Rabu, 18 Mei 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Elak implikasi lebih besar

Posted:

Elak implikasi lebih besar

Elak implikasi lebih besar


HISHAMMUDDIN Tun Hussein menyatakan sesuatu kepada Pengerusi Yayasan Mohamed Noah, Datin Paduka Dr. Faridah Abdullah (kanan) mengenai buku Legacy of Honour di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir isterinya, Tengku Marsilla Tengku Abdullah (kiri), penulis buku berkenaan, Zainah Anwar (tiga kiri) dan Tun Suhailah Mohamed Noah (berkerusi roda). – BERNAMA


LARUT 17 Mei – Kerajaan perlu berhati-hati dengan tindakan pihak tertentu yang memanipulasi agama bagi mengelak terperangkap dalam permainan jahat pihak tidak bertanggungjawab.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerajaan tidak boleh terburu-buru, sebaliknya perlu mengikut segala prosedur bagi mengelak implikasi yang lebih besar.

"Hendak suruh tangkap, boleh, tidak ada masalah. Keluar arahan, polis akan tangkap tetapi hal ini tidak boleh kita lihat secara sehala sahaja tetapi menyeluruh.

"Mana tahu, mungkin itu sudah strategi mereka minta ditangkap supaya ia boleh menimbulkan simpati rakyat kepada mereka," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Larut di sini.

Terdahulu dalam ucapan aluannya, Ketua Bahagian berkenaan, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar mendesak kerajaan supaya bertindak tegas termasuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mereka yang cuba mencabar kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara seperti diperuntukkan Perlembagaan negara.

Sementara itu, pada sidang akhbar kemudiannya, Hishammuddin meminta semua pihak supaya tidak terlalu beremosi dalam membincangkan isu berkenaan.

Beliau berkata, daripada laporan polis yang diterima sehingga kini, masih sukar untuk menentukan siapa yang benar atau salah dalam hal tersebut.

"Kita hanya akan tahu selepas siasatan polis. Oleh itu jangan kita beremosi dan saya berharap bahangnya dapat kita turunkan termasuk sesama akhbar.

"Kali ini, ia berkaitan Utusan Malaysia tetapi jangan ingat, China Press, Nanyang Siang Pau malah New Straits Times tidak berdepan isu yang sama sebelum ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Fahaman pluralisme, Islam liberal menyimpang

Posted:

Fahaman pluralisme, Islam liberal menyimpang

Fahaman pluralisme, Islam liberal menyimpang

IPOH 17 Mei - Muzakarah Ulama dan Cendekiawan Islam 2011 yang berakhir hari ini sepakat meluluskan resolusi yang menegaskan bahawa aliran pemikiran Islam liberal dan pluralisme agama sebagai terkeluar daripada Islam.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sebarang penyebaran fahaman tersebut tidak seharusnya dibenarkan di kalangan ummah kerana umat Islam wajib bersifat eksklusif dan haram mencampuradukkan akidah serta ibadah Islam dengan agama lain.

"Dalam al-Quran itu sendiri pun telah mengatakan bahawa agama yang diterima Allah ialah Islam, tetapi itu tidak bermakna kita bermusuh dengan agama lain.

"Liberalisme misalnya mengatakan bahawa wahyu itu boleh ditafsir semula. Itu tidak boleh diterima kerana wahyu itu adalah daripada Allah.

"Yang kedua, tidak ada dalam ayat dalam al-Quran yang dipanggil tidak relevan, sebagaimana didakwa oleh golongan liberal yang berpegang kepada pendapat kemanusiaan. Mereka mengatakan hukum hudud sebagai tidak berperikemanusiaan walhal ia sebenarnya bertujuan untuk pendidikan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis penutup Muzakarah Ulama dan Cendekiawan Islam 2011 yang disempurnakan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

Majlis yang diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-83 Sultan Perak, Sultan Azlan Shah itu turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Terdahulu, sewaktu merumuskan muzakarah tersebut, Harussani berkata, satu komuniti khusus perlu ditubuhkan untuk menyelidik serta menjawab kembali secara serius segala hujah aliran pemikiran songsang dan sesat di negara ini agar tidak tersebar di kalangan masyarakat.

Menurut beliau, gerakan dakwah Islam tersebut perlu menggunakan metodologi yang lebih segar dan semasa dalam memberikan pemahaman tepat dan benar agar mudah diterima pelbagai lapisan masyarakat Islam mahupun bukan Islam.

"Pihak kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga perlu prihatin dan selektif terhadap pembiayaan sesebuah yayasan atau badan antarabangsa yang kadangkala menyalurkan fahaman serta aliran songsang kepada mereka," katanya.

Selain itu, beliau berkata, satu kerjasama antara majlis agama negeri dan Kolej Islam Darul Ridzuan perlu dijalankan bagi menjalankan satu kajian komprehensif terhadap pembetulan fakta-fakta sejarah Islam terutamanya melibatkan teks pengajian sekolah, kolej dan universiti.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tindakan undang-undang diambil jika pertikai Islam, raja

Posted:

Tindakan undang-undang diambil jika pertikai Islam, raja

Tindakan undang-undang diambil jika pertikai Islam, raja

GUAR CHEMPEDAK 17 Mei - Pihak yang mempertikaikan status agama Islam dan bidang kuasa raja akan berdepan dengan tindakan tegas undang-undang kerana perkara tersebut telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pihak terbabit akan diheret ke muka pengadilan oleh pihak berkuasa seperti polis yang melakukan kerja-kerja pendakwaan.

"Perkara ini telah disepakati rakyat berbilang kaum dan agama sejak dahulu lagi dan dalam perjumpaan kerajaan dengan pemimpin agama lain baru-baru ini, mereka juga sepakat mempertahankan apa yang terkandung dalam Perlembagaan," katanya selepas merasmikan Surau Haji Yaakob di Padang Lumat, di sini hari ini.

Beliau mengulas titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah semalam yang mahu pihak berkuasa bertindak tegas terhadap mereka mempertikaikan status agama Islam dan bidang kuasa raja dalam hal ehwal Islam.

Baginda bertitah, kerukunan hubungan rakyat pelbagai agama di negara ini boleh terjejas sekiranya tiada tindakan diambil terhadap pihak mempertikaikan status agama Islam itu.

Jamil berkata, tindakan tegas berkenaan adalah dalam bidang kuasa polis dan bukannya majlis agama Islam negeri-negeri.

Beliau berkata, semua pihak tanpa mengira kaum dan agama menyedari bahawa mempertahankan Perlembagaan yang menjunjung Islam sebagai agama Persekutuan amat penting bagi menjamin kestabilan negara.

"Jika ini dipertikaikan, maka lahir ketidakstabilan dan keadaan menjadi seperti merobohkan apa yang kita bina selama ini," katanya.

Mengenai kapal bantuan Malaysia ke Palestin yang diserang Israel semalam, Jamil berkata, ia hanya membuktikan sikap zalim Israel yang tidak mahu bantuan mana-mana negara disalurkan kepada penduduk Palestin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan