lokasinya yang terletak di luar bandar, jauh dari kemudahan awam dan sunyi.
Mohd Fuad juga menjelaskan sebuah pasukan petugas yang diketuai Ketua Setiausaha kementerian ditubuhkan Januari lalu bagi mengkaji isu kuarters terbiar dan sudah mengemukakan beberapa cadangan penyelesaian.

"Bagaimanapun, ia bergantung kepada kemampuan kewangan kementerian kerana keutamaan kita pada masa ini ialah membina atau menaik taraf sekolah di seluruh negara khususnya di luar bandar," katanya.

Namun, beliau berkata, faktor utama KIP kosong ialah kerana guru lebih berminat menyewa rumah bukan apartmen di luar bandar yang sewanya lebih rendah dan tidak mahu Elaun Tetap Perumahan (ETP) dan Elaun Sara Hidup (COLA) dipotong jika tinggal di kuarters.

"Sebagai contoh, bagi guru gred DG41 yang menduduki kuarters di luar bandar, ETP mereka akan dipotong sebanyak RM250 dan COLA RM150. Dengan jumlah RM400 itu, mereka boleh menyewa rumah bukan apartmen yang sewanya lebih rendah dan masih ada baki," katanya kepada Berita Harian semalam.

Selain itu, beliau mengakui beberapa faktor, seperti lokasi KIP yang jauh dari sekolah dan kegagalan penyelenggaraan, terutama aspek kebersihan menyebabkan guru enggan tinggal di kuarters.

Mengulas lanjut, beliau berkata masalah lokasi KIP yang jauh dari sekolah berlaku kerana kuarters dibina menggunakan tanah kementerian sedia ada di sesuatu kawasan.

Mohd Puad juga berkata, pasukan petugas membuat beberapa cadangan kepada kementerian berhubung jumlah unit sebenar yang kosong dan kos membaik pulih.

Bagi unit yang rosak teruk, pasukan petugas melaporkan memerlukan RM57,000 untuk diperbaiki bagi seunit, kerosakan sederhana RM30,000 dan kerosakan minimum RM15,000 seunit.

"Ketika ini, pasukan petugas sedang menyelaras dengan semua Jabatan Pelajaran Negeri untuk membuat penilaian berkenaan termasuk mengenal pasti jumlah sebenar unit yang kosong," katanya.

INFO

  • 2,000 pemohon dalam senarai menunggu untuk mendiami kuarters di Kuala Lumpur
    330 daripada 991 unit di Pulau Pinang diduduki dengan semua yang kosong terletak di Seberang Perai
  • 10,000 unit unit dibina lewat 1990-an berdasarkan keperluan perumahan guru pada waktu itu
  • Dibina oleh swasta atas tanah kementerian yang kemudian membuat pembayaran ansuran kepada syarikat berkenaan.

    Komen Anda

    Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

    Senarai komen

    fyan

    Seboleh kuarters ini setelah di siapkan dibuka unruk disewa oleh semua kakitangan kerajaan dan keutamaan diberikan kepada warga pendidik. ini bagi memastikan tiada hantu-hantu menghuni kediaman sekian lama .
    Kadar sewa mesti mengikut harga pasaran dan mengikut prosidur seperti memetrai penjanjian sewaan.

    esma

    Cadangan jual saja rumah kuarters kepada kakitangan awam atau orang luar dengan harga yang berpatutan . Mesti ramai yang berminat dan wujudkan lot, geran atau hak milik srata Tiada ada lagi masalah rumah 'hantu' , terbiar atau projek kerajaan yang membazir. Bila ramai yang dah duduk barulah meriah tempat tu...

    antibazir

    Inilah masalah kita, bila tak ada kuarters merayu2 nak kuarters, tp bila dah diberi dibazirkan pulak.. akibatnya wang rakyat dibazirkan. Jabatan yang gagal mengurus aset seperti Jabatan Pelajaran perlu dikenakan tindakan tegas.

    Rakyat Malaysia

    Ramai yang lebih suka duduk luar berbanding kuarters, kerana duduk kuarters elaun perumahan ditolak + elaun sara hidup. Ini yang membuatkan ramai rasa untung duduk diluar berbanding kuarters. Masalah penyelenggaran pun ketara dan teruk sekali dan kebajikan penghuninya pun terabai.

    sri siantan

    harap disegerakan dan dimudahkan proses berkaitan. cara permohonan perlu dijelaskan agar memudahkan mereka yang berminat membuat permohonan.

    adnan

    kos baiki rm57000 seunit.. wajar ker


  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Bajet 2012 lonjak momentum ekonomi

    Posted: 10 May 2011 11:57 AM PDT

    MukaDepan

    NAJIB sambil diperhatikan Menteri Kewangan Kedua, Datuk   Seri Ahmad Husni Hanadzlah pada sidang media selepas ucaptama sesi Perundingan Belanjawan 2012 bertemakan 'Transformasi Bersama Rakyat' di   Putrajaya, semalam.

    NAJIB sambil diperhatikan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pada sidang media selepas ucaptama sesi Perundingan Belanjawan 2012 bertemakan 'Transformasi Bersama Rakyat' di Putrajaya, semalam.

    PUTRAJAYA: Bajet 2012 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 7 Oktober ini adalah belanjawan inklusif yang berpaksikan rakyat dalam menuju negara maju serta ekonomi berpendapatan tinggi pada 2020.

    Walaupun mengakui penyediaan belanjawan berkenaan sebagai mencabar, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata fokus kepada belanjawan itu ialah meningkatkan usaha transformasi ke arah mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi dan mempertahankan kesejahteraan rakyat.

    "Kita perlu menyahut cabaran menghasilkan pendekatan dan penyelesaian yang inovatif dan berani," katanya pada ucaptama sesi Perundingan Belanjawan 2012 bertemakan 'Transformasi Bersama Rakyat' di Kementerian Kewangan, di sini, semalam.
    Perbincangan kira-kira tiga jam itu membabitkan pelbagai pihak dari sektor swasta dan awam untuk memberikan input dalam penyediaan belanjawan tahun depan.
    Tahun lalu, kerajaan memperuntukkan RM212 bilion untuk Bajet 2011, 2.8 peratus lebih tinggi berbanding Bajet 2010.

    Najib berkata, kerajaan sudah menyediakan kerangka kerja dasar yang kukuh menerusi Model Baru Ekonomi (MBE) untuk mentransformasikan negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020.

    Katanya Rancangan Malaysia Ke-10 pula menggariskan strategi jangka sederhana manakala Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) meletakkan asas yang kukuh untuk transformasi ekonomi dan kerajaan.
    Sejak pelancaran ETP pada 25 Oktober tahun lalu, sebanyak 54 projek permulaan (EPP), yang mewakili 41.2 peratus daripada keseluruhan 131 projek, sudah memulakan operasi membabitkan pelaburan RM106.4 bilion sekali gus meningkatkan pendapatan negara kasar kepada RM153.8 bilion dan menyediakan 298,865 peluang pekerjaan.

    Sementara itu, pada sidang media, Najib berkata, kerajaan akan terus melaksanakan program yang akan memberi manfaat kepada rakyat termasuk beberapa projek yang akan dilancarkan bulan depan.

    "Apabila kita merasionalisasikan subsidi tidak bermakna kita tidak mengutamakan rakyat, ia mengurangkan perbelanjaan kerajaan jadi kita mempunyai kedudukan fiskal yang lebih kukuh untuk melaksanakan projek pada masa depan," katanya.

    Beliau berkata, peserta pada sesi perundingan itu faham dengan langkah ekonomi yang dilaksanakan kerajaan termasuk rasionalisasi subsidi yang dilakukan secara berperingkat dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), tetapi meminta proses mendidik rakyat ditingkatkan.

    "Saya sarankan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti FOMCA dan beberapa lagi menerangkan kepada rakyat mengenai kebaikan GST, supaya apabila rakyat faham dan ada penerimaan, masa itulah paling sesuai kita melaksanakannya.

    "GST adalah baik kerana ada kemungkinan kita boleh mengurangkan cukai korporat dan cukai pendapatan individu... kerajaan akan melakukan tinjauan (berkaitan penerimaan) dan buat masa ini kita melakukan pendidikan," katanya.


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan