Ahad, 15 Mei 2011

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Trend baru pecah rumah

Posted: 14 May 2011 09:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kawasan perumahan bertingkat seperti rumah pangsa dan pangsapuri antara 'hot spot' terbaru penjenayah melakukan kegiatan pecah rumah di sekitar bandar raya ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, kegiatan pecah rumah seakan menjadi trend apabila pihaknya sering menerima laporan daripada penduduk berkenaan.


"Jika dulu kegiatan ini sering dilakukan di kawasan rumah teres, kini ia tidak mengira lokasi kerana sesiapa saja berisiko menjadi mangsa," katanya selepas merasmikan Penubuhan Komuniti Polis atau Community Policing di Pangsapuri Mutiara Magna, Metro Prima Kepong, di sini, semalam.

Katanya, pecah rumah juga antara kegiatan jenayah tertinggi dicatatkan di kawasan perumahan bertingkat.


Beliau turut menggalakkan suri rumah menyertai KP dan bekerjasama dalam memberi maklumat kepada pihak berkuasa.


"Biasanya kegiatan pecah rumah dilakukan waktu siang selepas penghuni keluar bekerja. Sebab itu kita perlukan kerjasama penduduk kerana polis tidak mampu bertindak tanpa maklumat orang awam," katanya.

Penubuhan Komuniti Polis dianggap sebagai pendekatan praktikal polis bekerjasama dengan Kawasan Rukun Tetangga (KRT), penduduk setempat dan Rela dalam usaha membanteras jenayah di kawasan masing-masing.


Acara lain diadakan ialah pameran dan pertunjukan aksi anjing mengesan dadah. Hadir sama Pengerusi Komuniti Polis Mutiara Magna, Asisten Komisioner Ahasrap Khan M Aslam.

Hadir sama, Pengerusi Komuniti Polis Mutiara Magna, Asisten Komisioner (ACP) Ahasrap Khan M Aslam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

>Cara Salih hidup berpoligami

Posted: 14 May 2011 09:26 AM PDT

KUALA LUMPUR: Salih bukan saja cekal mengharungi cabaran dunia seni hingga bertahan lebih 30 tahun, malah berjaya melayari hidup berumah tangga bersama tiga isteri dan 11 anak. Bukan calang-calang orang mampu melakukannya.

Sudah tentu ia bukan jalan mudah untuk dilalui penggiat seni serba boleh ini. Baginya, ia satu proses panjang dan hanya dapat dibentuk jika seseorang itu dapat mengenal diri sendiri.


Itulah bekalan yang cukup kuat dalam diri Salih untuk memimpin isteri selama mengamalkan poligami.

"Saya lakukan semua ini atas jalan agama, selepas saya mengenali diri sendiri. Maksudnya, mengenal diri sendiri dengan hal keagamaan berasaskan ilmu dan pengalaman.


"Ia bukan diperoleh dalam tempoh satu dua hari seperti mengikuti kursus perkahwinan. Ia memerlukan satu proses pembelajaran yang panjang," katanya.


Tidak dinafikan, Salih boleh dikatakan suami yang bijak mengekalkan keharmonian keluarga dengan hidup berpoligami, iaitu selepas memulakannya pada 1993 apabila berkahwin dengan Norraha Hamad, 43, sebagai isteri keduanya ketika itu.

Pasti ada rahsia di sebaliknya, dan bagaimana Salih mengekalkan kesejahteraan keluarga sehingga tiga isterinya boleh menerima keinginannya untuk berkahwin satu lagi.


Berikut serba sedikit rahsia yang dikongsi Salih bersama Metro Ahad bagi menjaga kebahagiaan rumah tangga dan keluarganya.

  • RUTIN HARIAN MENJADI SUAMI KEPADA TIGA ISTERI
    Dulu, ketika beristeri dua, Salih bergilir selang sehari untuk ke rumah setiap isterinya. Namun, apabila beristeri tiga, rutin demikian tidak lagi dipraktikkannya.

    "Cara begitu sudah tidak sesuai, kena ambil masa lama untuk ke rumah setiap isteri," kata Salih.


    Sekarang, selepas balik bekerja di konti dari jam 6 hingga 10 pagi, Salih luangkan masa lebih kurang dua jam secara bergilir ke rumah isterinya.


    Bagi Salih, tidak timbul masalah membuat giliran kerana rumah setiap isterinya terletak berhampiran antara satu sama lain.


    "Lepas kerja, saya pastikan berkunjung ke rumah semua isteri dan luangkan masa bersama anak. Saya titik beratkan hal ini demi menjaga hubungan kekeluargaan, terutama dengan anak.


    "Sebab itu saya banyak menolak pelawaan mengikuti program rakaman televisyen yang memerlukan komitmen tinggi. Ia boleh menjejaskan masa bersama keluarga, kalau sehari dua hari tinggalkan mereka tidak mengapa, lebih daripada itu saya perlu fikir dua tiga kali," katanya.


    Tidak dinafikan, pembabitan dalam dunia seni ada kala membuatkan Salih terpaksa berpisah dengan keluarga, namun ia tidak menjadi masalah.


    "Isteri dan anak faham tanggungjawab serta karier saya. Pun begitu, kedua-duanya juga penting buat saya, sama ada keluarga dan karier.


    "Sebagai ketua keluarga, perkara ini menjadi amanat dan tugas yang perlu saya pikul, dua perkara ini perlu seimbang," katanya.


    Yang pasti, Salih bakal menerima seorang lagi teman hidup dalam diari hidupnya, dan sudah tentu rutin hariannya ada sedikit perubahan dengan kedatangan orang baru.


    "Memang akan ada perubahan, tetapi tidak banyak. Agama dan pengalaman banyak mendewasakan saya melalui perkara baru dalam hidup," katanya.

  • BAGAIMANA SALIH AGIH PERBELANJAAN KELUARGA?
    Tanggungjawab memberi nafkah terhadap tiga isteri bukan tugas mudah. Bagaimanapun, ia tidak menjadi masalah kepada Salih, jika tidak masakan dia sanggup menambah seorang lagi isteri dalam hidupnya.


    Bagi Salih, soal pemberian belanja rumah untuk isteri dan anak adalah keutamaan buat dirinya, tambahan pula ia adalah tuntutan dalam agama dan wajib bagi seorang suami.


    "Dah tahu diri tu berpoligami, faham-faham sajalah. Bagilah duit belanja untuk semua isteri," katanya tersenyum.


    Dalam hal ini, Salih 'melaburkan' wang titik peluhnya kepada seisi keluarga hasil pendapatan bekerja sebagai deejay di konti Sinar FM, pengacara dan bayaran persembahan majlis tertentu yang mencecah puluhan ribu.


    "Saya bagi sama rata, semuanya sama. Duit rumah, duit kereta semua isteri dan belanja harian, yang tinggal untuk saya hanya duit poket dan belanja rokok.


    "Berapa jumlah keseluruhan tidak perlu saya jelaskan. Cuma yang saya boleh beritahu, jika ramai isteri, banyak jugalah belanjanya, tetapi itu tidak menjadi masalah buat saya kerana saya tahu rezeki di tangan Tuhan," katanya.


    Menurut Salih, dalam aspek perbelanjaan, dia terlebih dulu mengagihkan wang pendapatan kepada keluarga dan anak.


    "Untuk saya sendiri, itu semua kemudian. Yang penting, keluarga dulu. Percayalah, jika kita lakukan semua itu dengan keredaan, Allah akan membantu kita.


    "Apa yang saya peroleh sekarang, bukan kerana diri saya. Semua atas ketentuan Tuhan, Dia yang memberikan rezeki kepada saya," katanya.

  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan