Kosmo Online - Negara |
Posted: Osama tidak bersenjata - ASBEBERAPA orang pegawai keselamatan Pakistan menjalankan siasatan ke atas rumah perlindungan Osama di bandar Abbottabad semalam. WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) mendedahkan bahawa Ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden tidak bersenjata semasa dia ditembak mati, kata jurucakap White House di sini, Jay Carney kelmarin. Bagaimanapun, Carney menegaskan, walaupun tanpa senjata, Osama melakukan penentangan semasa ditembak di sebuah rumah yang menjadi tempat perlindungannya dekat bandar Abbottabad, Pakistan pada malam Ahad lepas. Dia juga mengesahkan bahawa Osama ditembak di kepala dan dada. Carney menyatakan tentangan yang dibuat Osama tidak memerlukan tembakan dilepaskan. Bagaimanapun, beberapa pengikut Osama di dalam rumah itu bersenjata dan berlaku pertempuran. Kenyataan itu bercanggah dengan pendedahan beberapa pegawai AS sebelum ini bahawa Osama memegang raifal AK-47 semasa dia ditembak mati. Carney turut menjelaskan bahawa isteri Osama ditembak di kaki tetapi tidak mati. Pendedahan itu juga bercanggah dengan laporan awal bahawa isteri Osama menjadi perisai manusia dengan melindungi suaminya sebelum dia ditembak mati. "Dia (isteri Osama) menerpa ke arah penyerang AS (komando) dan dia ditembak di kaki," kata Carney. Carney berkata, wanita yang ditembak mati dalam rumah itu sebenarnya isteri penyampai mesej Osama, Sheikh Abu Ahmed. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Minum racun lepas bunuh tunang Posted: Minum racun lepas bunuh tunangPOLIS mengusung mayat Karimah (gambar kecil) yang dipercayai dibunuh oleh tunangnya di sebuah stesen minyak di Jalan Perusahaan Bukit Tengah, Bukit Mertajam semalam. BUKIT MERTAJAM - Seorang wanita ditemui mati dipercayai ditikam oleh tunangnya di sebuah stesen minyak tempat wanita itu bekerja di Jalan Perusahaan Bukit Tengah di sini semalam. Mayat Karimah Jusuh, 25, ditemui oleh rakan sekerjanya dalam bilik persalinan di stesen minyak itu pada pukul 8 pagi. "Mangsa ditikam di beberapa bahagian di perut, leher, dada dan tangan. Kami percaya kejadian itu bermotifkan cemburu," kata Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar di sini semalam. Beliau berkata, selepas kejadian itu, tunang wanita berkenaan yang bekerja di sebuah kilang di Perai dikatakan pulang ke rumahnya di Mengkuang Mak Sulong dan meminum racun. Mengikut maklumat yang diterima, lelaki itu kini dirawat di Hospital Seberang Jaya. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Najib temui pendengar di Hot FM Posted: Najib temui pendengar di Hot FMPUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat terus menggunakan pelbagai medium bagi mendekati rakyat Malaysia dan terkini akan ke udara melalui saluran radio, Hot FM pada Jumaat ini. "Saya akan muncul di Hot FM Jumaat ini dari 7.30 pagi hingga 8.30 pagi. Terima kasih kerana mendorong saya untuk melakukannya," kata Perdana Menteri di laman Twitternya semalam. Kemunculan Perdana Menteri itu adalah hasil jemputan penyampai radio, Fara Fauzana yang sebelum ini mengakui di laman Twitternya bahawa ia merupakan idea 'gila' beliau. "Terbaik. Dapat berita baik. Idea gila nak ajak PM datang Hot FM menjadi," kata penyampai popular itu. Pengendali akaun Twitter Hot FM pula gembira dengan persetujuan Najib dengan mesej: "Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Jutaan terima kasih kami ucapkan." Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan