Sabtu, 14 Mei 2011

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


2,000 MKK dilantik Rakan SADA

Posted:

2,000 MKK dilantik Rakan SADA

2,000 MKK dilantik Rakan SADA

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
utusanperak@utusan.com.my

PENDANG 13 Mei - Bagi mengelakkan sikap culas ahli Majlis Ketua Kampung (MKK) dalam masalah berkaitan bekalan air, Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) memperkenalkan Rakan SADA.

Melalui program tersebut semua MKK kini menjadi perantara SADA dan pengguna membantu proses aduan syarikat itu.

Pelancaran program tersebut disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada majlis Hari Terbuka Loji Bukit Jenun di sini, kelmarin.

Turut hadir Exco Perumahan Kerajaan Tempatan Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Datuk Phahrolrazi Mohd. Zawawi dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Darul Aman, Datuk Adzmi Din.

Kata Azizan, dengan pelancaran tersebut seramai 2,000 ahli MKK di seluruh negeri secara automatik dilantik sebagai Rakan SADA.

"Kita memerlukan penglibatan masyarakat dan MKK berada dalam kalangan masyarakat.

"Fungsi Rakan SADA adalah sebagai penyampai maklumat kepada Pusat Informasi SADA berkaitan masalah bekalan air setempat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis tersebut.

Kata Azizan, melalui Rakan SADA, segala masalah berkaitan bekalan air akan segera ditangani oleh SADA.

"Daripada pengalaman kita sebelum ini ada juga sesetengah MKK yang tidak ambil kisah perkara ini dengan mengatakan ia adalah masalah SADA tetapi kini mereka perlu mengambil tahu masalah ini.

"Rakan SADA akan membawa segala aduan daripada pengguna ke pejabat SADA berkaitan tekanan air, paip pecah, kualiti air, kecurian air dan sebagainya,'' ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

LAWATAN DIRAJA

Posted:

LAWATAN DIRAJA

LAWATAN DIRAJA


TUANKU Mizan Zainal Abidin di iringi Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah setibanya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar bagi lawatan rasmi ke Kedah, semalam. – BERNAMA


YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah tiba di Alor Setar semalam untuk lawatan tiga hari ke Kedah.

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim pada pukul 4.45 petang itu disambut Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah serta Sultanah, Tuanku Haminah Hamidun; Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan orang kenamaan.

Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah turut menghadiri jamuan negeri bersama Sultan Kedah dan Sultanah di Istana Anak Bukit, semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PerakTV bukan projek 'gajah putih'

Posted:

PerakTV bukan projek 'gajah putih'

PerakTV bukan projek 'gajah putih'

IPOH 13 Mei - Rangkaian Digital Media PerakTV yang dilancarkan sejak 14 November 2009 bukan merupakan projek 'gajah putih' kerana sebanyak 105 skrin televisyen LCD telah dipasang oleh syarikat Simfoni Maya di bangunan-bangunan kerajaan terpilih di seluruh negeri.

KPerak Implemention and Coordination Corporation (KPerak) dalam satu kenyataannya di sini berkata, pemasangan yang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat melibatkan keseluruhan 300 televisyen LCD itu telah bermula sejak 2010 dan dijangka siap sepenuhnya pada 2012.

"Dalam perjanjian yang ditandatangani antara KPerak dan Simfoni Maya, semua kos pemasangan, peralatan, tenaga kerja dan penyediaan kandungan PerakTV adalah ditanggung sepenuhnya oleh syarikat Simfoni Maya, membabitkan pemasangan 100 skrin pada setiap tahun.

"Setakat ini, antara bangunan-bangunan kerajaan di daerah tertentu yang dikenal pasti dan telah dipasang skrin televisyen LCD tersebut ialah Bangunan Perak Darul Ridzuan, balai-balai penghulu, pejabat daerah dan tanah, pejabat-pejabat pihak berkuasa tempatan, hospital, klinik dan ruang menunggu di jabatan kerajaan," kata kenyataan tersebut.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai menjawab persoalan Setiausaha Dewan Pemuda Pas, Salman Saleh yang meminta penjelasan kerajaan negeri berhubung pelaksanaan PerakTV yang dikatakan masih tidak jelas serta tidak beroperasi di negeri ini.

Projek PerakTV yang dilaksanakan dengan tujuan memanfaatkan penggunaan media baru di kalangan rakyat juga antara lain dijadikan medan mempromosi produk pengusaha kecil dan sederhana selain mendapatkan maklumat terkini mengenai agenda kerajaan.

Dalam pada itu, menurut kenyataan tersebut, KPerak turut diberi masa siaran percuma sebanyak 35 peratus atau dua jam setiap hari untuk menyiarkan kandungan-kandungan korporatnya bagi tujuan promosi, penerangan dan pendidikan.

"KPerak diberi potongan harga istimewa masa siaran iklan di skrin-skrin milik Simfoni Maya di seluruh negara seperti di Keretapi Tanah Melayu (KTM), TM Point dan Bank Rakyat.

"Selain itu, KPerak turut berkongsi pendapatan dengan Simfoni Maya untuk hasil daripada iklan-iklan di PerakTV," kata kenyataan tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan