Harian Metro: Mutakhir |
Anak dan ibu bertemu setelah berpisah 60 tahun Posted: 11 May 2011 05:09 AM PDT GEORGE TOWN: Setelah seorang anak dan ibu terpisah antara dua benua selama lebih 60 tahun, mungkin apa yang terfikir dihati kita ialah adalah mustahil untuk bertemu semula antara satu sama lain lagi. Namun pada sambutan Hari Ibu dua hari lepas sangat bermakna bagi seorang ibu Asabi Bakar, 76, apabila doanya selama lebih 60 tahun akhirnya termakbul apabila mendapat berita bahawa anak kandungnya Fatimah Beevi Mohamed Ishak, 64, akan bertemu dengannya hari ini setelah mereka terpisah selama 63 tahun.
Dalam pertemuan yang penuh emosi itu, Asabi berkata, pertemuan itu adalah bagaikan mimpi tetapi beliau selalu berdoa dan menangis terkenangkan anak sulungnya itu.
|
Posted: 11 May 2011 04:06 AM PDT IPOH: Seorang lelaki warga emas ditemui mati lemas di Sungai Bernam, Hutan Melintang, Teluk Intan, 100 km dari sini petang tadi. Yap Tiong Choo, 68, ditemui terapung pada 3.30 petang tadi oleh angota Jabatan Bomba dan Penyelamat, satu kilometer dari tempat dia dipercayai terjatuh, kata Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Goh Kok Liang.
Sebelum itu, keluarganya membuat laporan itu setelah mereka menemui kereta Yap di jambatan Sungai Bernam dan dia tiada di situ.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan