Khamis, 5 Mei 2011

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Raja Perlis tegur pekerja hotel

Posted:

Raja Perlis tegur pekerja hotel

Raja Perlis tegur pekerja hotel

Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI
utusanperlis@utusan.com.my


TUANKU Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan melepaskan ikan ke dalam kolam pada Majlis Perasmian Hotel Seri Malaysia di Kangar, semalam. Turut kelihatan, Raja Perempuan Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid (kanan).


KANGAR 4 Mei - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menegur kakitangan hotel yang lokek untuk melemparkan senyuman kepada pelanggan sedangkan mereka mempunyai peranan penting dalam usaha menarik pelancong khususnya ke negeri ini.

Titah baginda, kakitangan hotel bukan sahaja perlu pemurah melemparkan senyuman malah seharusnya memberikan perkhidmatan terbaik seperti layanan yang boleh memuaskan hati pelanggan.

"Ada hotel, kakitangannya tidak tahu hendak senyum, kurang memberikan layanan kepada pelanggan dan sikap tidak baik ini perlu dikikis," titah baginda sewaktu menyempurnakan majlis perasmian Hotel Seri Malaysia Kangar, di sini hari ini.

Berangkat sama ialah Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu; Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk James Dawos Mamit dan Pengerusi Rangkaian Hotel Seri Malaysia (RHSM) Sdn. Bhd., Datuk Seri Shafie Mohd. Salleh dan Pengarah Urusan RHSM, Zahriah Abdul Kadir.

Baginda bertitah, kewujudan hotel baru seperti Seri Malaysia di negeri ini mampu menarik lebih banyak pelancong untuk menginap di Perlis.

"Sekurang-kurangnya pelancong yang tiba di Kuala Perlis dari Langkawi boleh menghabiskan masa dua atau tiga malam di negeri ini daripada mereka pulang terus ke tempat masing-masing," titah baginda.

Hotel Seri Malaysia Kangar bernilai RM27.5 juta itu merupakan hotel milik RHSM ke 21 mempunyai 150 bilik terdiri daripada dua bilik VIP suite, 58 bilik famili dan 88 standard selain menyediakan kemudahan dewan seminar yang boleh memuatkan 500 orang serta restoran.

Selain itu, Hotel Seri Malaysia Kangar dilengkapi kemudahan Internet tanpa wayar (WiFi) percuma, saluran televisyen berbayar Astro, kolam renang dan tempat meletak kereta percuma yang luas.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Polis tumpaskan Geng Sayuti Mengkuang

Posted:

Polis tumpaskan Geng Sayuti Mengkuang

Polis tumpaskan Geng Sayuti Mengkuang

BUKIT MERTAJAM 4 Mei - Polis menumpaskan kumpulan penjenayah Geng Sayuti Mengkuang yang aktif menjalankan kegiatan curi motosikal di negeri ini dalam operasi 'Ops Lejang' di sekitar daerah Seberang Perai Tengah (SPT) pada 25 hingga 30 April lalu.

Sepanjang operasi itu, seramai 21 lelaki termasuk anggota kumpulan tersebut ditahan manakala 18 motosikal turut dirampas.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, kesemua yang ditahan berusia antara 13 hingga 25 tahun dan rata-rata mereka terdiri daripada pelajar sekolah yang sering ponteng untuk menjalankan kegiatan tersebut.

Berikutan kejayaan itu, katanya, polis percaya dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya 17 kes kecurian motosikal yang dilaporkan di daerah itu sejak beberapa bulan lalu.

"Polis melancarkan Ops Lejang serta menubuhkan satu pasukan khas berikutan kes kecurian motosikal yang semakin meningkat dan menjadi penyumbang utama kepada indeks jenayah di daerah ini.

"Berdasarkan kejayaan ini, kita percaya dapat mencari saki-baki anggota kumpulan terbabit," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Abdul Rahim memberitahu, pasukan khas itu menjalankan serbuan di beberapa kampung dan taman perumahan termasuk di Kubang Semang dan Mengkuang Titi, dua lokasi yang mencatatkan kes kehilangan motosikal yang tinggi.

Tambah beliau, siasatan polis mendapati, modus operandi kumpulan itu adalah menggunakan 'allen key' yang diubah suai untuk mencuri motosikal sebelum menjual komponennya kepada pihak tertentu.

"Antara motosikal yang dirampas dalam serbuan itu ialah 15 motosikal jenis Honda EX5 iaitu kenderaan paling kerap dilaporkan hilang," jelasnya.

Siasatan polis, katanya, turut mendapati empat daripada mereka yang ditahan positif dadah, manakala lima lagi mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes curi dan dadah.

Katanya, kesemua mereka kini direman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A (1) Kanun Keseksaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

TNB minta kerjasama

Posted:

TNB minta kerjasama

TNB minta kerjasama

ALOR SETAR 4 Mei – Tenaga Nasional Berhad (TNB) Negeri Kedah meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kecurian tenaga agar menghubungi pihak mereka dengan segera bagi tindakan lanjut.

Pengurus Besar TNB Kedah, Suid Othman berkata, orang ramai boleh terus menghubungi talian 15454 untuk menyalurkan maklumat kepada pihak TNB.

"Pihak kami sentiasa menjalankan operasi untuk mengesan mereka yang mencuri tenaga elektrik dan kes-kes kecurian tenaga juga semakin berkurangan.

"Namun kami masih memerlukan bantuan daripada orang ramai agar mereka terus menyalurkan maklumat kepada kami untuk membanteras kegiatan ini," ujarnya selepas merasmikan program motivasi UPSR di Dewan Kilat, di sini hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan