Ahad, 15 Mei 2011

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Belajar memandu dipantau

Posted:

Belajar memandu dipantau

Belajar memandu dipantau

Oleh AZMAN MD. NOOR
utusankedah@utusan.com.my

BALING 14 Mei – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah mengambil pendekatan serius yang lebih efektif terhadap calon baru dan institut latihan memandu di negeri ini bagi melahirkan lebih ramai pemandu cekap dan berhemah di jalan raya selepas mendapat lesen.

Pengarahnya, Ahmad Musadad Sulaiman berkata, pendekatan itu ialah memberi penekanan terhadap latihan dan pengajaran serta memantau kesemua 16 institut itu di kedah.

"Ia penting kerana setiap institut terbabit bertanggungjawab melahirkan lebih ramai pemandu yang berdisiplin di jalan raya ke arah mengurangkan kadar kemalangan jalan raya," katanya kepada pemberita selepas melawat Institut Memandu Pakatan Latihan Baling di sini, hari ini.

Beliau berkata, tenaga pengajar institut memandu bertanggungjawab memastikan semua sukatan pembelajaran disampaikan dengan berkesan kepada calon latihan memandu.

"JPJ amat mengharapkan kerjasama setiap institut supaya mengikut sukatan pembelajaran yang ditetapkan oleh JPJ agar pemandu baru mematuhi peraturan jalan raya apabila mereka selesai mengikuti latihan dan pengujian," katanya.

Terdahulu, beliau turut meninjau bangunan untuk dijadikan pejabat kecil JPJ di daerah ini bagi memudahkan masyarakat setempat berurusan dengan JPJ tanpa perlu ke Kulim atau Sungai Petani.

"Pejabat kecil JPJ di daerah ini perlu kerana memberi kemudahan kepada penduduk di luar bandar mendapat faedah kerana jarak untuk berurusan dengan JPJ Sungai Petani dan Kulim amat jauh," katanya.

Sementara itu, beliau meminta ibu bapa agar menasihatkan anak-anak mereka sentiasa memakai topi keledar ketika menunggang motosikal dan jangan menganggapnya sebagai perkara remeh.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

24 pelajar keturunan Siam rayu masuk universiti

Posted:

24 pelajar keturunan Siam rayu masuk universiti

24 pelajar keturunan Siam rayu masuk universiti


BOON Som Inong (dua dari kanan) melihat slip keputusan SPM seorang pelajar cemerlang pada majlis penyerahan surat rayuan kemasukan ke institusi pengajian tinggi di Alor Setar, semalam.


ALOR SETAR 14 Mei - Seramai 24 pelajar keturunan Siam yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas, hari ini merayu kepada kerajaan agar memberi peluang kepada mereka untuk menyambung pelajaran di mana-mana universiti negara ini.

Ahli Dewan Negara, Senator Boon Som Inong berkata, pelajar-pelajar itu kecewa apabila sebelum ini dimaklumkan gagal mendapat tempat di mana-mana matrikulasi institusi pengajian tinggi (IPT) dan dinasihatkan membuat rayuan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU).

Katanya, pelajar terbabit yang berasal dari seluruh negara sepatutnya boleh diberikan tempat kerana memperoleh kelayakan minimum daripada 6A hingga 10A dalam peperiksaan tersebut tahun lepas.

"Saya faham bahawa persaingan ke universiti sekarang sangat sengit namun selain pencapaian akademik, faktor latar belakang juga perlu diambil kira.

"Ini kerana pelajar ini bukan saja mendapat keputusan cemerlang tetapi berasal dari kawasan pedalaman dan keluarga mereka juga berpendapatan rendah," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Dalam pada itu, seorang pelajar terbabit, Arnong Vaneeda Vik Chan, 18, berkata, walaupun memperoleh 9A dia gagal memasuki kursus Matrikulasi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi jurusan farmasi.

"Kini saya terpaksa menduduki tingkatan enam namun saya berharap sangat untuk masuk kursus pilihan saya itu," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Waspada pegawai PPDNKK palsu

Posted:

Waspada pegawai PPDNKK palsu

Waspada pegawai PPDNKK palsu

PULAU PINANG 14 Mei - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri meminta orang ramai supaya berwaspada dengan pihak yang menyamar sebagai pegawai penguat kuasa agensi itu.

Ini berikutan terdapat laporan mengenai tiga orang yang menyamar pegawai penguatkuasa telah memeras wang daripada peniaga supaya tidak diambil sebarang tindakan undang-undang di atas kesalahan yang mereka lakukan.

Ketua Pegawai Penguatkuasa negeri, M. Guna Selan berkata, mereka yang menyamar itu memeriksa beberapa premis pemborong gas petroleum cecair (LGP) di kawasan Seberang Perai Tengah di sini.

"Kumpulan tersebut akan memeras wang di antara RM2,000 hingga RM20,000 daripada peniaga sebagai ganjaran tidak dikenakan tindakan undang-undang ke atas mereka.

"Sekiranya orang ramai was-was dengan kehadiran pegawai penguatkuasa yang memeriksa mereka, sila dapatkan kepastian dengan meminta mereka menunjukkan kad kuasa," katanya di sini semalam.

Guna Selan memberitahu, pihaknya turut menerima dua rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan kegiatan kumpulan terbabit.

Menurutnya lagi, laporan polis juga akan dibuat untuk tindakan selanjutnya.

Orang ramai yang ingin mendapat maklumat lanjut boleh menghubungi talian 04-2616167 atau 04-2616168 atau 1-800-886-800.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan