Utusan Online - Selatan |
Naik taraf rumah pangsa sebilik Posted: Naik taraf rumah pangsa sebilikOleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR Mohamad Hasan menyampaikan sumbangan kepada warga kurang upaya ketika melawat Rumah Pangsa Senawang 1, Taman Senawang Jaya, Seremban, kelmarin. – utusan/MD.SHAHJEHAN MAAMIN SEREMBAN 17 Mei – Kerajaan negeri akan membuat pengubahsuaian terhadap rumah pangsa satu bilik kepada yang lebih selesa, khususnya bagi menempatkan penghuni berkeluarga besar. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, untuk merealisasikan hasrat tersebut, satu kajian terperinci akan dijalankan supaya pelaksanaannya dapat dilakukan secepat mungkin. ''Sebagai contoh di Rumah Pangsa Senawang 1 ini, rumah yang mempunyai satu bilik ini dilihat tidak lagi sesuai untuk didiami oleh penduduk berkeluarga. ''Maka saya telah mengarahkan Unit Perumahan dan Kerajaan Tempatan (UPKT) untuk menjalankan kajian supaya dapat diperbesarkan rumah mereka dengan mencantumkan kepada unit bersebelahan yang kosong agar ia lebih selesa," katanya. Mohamad berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Rumah Pangsa Senawang 1, Taman Senawang Jaya, di sini semalam. Jelasnya, rumah tersebut merupakan rumah pangsa pertama yang dibina di negeri ini, kira-kira 46 tahun lalu semasa kerajaan sedang giat merancakkan dasar perindustrian negara ketika itu. ''Pada ketika itu, rumah ini dibina bagi tujuan menyediakan penempatan kepada penduduk di luar bandar yang berhijrah ke kawasan bandar berkerja di kilang berhampiran. ''Namun, kini ia tidak lagi sesuai untuk didiami penduduk terutamanya yang sudah mempunyai anak yang ramai," ujarnya. Kata Mohamad, sebelum ini kerajaan negeri telah memutuskan bahawa tiada lagi pembangunan rumah jenis itu akan didirikan di sekitar negeri ini. ''Jika ada anak lelaki dan perempuan ia akan menyulitkan keadaan, selain keadaan rumah sempit dan tidak selesa. Akhirnya nanti anak-anak mungkin tidak gemar untuk berada di rumah sebaliknya berkumpul di tepi jalan dan tembok," ujarnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Suami isteri miliki ganja ditahan Posted: Suami isteri miliki ganja ditahanSEREMBAN 17 Mei - Seorang pemandu lori bersama isterinya ditahan di sebuah rumah di Taman Desa Anggerik, Nilai dekat sini pagi ini kerana disyaki memiliki dadah jenis ganja. Pasangan berkenaan ditahan oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri dalam serbuan di kediaman mereka kira-kira pukul 6 pagi. Ketua JSJN Negeri Sembilan, Supritendan R. Ravi Chandran berkata, hasil pemeriksaan di rumah tersebut, pihaknya menemui kira-kira 490 gram dadah dipercayai ganja. "Pasangan suami isteri yang berusia 45 dan 42 tahun itu dipercayai aktif mengedar dadah di sekitar kawasan ini sejak beberapa bulan lalu. "Serbuan dibuat hasil risikan serta maklumat yang diterima sejak dua minggu lalu," katanya di sini hari ini. Tambahnya, lelaki tersebut merupakan warga tempatan manakala isterinya yang tidak bekerja itu merupakan seorang warga asing. "Ketika serbuan, tiga anak pasangan itu yang berusia antara 3 hingga 9 tahun turut berada di rumah. "Anak pasangan berkenaan kini diserahkan kepada ahli keluarga suspek untuk dijaga," ujarnya. Jelas Ravi Chandran, pihaknya akan mendapatkan perintah reman untuk menyoal siasat suspek dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. | ||
Posted: Persiapan sambut Hari Muzium
SEREMBAN 17 Mei - Warga kerja muzium dari seluruh tanah air sedang giat menjalankan persiapan terakhir galeri negeri masing-masing di Muzium Negeri Sembilan, dekat sini bagi menjayakan Pameran Khas sempena sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2011 di negeri ini. Kurator Muzium negeri, Aziz Mohd. Gorip berkata, pameran khas itu membabitkan penyertaan dari 21 muzium dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. "Selaku tuan rumah sambutan tahun ini, pihak kami bertanggungjawab untuk menyediakan ruang kepada setiap muzium yang mengambil bahagian dan buat masa ini mereka sedang sibuk menyiapkan ruang pameran masing-masing. "Lebih menarik, kesemua barangan seperti artifak, peralatan termasuk aksesori yang akan dipamerkan di galeri tersebut dibawa khas dari muzium masing-masing," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini. Menurutnya, orang ramai berpeluang untuk menyaksikan sendiri bahan sejarah menarik yang dipamerkan pada pameran tersebut seperti senjata api, mata wang, mineral dan batu permata, selampit, telefon, destar, wayang kulit dan banyak lagi. Tambah Aziz, pameran percuma itu yang akan dibuka kepada umum setiap hari bermula 9 pagi hingga 6 petang bermula Khamis ini sehingga 23 Mei depan. ''Selain itu, pengunjung juga akan berpeluang menyaksikan persembahan kebudayaan setiap negeri sepanjang sambutan ini yang akan diadakan dua kali sehari di pentas yang disediakan di muzium ini. ''Orang ramai juga berpeluang memenangi hadiah melalui pertandingan kuiz serta pengunjung bertuah yang dijalankan sepanjang sambutan ini," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Selatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan