Isnin, 2 Mei 2011

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Bukan 'payung' Melayu Islam

Posted:

Bukan 'payung' Melayu Islam

Bukan 'payung' Melayu Islam

Oleh MOHD. RAFIE AZIMI
pengarang@utusan.com.my


SHAFIE Apdal bersama Shahrizat Abdul Jalil dan Rizuan Abd. Hamid (kanan) disambut oleh ahli Puteri UMNO pada Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kepong di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 2 Mei - Tiada satu pun parti daripada pakatan pembangkang yang mampu menjadi 'payung' kepada Melayu Islam di negara ini, tegas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Menurutnya, bukti perkara itu sudah pun jelas melalui pembentukan pakatan pembangkang yang dilihat lebih banyak menguntungkan DAP.

"Kalau mahu bergantung kepada Pas, lihat saja di Kelantan. Siapa yang membina prasarana pendidikan serta agama walaupun mereka yang memerintah? Ke mana disalurkan dana kerajaan negeri?

"Kalau mahu bergantung kepada PKR di Selangor pula, lihat berapa ramai usahawan Melayu telah mereka lahirkan berbanding sewaktu pemerintahan Barisan Nasional. Manifesto termasuk pemberian RM1,000 kepada golongan tertentu ada mereka laksanakan?" katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kepong di Hotel Seri Pacific di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua UMNO bahagian itu, Senator Datuk Rizuan Abd. Hamid.

Mengenai dakwaan pakatan itu gabungan pembangkang hanya menguntungkan DAP, Shafie berkata ia ternampak jelas sewaktu Pilihan Raya Negeri Sarawak bulan lepas.

"Orang Pas termasuk yang berserban sanggup pakai baju 'roket' berkempen untuk DAP di kawasan bandar tetapi orang DAP tidak keluar ke kawasan luar bandar untuk bantu calon Pas.

"Akibatnya Pas kalah semua lima kerusi manakala DAP menang 12 kerusi atas bantuan Pas," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, UMNO tetap akan mendengar suara rakan-rakan komponen BN termasuk MCA dan MIC dalam membuat sebarang keputusan sekiranya terjadi sebarang penggabungan dengan Pas.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Wanita UMNO tidak perludesak tambah kuota PRU-13

Posted:

Wanita UMNO tidak perludesak tambah kuota PRU-13

Wanita UMNO tidak perludesak tambah kuota PRU-13

KUALA LUMPUR 2 Mei - Pergerakan Wanita UMNO tidak perlu meminta pucuk pimpinan parti supaya memperuntukkan lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz berkata, permintaan seumpama itu hanya akan menyusah serta membebankan pucuk pimpinan sahaja.

"Tidak perlu menyusahkan pimpinan parti kerana mereka pun ada banyak tugas lain seperti hendak menyediakan kuota kerusi kepada parti komponen Barisan Nasional (BN).

"Bagi sahaja senarai calon Wanita UMNO kepada pucuk pimpinan, kalau ada rezeki tidak ke mana. Perpaduan dalam parti lebih penting, tolong jangan susahkan pucuk pimpinan," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Wanita UMNO Bahagian Cheras di sini hari ini.

Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee.

Dalam pada itu, Rafidah turut menggesa supaya Wanita UMNO memberi keutamaan untuk menganjurkan lebih banyak aktiviti dan program di peringkat akar umbi dan bukannya menganjurkan program bersifat 'syok sendiri'.

"Program yang dianjurkan perlulah berdasarkan kepentingan rakyat dan bukannya berkisar kepada kelompok kita sahaja. Ia perlulah merangkumi semua rakya Malaysia tanpa mengira kaum jika kita mahu orang menerima kita," katanya.

Menyentuh mengenai soal perpaduan, Rafidah berkata, konsep 1Malaysia sebenarnya sudah cukup baik untuk menyemai semangat perpaduan di kalangan semua kaum di negara ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan